Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 47


Bahagian 47

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 8 Mac 1831. John Whitmer, yang telah melayani sebagai jurutulis Nabi, pada mulanya teragak-agak apabila diminta melayani sebagai sejarawan dan jurucatat Gereja, menggantikan Oliver Cowdery. Dia menulis, “Aku lebih suka tidak melakukan tetapi perhatikan kehendakan Tuhan di jadikan, dan jika dia hendaknya, aku ingin dia menyatakannya melalui pelihat Joseph.” Setelah Joseph Smith menerima wahyu ini, John Whitmer bersetuju dan melayani dalam jawatan yang ditetapkan.

1–4, John Whitmer dilantik untuk menyimpan sejarah Gereja dan untuk menulis bagi Nabi.

1 Lihatlah, adalah perlu menurut-Ku bahawa hamba-Ku John harus menulis dan menyimpan suatu asejarah yang teratur, dan membantumu, hamba-Ku Joseph, dalam menyalin segala hal yang akan diberikan kepadamu, sehinggalah dia dipanggil untuk kewajipan-kewajipan yang selanjutnya.

2 Lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu bahawa dia juga boleh bersuara di dalam pertemuan-pertemuan, bila-bila masa pun ianya diperlukan.

3 Dan lagi, Aku berfirman kepadamu bahawa akan ditetapkan kepadanya untuk menyimpan catatan dan sejarah gereja secara berterusan; kerana Oliver Cowdery telah Aku tetapkan pada jabatan lain.

4 Kerana itu, ia akan diberikan kepadanya, sejauh dia setia, oleh aPenolong, untuk menuliskan hal-hal ini. Demikianlah. Amin.