Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 41


Bahagian 41

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Gereja, di Kirtland, Ohio, 4 Februari 1831. Wahyu ini mengarahkan Nabi dan penatua Gereja berdoa untuk menerima “hukum” Tuhan (lihat bahagian 42). Joseph Smith telah baru dating ke Kirtland dari New York, dan Leman Copley, seorang ahli Gereja berdekatan Thompson, Ohio, “memohon Brother Joseph dan Sidney [Rigdon] … tinggal bersama dia dan melengkapi rumah mereka dan bekalan.” Wahyu seterusnya menjelaskan di mana Joseph dan Sidney harus tinggal serta memanggil Edward Partridge sebagai Uskup Gereja pertama.

1–3, Para penatua akan menguruskan Gereja melalui roh wahyu; 4–6, Para pengikut yang sejati akan menerima dan mentaati hukum Tuhan; 7–12, Edward Partridge ditahbiskan sebagai uskup bagi Gereja.

1 Dengarlah, Wahai kamu umat-Ku, firman Tuhan dan Rajamu, kamu yang senang Aku berkati dengan berkat yang terbesar dari segala berkat, kamu yang mendengar-Ku; dan kamu yang tidak mendengar-Ku akan Aku kutuk, yang telah mengakui nama-Ku, dengan kutukan yang terberat dari segala kutukan.

2 Dengarlah, Wahai kamu penatua gereja-Ku yang telah Aku panggil, lihatlah Aku memberi kepadamu sebuah perintah, agar kamu harus berhimpun bersama untuk bersetuju ke atas firman-Ku;

3 Dan melalui doa dengan imanmu kamu akan menerima hukum-Ku, agar kamu boleh mengetahui bagaimana menguruskan gereja-Ku dan menjadikan segala sesuatu benar di hadapan-Ku.

4 Dan Aku akan menjadi pemerintahmu apabila Aku datang; dan lihatlah, Aku datang dengan cepat, dan kamu harus memastikan bahawa hukum-Ku ditaati.

5 Dia yang menerima hukum-Ku dan melakukannya, merekalah pengikut-Ku; dan dia yang berkata dia menerimanya dan tidak melakukannya, mereka bukanlah pengikut-Ku, dan akan diusir dari kalangan kamu;

6 Kerana tidaklah wajar bahawa hal-hal yang merupakan kepunyaan anak-anak kerajaan harus diberikan kepada mereka yang tidak layak, atau pada anjing, atau mutiara dilemparkan ke hadapan khinzir.

7 Dan lagi, adalah wajar bahawa hamba-Ku Joseph Smith Jr., harus membina sebuah rumah, untuk tempat tinggal dan menterjemah.

8 Dan lagi, adalah wajar bahawa hamba-Ku Sidney Rigdon harus hidup seperti yang kelihatan sesuai baginya, sejauh dia mentaati perintah-perintah-Ku.

9 Dan lagi, Aku telah memanggil hamba-Ku Edward Partridge; dan Aku memberikan sebuah perintah, agar dia haruslah dipilih melalui suara gereja, dan ditahbiskan sebagai uskup bagi gereja, untuk meninggalkan barang dagangannya dan untuk menggunakan seluruh waktunya dalam pekerjaan gereja;

10 Untuk menguruskan segala hal yang akan ditetapkan kepadanya dalam hukum-hukum-Ku pada hari Aku akan memberikannya.

11 Dan ini kerana hatinya suci di hadapan-Ku, kerana dia seperti Natanael dahulu kala, yang tidak ada tipu daya dalam dirinya.

12 Firman ini diberikan kepadamu, dan ianya suci di hadapan-Ku; kerana itu, berhati-hatilah bagaimana kamu memegangnya, kerana ia akan dipertanggungjawabkan ke atas jiwamu pada hari penghakiman. Demikianlah. Amin.