Yusuf, Anak lelaki Yakub
Di dalam Perjanjian Lama, anak lelaki sulung kepada Yakub dan Rahel (Kej. 30:22ā24; 37:3).
Yusuf memperoleh hak anak sulung di Israel kerana Ruben, anak lelaki sulung kepada isteri pertama Yakub, telah kehilangan keistimewaan tersebut oleh pelanggaran (1Ā Taw. 5:1ā2). Kerana dia layak, Yusuf, sebagai anak lelaki sulung kepada isteri kedua Yakub, adalah yang berikutnya untuk mewarisi berkat tersebut. Yusuf juga menerima suatu berkat dari bapanya tidak lama sebelum Yakub mati (Kej. 49:22ā26).
Yusuf seorang lelaki yang berperibadi sangat baik, seorang individu yang āberakal budi dan bijaksanaā (Kej. 41:39). Penolakannya terhadap isteri Potifar adalah suatu teladan akan iman, kemurnian diri, dan integriti peribadi (Kej. 39:7ā12). Di Mesir, ketika Yusuf mendedahkan identiti sebenar dirinya kepada para saudaranya, dia berterima kasih dan bukannya menyalahkan mereka kerana bagaimana cara mereka telah memperlakukannya. Dia percaya tindakan mereka telah membantu untuk mencapai kehendak ilahi Tuhan (Kej. 45:4ā15).
Wahyu zaman akhir mengungkapkan misi terbesar bagi keluarga Yusuf pada hari-hari terakhir (TJS, Kej. 50:24ā38 [Lampiran]; 2Ā Ne. 3:3ā24; 3Ā Ne. 20:25ā27).