2010–2019
Bukankah Kita Semua Pengemis?
Oktober 2014


Bukankah Kita Semua Pengemis?

Kaya atau miskin, kita harus “lakukan apa yang kita boleh” apabila orang lain dalam keperluan.

Satu elemen baru yang indah diperkenalkan ke dalam format persidangan umum kita . Bien Hecho, Eduardo .

Dalam apa yang akan menjadi satu masa yang mengejutkan dalam permulaan misinya, Yesus berdiri dalam rumah ibadat Yahudi dan membaca ayat ini yang diwahyukan oleh Yesayas dan direkodkan dalam Lukas: ”Roh Tuhan ada pada-Ku, oleh sebab Ia telah mengurapi Aku, untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang miskin; dan Ia telah mengutus Aku untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan… [dan] untuk membebaskan orang-orang yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat Tuhan telah datang.”1

Oleh itu Penyelamat membuat pegumuman umum pertama tentang misi Mesias-Nya. Tetapi ayat ini juga membuatkan ia jelas bahawa dalam perjalanan untuk matlamat utama-Nya iaitu korban tebusan dan Pembangkitan, tugas Mesias Yesus yang paling utama adalah untuk memberkati yang miskin, termasuk yang miskin dalam rohan.

Dari permulaan misinya, Yesus menyayangi yang miskin dan kurang bernasib baik dalam cara yang luar biasa. Dia lahir dalam rumah dua daripada mereka dan membesar dilakangan mereka. Kita tidak tahu tentang hidup-Nya masa itu, tetapi dia pernah berkata, ”Serigala mempunyai liang dan … burung… mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kepala-Nya.” 2 Nampaknya Pencipta syurga dan dunia “dan segala yang ada di dalamnya” 3 adalah, sekurang-kurangnya dalam kehidupan dewasa-Nya, tiada tempat tinggal.

Dalam seluruh sejarah, kemiskinan dianggap sebagai cabaran yang paling besar dan berleluasa untuk manusiaKesan yang paling jelas adalah dari segi fizikal, tetapi kesan kerosakkan emosi dan rohani boleh menjadi yang lebih melemahkan. Dalam apa pun, Penyelamat yang berkuasa telah panggilan yang berulang kali untuk kita menyertai dia dalam mengangkat beban daripada orang. Sebagai Yehovah, Dia berkata yang Dia kan menghakimi Israel dengan keras kerana “keperluan orang yang miskin berada dalam rumah kamu.”

“Mengapa kamu menyiksa umat-Ku dan menganiaya orang-orang yang tertindas?”4

Penulis Amsal membuatkan perkara ini jelas dengan tajam: “Siapa menindas orang yang lemah, menghina Penciptanya,” dan “siapa menutup telinganya bagi jeritan orang lemah, … tidak akan menerima jawaban, kalau ia sendiri berseru-seru.” 5

Pada hari kita, Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan belum lagi sampai ulang tahunya yang pertama apabila Tuhan memrintahkan ahlinya untuk “hendaknya memerhatikan yang miskin dan… dan melayani demi pertolongan mereka agar mereka tidak akan menderita” 6 Lihat kata kerja dengan teliti dalam ayat itu – “ agar mereka tidak akan menderita”. Itu ladalah bahasa yang Tuhan gunakan apabila dia serius tentang sesuatu.

Memandangkan cabaran tinggi untuk menangani ketidaksamaan di dunia, apa yang boleh seorang lelaki atau wanita lakukan? Tuhan sendiri menawarkan jawapan. Apabila, sebelum pengkhianatan dan Penyaliban-Nya, Mary mengurapi kepala Yesus dengan minyak pengebumian salap mahal, Judas Iscariot membantah berlebih-lebihan ini dan ”merungut terhadap beliau.” 7

Yesus berkata,

”Biarkanlah dia. Mengapa kamu menyusahkan dia? Ia telah melakukan suatu perbuatan yang baik . …

Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukannya8

“Ia telah melakukan apa yang dapat dilakukanya”! Satu formula yang ringkas ! Seorang wartawan pernah menanya Ibu Teresa dari Calcutta tentang tugas dia yang sia-sia menyelamatkan yang amat daif dan miskin di bandar itu. Dia cakap bahawa secara statisktiknya dia tidak mencapai apa-apa langsung. Wanita yang hebat ini berkata dan menembak balik dengan perkataan bahawa kerja dia adalah tentang kasih-sayang dan bukan statistik. Walaupin terdapat bilangan yang mengejutkan di luar capaian dia, dia berkata bahawa dia boleh menyimpan perintah Tuhan untuk menyayangi jirannya dengan melayani mereka yang didalam capaian dia dengan apa sumber yang ada pada nya. “Apa yang kita buat adalah tidak apa-apa kecuali satu titik dalam laut.” Dia akan berkata dalam masa yang lain “Tetapi kalau kita tidak melakukanya, laut itu kan kekurangan satu titik[daripada apa yang ia ada].”9 Wartaman itu membuat kesimpulan bahawa agama Kristian memang jelas bukan satu pekerjaan statistik. Dia membuat alasan bahawa jika terdapat kegembiraan dalam syurga apabila seorang yang berdosa bertaubat daripada yang sembilan puluh sembilan yang tidak perlukan pertaubatan, maka nampaknya Tuhan bukan terlalu memikirkan tentang peratusan. 10

Jadi bagaimana kita boleh “melakukan apa yang dapat dilakukan”?

Satu perkara utama adalah, seperti yang diajar Raja Benjamin, adalah untuk berhenti Memegang kekeayaan kita kerana kita melihat yang miskin telah membawa bencana ini keatas mereka sendiri. Mungkin sesetangah adalah begitu, tetapi bukankah kita semua melakukan perkara yang sama? Bukankah kerana itu pemerintah yang berbelas kasihan ini bertanya “Bukankah kita semua pengemis?” 11 Tidakkah kita semua melaung untuk pertolongan dan berharap satu jawapan untuk doa ? Bukankah kita memohon yang rahmat akan memberi pampasan terhadap kelemahan kita, yang rahmat dapat memenangi keadilan dalam keadaan kita ? Jadi tidaklah baru bahawa Raja Benjamin berkata kita mendapat penebusan melalui akuan berterusan kepada Tuhan, yang dengan belas kasihan menjawab, tetapi kita mengekalkan penebusan dosa kita dengan menolong dangan kasih saying kepada yang miskin yang mengemis kepada kita.12

Sebagai tambahan tindakan pengasih bagi pihak mereja, kita juga harus berdoa untuk mereka yang dalam keperluan. Satu kumpulam Zoramites, yang dianggap oleh segelintir Jemaah mereka sebagai “kotor” dan “bahan buangan” tidak dibenarkan untuk memasuki rumah sembahyang mereka “kerana kasarnya pakaian mereka.” Mereka adalah, seperti dikatakan Mormon, “miskin berkaitan dengan apa yang di dunia; dan … juga mereka rendah hati.”13 – dua syarat yang seringnya bersama. Rakan misi Alma dan Amulek berkata melawan balik penolakan mereka yang tidak berpakian bagus itu dengan berkata kepada mereka bahawa apa sahaja yang tidak diberi orang, mereka sentiasa boleh berdoa – diladang atau didalam rumah, dalam keluarga merek atau dalam hati mereka14

Tetapi kepada kumpulan ini yang tidak dibenarkan masuk, Amulek berkata “kerana setelah kamu melakukan segala hal ini, jika [kamu] menolak orang yang memerlukan, dan yang telanjang, dan tidak mengunjungi yang sakit dan yang sengsara, dan memberikan harta kekayaanmu, jika kamu milikinya, kepada mereka yang memerlukan—aku berkata kepadamu …,lihatlah, doamu sia-sia, dan tidak berfaedah apa pun bagimu, dan kamu seperti orang munafik yang menyangkal iman.”15 Satu peringatan yang menakjubkan kepada yang kaya atau. Kita harus “melakukan apa yang dapat dilakukan” apabila orang lain dalam keperluan.

Sekarang, kalau saya dituduh untuk mencadangkan program-program sosial global pemurah atau menyokong permintaan sedekah sebagai industri pertumbuhan, saya yakinkan anda bahawa penghormatan saya untuk prinsip-prinsip industri, penjimatan dan berdikari, dan cita-cita adalah sekuat bahawa mana-mana lelaki atau perempuan hidup. Kami sentiasa dijangka membantu diri kita sebelum kita mendapatkan bantuan daripada orang lain. Tambahan pula, saya tidak tahu dengan tepat bagaimana setiap daripada anda perlu memenuhi kewajipan anda untuk mereka yang tidak boleh atau tidak selalu menolong diri mereka sendiri. Tetapi saya tahu bahawa Tuhan mengetahui, dan Dia akan membimbing anda dalam perbuatan belas kasihan dalam perbuatan pengikut-Nya jika anda mahu kepercayaan dan berdoa dan mencari cara untuk menyimpan perintah Dia yang telah memberikan kita sekali lagi dan sekali lagi.

Kamu akan sedar bahawa saya berucap disini tentan keperluan masyarakat yang susahyang pergi melalui jauh daripada ahli Gereja. Tetapi, cara Tuhan untuk menolong yang antara kita adalah lebih senang: sesiapa yang boleh secara fizikal untuk mengikuti undang-undang berpuasa, Yesaya menulis:

“Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki? …

“Supaya engkau memecah-mecah rotimu bagi orang yang lapar dan membawa ke rumahmu orang miskin yang tak punya rumah, dan apabila engkau melihat orang telanjang, supaya engkau memberi dia pakaian … ? dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang teraniaya dan mematahkan setiap kuk …  ?”16

Saya memberi kesaksian kepada mukjizat, yang rohani dan juga duniawi, yang datnag kepada mereka yang menghidupi undang-undang puasa, Saya memberi kesaksian terhadap mukjizat yang datang kepada saya. Seperti Yesaya telah rekodkan, saya telah merdoa dalam puasa, dan benar Tuhan telah menjawab, “Ini Aku”17 Hargailah keistimewaan yang suci sekurang-kurangnya setiap bulan, dan sebanyak boleh dan sebagaimana hal keadaan membenarkan dalam penawaran puasa kamu dan lain-lain sumbangan kemanusiaan, pendidikan dan dakwah. Saya berjanji bahawa Tuhan akan bermurah hati kepada kamu, dan mereka yang mencari kesenangan di tangan anda akan memanggil nama kamu untuk diberkati untuk selama-lamanya. Lebih tiga suku daripada satu juta ahli-ahli Gereja telah dibantu tahun lepas melalui pemberian puasa yang ditadbir oleh uskup berdedikasi dan presiden Lembaga Pertolongan. Itu adalah banyak Orang Suci yang bersyukur.

Saudara sekalian, khutbah sebegini memerlukan saya mengakui berkat yang tidak patut diperolehi, didapati atau yang tidak berakhir dalam hidup saya, yang rohani walupun duniawi. Sepertim kamu saya juga pernah risau tentang masalah kewangan kadang kala, tetapi saya tidak pernah miskin atau tahu apa yang dirasai orang miskin. Tambahan pula aya tidak tahu sebab kenapa terdapat jurang yang besar dalam kehidupan ini dalam kelahiran, kesihatan, pendidikan, dan ekonomi, tetapi apabila say alihat kehendakkan diantara begitu banyak orang, saya tahu bahawa, “kesana say apergi untuk rahmat Tuhan.”18 Saya juga tahu walaupun saya bukan penjaga abangku, saya adalah abang kepada abangku, dan sebab “ kerana saya diberi banyak, saya juga mesti memberi”19

Dalam hal itu, saya memberi penghormatan peribadi saya kepada Presiden Thomas S.Monson. Saya telah diberkat dengan mengenali dia selama 47 tahun sekarang, dan imej dia yang saya akan ingat sehingga saya mati adalah apabila dia sedang terbang pulang daripada Timur Germany yang teruk dari segi ekonomi, dengan selipar rumahnya sebab dia sudah menderma bukan sahaja sut dia yang kedua dan baju lebihan tetapi kasut dari kakinya. “Betapa indahnya kelihatan dari puncak bukit-bukit [ dan bergegas melalui terminal lapangan terbang] kedatangan pembawa berita, yang mengabarkan berita damai.”20 Presiden Monson telah melakukan “apa yang dapat dilakukanya”, untuk yang balu dan yang tanpa bapa, dan ia adalah sesuate yang memang amat hebat.

Dalam sebuah wahyu pada tahun 1831 kepada Nabi Joseph Smoth, Tuhan berkata bahawa yang miskin pada satu hari nanti akan melihat kerajaan Tuhan datang untuk menyelamatkan mereka “dalam kuasa dan kemuliaan yang besar.” 21 Semoga kita menolong untuk memenuhi wahyu ini dengan berkumpul dalam kuasa kita dan kemuliaan keahlian kita dalam Gereja benar Yesus Kristus untuk melakukan apa yang kita boleh lakukan untuk mengangkat mereka daripada belenggu kemiskinan yang memegang mereka tawanan dan merosakkan mimpi mereka, Saya doa ini dalam pengasih Yesus Kristus, amen.