2010–2019
Mengasihi Orang Lain dan Bercampur dengan Orang Lain Tidak Mengira Perbezaan Apa-apa
Oktober 2014


Mengasihi Orang Lain dan Bercampur dengan Orang Lain Tidak Mengira Perbezaan Apa-apa

Sebagai para pengikut Kristus kita patut tinggal dengan damai antara orang yang tidak mempunyai nilai-nilai kita atau menerima ajaran-ajaran yang berdasarkan nilai-nilai itu.

I.

Pada hari-hari terakhir pelayanan-Nya yang fana, Yesus memberi para pengikut-Nya apa yang Dia panggil “perintah baru” (Yohanes 13:34). Diulang tiga kali, perintah itu sederhana tetapi susah: “Saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu” (Yohanes 15:12; lihat juga ayat 17). Pengajaran untuk saling mengasihi telah menjadi pengajaran pusat pelayanan Juruselamat. Perintah besar yang kedua adalah “kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri” (Matius 22:39). Yesus mengajar, “Kasihilah musuhmu” (Matius 5:44). Tetapi perintah untuk mengasihi orang lain seperti Dia telah mengasihi kawanan-Nya adalah diarah kepada para pengikut-Nya—dan kepada kita—satu cabaran yang unik. “Sebenarnya,” Presiden Thomas S. Monson mengajar kita bulan April yang lalu, “kasih adalah bahagian injil yang paling dasar, dan Yesus Kristus adalah Teladan kita. Kehidupan Dia adalah kesan kasih.”1

Mengapa mempunyai kasih seperti Kristus terhadap orang lain begitu susah? Ianya susah kerana kita mesti tinggal antara orang yang tidak mempunyai kepercayaan dan nilai dan kewajiban perjanjian yang sama. Dalam doa-Nya yang besar untuk para pengikut-Nya, yang diberikan sebelum Penyaliban-Nya, Yesus berdoa untuk pengikut-pengikut-Nya: “Aku telah memberikan firman-Mu kepada mereka dan dunia membenci mereka, kerana mereka bukan dari dunia, sama seperti Aku bukan dari dunia” (Yohanes 17:14). Setelah itu, Dia memohon kepada Bapa, “Aku tidak meminta supaya Engkau mengambil mereka dari dunia, tetapi supaya Engkau melindungi mereka dari pada yang jahat” (ayat 15).

Kita patut tinggal di dunia tetapi bukan menjadi bahagian dunia. Kita mesti tinggal di dunia kerana, seperti Yesus mengajar dalam perumpamaan, kerajaan-Nya adalah “seperti ragi,” yang tujuannya adalah untuk menaikkan semua orang dengan pengaruhnya (lihat Lukas 13:21; Matius 13:33; juga lihat 1 Korintus 5:6–8). Para pengikut-Nya tidak dapat berbuat demikian jika mereka bercampur hanya dengan orang yang mempunyai kepercayaan dan amalan yang sama. Tetapi Juruselamat juga mengajar bahawa jika kita mengasihi Dia, kita akan mematuhi perintah-perintah-Nya (lihat Yohanes 14:15).

II.

Injil ada banyak ajaran tentang mematuhi perintah-perintah semasa tinggal antara orang yang mempunyai kepercayaan dan amalan yang lain. Ajaran-ajaran mengenai perbantahan adalah sangat penting. Bila Kristus yang telah dibangkitkan berjumpa orang-orang Nefi yang bertengkar tentang cara pembaptisan, Dia memberi mereka arahan yang jelas tentang bagaimana tatacara ini patut dilaksanakan. Setelah itu Dia mengajar asas besar ini:

“Dan tidak akan ada perselisihan di antara kamu, seperti yang sudah ada sehingga sekarang; jangan juga ada perselisihan di antara kamu tentang pokok-pokok ajaran-Ku, seperti yang sudah ada sehingga sekarang.

“Kerana sesungguh-sungguhnya Aku berfirman kepadamu, dia yang memiliki semangat pertikaian bukanlah daripada-Ku, tetapi daripada iblis, yang merupakan bapa pertikaian, dan dia menghasut hati manusia untuk bertikai dengan kemarahan, antara satu sama lain.

“Lihatlah, inilah... ajaran-Ku, bahawa hal-hal seperti itu haruslah dihentikan” (3 Nefi 11:28–30; penekanan ditambah).

Juruselamat tidak mengehadkan amaran-Nya mengenai perbantahan kepada orang yang tidak mengikuti perintah tentang pembaptisan. Dia melarang perbantahan oleh sesiapa. Bahkan mereka yang mematuhi perintah-perintah harus tidak menghasut hati-hati manusia dengan kemarahan. “Bapa pertikaian” adalah iblis; Juruselamat adalah Putera Damai.

Alkitab mengajar kita bahawa “orang bijak meredakan kemarahan” (Amsal 29:8). Para Rasul yang awal mengajar bahawa kita patut “mengejar apa yang mendatangkan damai sejahtera” (Roma 14:19) dan “[mengucapkan] kebenaran dalam kasih” (Efesus 4:15), “sebab kemarahan manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Tuhan” (Yakobus 1:20). Dalam wahyu moden Tuhan memerintahkan bahawa khabar baik injil yang dipulihkan patut diisytiharkan “setiap orang kepada sesamanya, dengan halus dan lemah lembut” (A&P 38:41), “dengan segala kerendahan hati, ...jangan menghina terhadap yang menghinamu” (A&P 19:30).

III.

Ketika kita berusaha menjadi lembut hati dan mengelakkan perbantahan, jangan kita bertolak ansur atau melemahkan tekad kita kepada kebenaran-kebenaran yang kita faham. Jangan kita menyerahkan kedudukan atau kepercayaan kita. Injil Yesus Kristus dan perjanjian-perjanjian yang telah kita ikat menjadikan kita pejuang dalam pertentangan abadi di antara kebenaran dan kesilapan. Tidak ada kawasan neutral di pertentangan itu.

Juruselamat menunjukkan jalan bila musuh-musuh-Nya menghadapi Dia dengan perempuan yang telah “tertangkap ketika dia sedang berbuat zinah” (Yohanes 8:4). Bila mereka dimalukan kerana mereka hipokrit sendiri, orang yang menuduh mundur dan tinggalkan Yesus bersama perempuan itu. Dia memperlakukan perempuan itu dengan kebaikan dan tidak mengutuk dia pada masa itu. Tetapi Dia juga mengarahkan perempuan itu dengan tegas supaya “tidak berdosa lagi” (Yohanes 8:11). Kebaikan hati yang penuh kasih adalah diperlukan, tetapi seorang pengikut Kristus—sama seperti Tuan—akan teguh dalam kebenaran.

IV.

Seperti Juruselamat, para pengikut-Nya kadang-kadang dihadapi oleh kelakuan berdosa, dan kini bila mereka mempertahankan yang benar dan yang salah sebagaimana mereka memahaminya, mereka kadang-kadang dipanggil “fanatik.” Banyak nilai duniawi membuat cabaran-cabaran yang demikian untuk Orang Suci Zaman Akhir. Yang sangat besar antara cabaran-cabaran ini pada masa kini adalah usaha kuat untuk membenarkan perkahwinan sesama jantina di sisi undang-undang di banyak negeri dan wilayah di Amerika Syarikat dan Kanada dan banyak negara yang lain di dunia. Kita juga tinggal antara orang yang tidak percaya langsung tentang perkahwinan. Ada yang percaya bahawa beranak tidak penting. Ada yang membantah sekatan apapun mengenai pornografi atau dadah yang bahaya. Satu lagi contoh—yang biasa dengan kebanyakan orang yang percaya—adalah cabaran tinggal bersama suami atau isteri atau ahli keluarga yang tidak percaya atau bercampur dengan rakan sekerja yang tidak percaya.

Di tempat-tempat yang dibaktikan, seperti bait suci, bangunan-bangunan gereja, dan rumah-rumah kita sendiri, kita patut mengajar kebenaran dan perintah-perintah dengan jelas dan dengan menyeluruh sebagaimana kita memahaminya dari rancangan penyelamatan yang diungkapkan dalam injil yang dipulihkan. Hak kita untuk berbuat demikian adalah dilindungi oleh jaminan perlembagaan mengenai kebebasan bersuara dan agama, dan juga oleh hak persendirian yang dihormati bahkan di negara-negara yang tidak ada jaminan-jaminan perlembagaan.

Di khalayak ramai, apa yang dikatakan dan dilakukan oleh orang beragama ada pertimbangan-pertimbangan yang lain. Kegunaan bebas agama melindungi kebanyakan tindakan awam, tetapi ia mesti memenuhi syarat-syarat yang perlu untuk menampung kepercayaan-kepercayaan orang lain. Undang-undang boleh melarang kelakuan yang biasanya dianggap salah atau tidak boleh diterima, seperti eksploitasi seksual, keganasan, atau kelakuan pengganas yang lain, bahkan bila hal-hal ini dilakukan dalam nama agama. Kelakuan-kelakuan yang kurang serius, walaupun tidak boleh diterima oleh beberapa orang yang percaya, mungkin akan terjadi jika dibenarkan di sisi undang-undang oleh apa yang seorang nabi Kitab Mormon memanggil “suara rakyat” (Mosia 29:26), dan kita mesti bertahan.

Mengenai ucapan awam, kita semua patut mengikut ajaran-ajaran injil untuk mengasihi satu sama lain dan mengelakkan perbantahan. Para pengikut Kristus patut menjadi teladan-teladan kesopanan. Kita patut mengasihi semua orang, menjadi pendengar yang baik, dan mengambil berat tentang kepercayaan mereka yang sungguh. Walaupun kita mungkin tidak setuju, kita tidak patut menyinggung perasaan orang. Pernyataan dan komunikasi kita mengenai topik-topik kontroversial tidak patut membawa perbantahan. Kita patut bijak dalam menjelaskan dan mencari kedudukan kita dan dalam mempengaruhi orang. Kita juga minta supaya orang lain tidak tersinggung oleh kepercayaan keagamaan kita yang sungguh dan kegunaan bebas agama kita. Kita menggalakkan semua kita untuk mengikuti Peraturan Emas Juruselamat: “Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka” (Matius 7:12).

Bila kedudukan kita tidak menang, kita patut menerima hasil-hasil yang demikian dengan sopan, dan memperbuat musuh-musuh kita dengan hormat. Tidak kira apa yang berlaku, kita patut menjadi orang baik terhadap semua orang, menolak aniaya apapun, termasuk aniaya perkauman, etnik, kepercayaan keagamaan atau ketidakpercayaan, dan perbezaan dalam orientasi seksual.

V.

Saya telah berucap tentang asas-asas umum. Sekarang saya akan berucap tentang bagaimana asas-asas itu patut digunakan dalam beberapa keadaan yang biasa di mana ajaran-ajaran Juruselamat patut diikuti dengan lebih setia.

Saya bermula dengan apa yang anak-anak kita belajar ketika mereka bermain. Kerap kali orang yang bukan ahli gereja di sini di Utah telah tersinggung dan dipulaukan oleh beberapa ahli kita yang tidak membenarkan anak-anak mereka untuk berkawan dengan anak-anak dari agama yang lain. Pastinya kita dapat mengajar anak-anak kita nilai-nilai dan standard-standard kelakuan tanpa membuat mereka menjauhkan diri mereka atau tidak menghormati sesiapa yang berbeza.

Banyak pengajar di gereja dan sekolah telah sedih kerana cara beberapa remaja, termasuk remaja yang ahli gereja, memperlakukan satu sama lain. Perintah untuk mengasihi satu sama lain pastinya termasuk kasih dan hormat antara agama-agama dan juga antara bangsa, budaya, dan tahap ekonomik. Kami mencabar semua remaja untuk mengelakkan membuli, penghinaan, atau bahasa dan tindakan yang menyebabkan kepedihan dengan sengaja terhadap orang lain.

Juruselamat mengajar bahawa perbantahan adalah alat iblis. Pastinya ini mengajar bertentangan dengan beberapa dari bahasa dan tindakan politik masa kini. Perbezaan polisi adalah perlu dalam politik, tetapi perbezaan polisi tidak perlu melibatkan serangan peribadi yang menghalang proses kerajaan dan menghukum orang yang terlibat. Semua kita patut menyingkirkan komunikasi yang penuh benci dan menjadi sopan untuk perbezaan-perbezaan pendapat.

Tempat yang terpenting untuk mengelakkan perbantahan dan untuk menghormati perbezaan-perbezaan adalah di dalam rumah kita dan dalam hubungan-hubungan keluarga kita. Perbezaan-perbezaan memang ada—ada yang kecil dan ada yang besar. Mengenai perbezaan besar, andaikan seorang ahli keluarga tinggal bersama seseorang tetapi belum berkahwin. Itu membawa dua nilai yang penting ke dalam keadaan bertentangan—kasih kita untuk ahli keluarga itu dan tekad kita kepada perintah-perintah. Mengikuti teladan Juruselamat, kita dapat menunjukkan kebaikan yang penuh kasih dan masih menjadi teguh dalam kebenaran dengan mengelakkan tindakan yang membiarkan apa yang kita tahu adalah salah untuk berlaku.

Saya mengakhiri dengan satu lagi contoh hubungan keluarga. Di persidangan pancang di bahagian Barat Tengah kira-kira 10 tahun lalu, saya jumpa seorang perempuan yang memberitahu saya bahawa suaminya yang bukan ahli gereja telah pergi bersama dia ke gereja selama 12 tahun tetapi dia belum pernah menjadi ahli Gereja. Apa yang patut dia lakukan, dia bertanya. Saya menasihati dia supaya terus melakukan semua hal yang baik dan terus sabar dan baik hati dengan suaminya.

Kira-kira satu bulan kemudian dia menulis surat untuk saya: “Well, saya berfikir bahawa 12 tahun itu menunjukkan kesabaran saya, tetapi saya rasa saya tidak berapa baik hati. Jadi, saya rajin berlatih selama satu bulan supaya menjadi baik hati, dan dia dibaptiskan.”

Kebaikan berkuasa, terutamanya dalam keadaan keluarga. Surat dia melanjutkan, “Saya sedang cuba menjadi lebih baik sekarang sebab kami berusaha pergi ke bait suci tahun ini untuk dimeteraikan!”

Enam tahun kemudian dia menulis surat lagi untuk saya: “Suami saya [baru] dipanggil dan ditetapkan sebagai uskup [bahagian kami].”2

VI.

Dalam begitu banyak hubungan dan keadaan dalam kehidupan, kita mesti bercampur dengan orang yang berbeza daripada kita. Di mana penting, bahagian kita dalam perbezaan-perbezaan ini tidak patut ditolak atau ditinggalkan, tetapi sebagai para pengikut Kristus kita patut tinggal dengan damai antara orang lain yang tidak mempunyai nilai-nilai kita atau menerima ajaran-ajaran berdasarkan nilai-nilai itu. Rancangan penyelamatan Bapa, yang kita tahu oleh wahyu kenabian, meletakkan kita dalam keadaan fana di mana kita mesti mematuhi perintah-perintah-Nya. Itu termasuk mengasihi orang yang dari budaya dan kepercayaan yang berbeza seperti Dia telah mengasihi kita. Seperti seorang nabi Kitab Mormon pernah mengajar, kita mesti maju terus, mempunyai “kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia” (2 Nefi 31:20).

Untuk hidup dalam kekacauan yang mengelilingi kita adalah susah, dan perintah Juruselamat untuk mengasihi satu sama lain seperti Dia mengasihi kita mungkin menjadi cabaran kita yang paling susah. Saya berdoa agar kita dapat memahami ini dan berusaha menggunakannya dalam semua hubungan dan aktiviti kita, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Thomas S. Monson, “Love—the Essence of the Gospel,” Ensign or Liahona, May 2014, 91.

  2. Letters to Elder Dallin H. Oaks, Jan. 23, 2006, and Oct. 30, 2012.