2010–2019
Joseph Smith
Oktober 2014


Joseph Smith

Yesus Kristus memilih seorang yang kudus, seorang yang soleh, untuk memimpin Pemulihan kegenapan injil-Nya. Dia memilih Joseph Smith.

Pada kunjungan pertamanya kepada Nabi Joseph Smith apabila Joseph berumur 17, seorang malaikat memanggil Joseph dengan namanya dan memberitahu Joseph bahawa dia, Moroni, ialah seorang pengutus dari hadirat Tuhan dan bahawa Tuhan ada tugas bagi Joseph. Berfikir tentang fikiran Joseph apabila malaikat itu memberitahunya bahawa namanya akan “dikenal dengan baik dan jahat di antara segala bangsa, kaum, dan bahasa.”1 Mungkin kejutan Joseph menyebabkan Moroni untuk mengulang bahawa kebaikan dan kejahatan akan dikatakan tentangnya di antara segala bangsa.2

Kebaikan yang dikatakan tentang Joseph Smith tidak bermula dengan cepat; yang jahat diakatakan dengan segera. Joseph menulis: “betapa sangat anehnya bahawa seorang anak laki-laki yang tak dikenal… mesti dianggap … cukup berkepentingan untuk menarik perhatian… penganiayaan dan pencacimakian yang paling pahit.”3

Walaupun kasih sayang terhadap Joseph bertumbuh, ada yang lain yang menjadi musuh dia. Pada umur 38, dia dibunuh oleh 150 orang dengan muka yang bercat.4 Walaupun kehidupan nabi akhir dengan tiba-tiba, kebaikan dan kejahatan yang dikatakan tentang Joseph baru saja bermula.

Haruskah kita terkejut tentang kejahatan yang dikatakan tentang dia? Rasul Paulus dianggap gila.5 Juruselamat yang tersayang kita, Putera Tuhan, digelar rakus, seorang yang suka minum wain, dan dirasuk iblis.6

Tuhan memberitahu Joseph tentang takdirnya:

“Ujung-Ujung bumi akan bertanya tentang namamu, dan yang bodoh akan menempatkan engkau dalam ejekan, dan neraka akan mengamuk melawan engkau;

“sementara yang murni hatinya, … yang bijak, … dan yang bajik, akan mencari … berkat-berkat secara terus-menerus dari bawah tanganmu.”7

Kenapa Tuhan membiarkan kejahatan untuk dikatakan tentang yang baik? Satu sebab adalah bahawa pertentangan terhadap hal Tuhan mendesak yang mencari kebenaran untuk berdoa mencari jawapan.8

Joseph Smith ialah Nabi Pemulihan. Tugas rohaninya bermula dengan kemunculan Bapa dan Putera, yang diikuti oleh beberapa kunjungan rohani lain. Dia satu alat dalam tangan Tuhan untuk memunculkan tulisan suci yang kudus, ajaran yang hilang, dan pemulihan imamat. Kepentingan pekerjaan Joseph memerlukan lebih dari pertimbangan intelektual sahaja; kita perlu, macam Joseph, “bertanya kepada Tuhan.”9 Soalan rohani harus terima jawapan rohani dari Tuhan.

Banyak yang menolok kerja Pemulihan langsung tidak percaya bahawa orang syurgawi bercakap dengan orang di bumi. Adalah mustahil, mereka kata, bahawa kepingan emas diberi oleh seorang malaikat dan diterjemahkan oleh kuasa Tuhan. Dari ketidakpercayaan itu, mereka menolak dengan cepat kesaksian Joseph, dan ada beberapa yang, malangnya, mencemarkan kehidupan nabi dan memfitnah wataknya.

Kita menjadi sangat sedih apabila seorang yang dulu menghormati Joseph mundur dari keyakinannya dan memfitnah Sang Nabi.10

“Mempelajari gereja melalui mata penyeberangnya,” kata Elder Neal A. Maxwell, “macam menemubual Judas untuk memahami Yesus. Penyeberang selalu memberitahu kita lebih banyak tentang diri mereka daripada apa yang mereka sudah tolak.”11

Yesus kata, “Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.”12 Semoga kita menunjuk kebaikan hati kepada mereka yang mengkritik Joseph Smith degan tahu dalam hati kita bahawa dia seorang nabi Tuhan dan bahawa ini semua diramalkan lama lalu oleh Moroni.

Macam mana harus kita balas seorang penanya yang ikhlas yang berkeraguan tentang hal negatif yang pernah dia dengar atau baca tentang Nabi Joseph Smith? Sudah tentu, kita selalu menerima soalan yang ikhlas dan jujur.

Kepada soalan tentang watak Joseph, kita mungkin akan mengongsikan perkataan dari ribuan orang yang kenalinya secara peribadi dan yang mengorbankan nyawa mereka demi pekerjaan itu yang dia mulakan. John Taylor, yang ditembak empat kali oleh kumpulan perusuh itu yang membunuh Joseph, nanti mengisytiharkan: “Saya bersaksi di depan Tuhan, malaikat dan orang bahawa [Joseph] ialah orang yang baik, berhormat, dan mulia -... [dan] bahawa wataknya baik peribadi mahupun awam murni - dan bahawa dia hidup dan mati sebagai hamba Tuhan.”13

Kita mungkin akan mengingatkan penanya yang ikhlas bahawa maklumat dari internet tidak ada penapis untuk cari kebenaran. Ada maklumat, yang walaupun meyakinkan, tidaklah benar.

Beberapa tahun yang lalu saya membaca sebuah artikel dari majalahTime yang melaporkan penemuan satu surat, kononnya ditulis oleh Martin Harris, yang bertentangan dengan laporan Joseph Smith tentang penemuan kepingan Kitab Mormon.14

Beberapa ahli tinggalkan gereja akibat dokumen ini.15

Malangnya, mereka tinggal terlalu cepat. Beberapa bulan kemudian ada pakar yang belajar (dan pemalsu mengaku) bahawa surat itu penipuan saja.16 Memang difahami kalau kamu bertanya tentang apa yang kamu dengar dalam berita, tetapi kamu tidak perlu meragui kesaksian nabi Tuhan.

Kita mungkin akan mengingatkan penanya itu bahawa ada maklumat, yang mungkin benar, tetapi diberi tanpa konteks zaman dan keadaan Joseph.

Elder Russell M. Nelson menggambarkan ini. Dia mengatakan: “Saya melayan sebagai perunding kepada pemerintahan Amerika Syarikat di Pusat Kebangsaan untuk Kawalan Penyakit di Atlanta, Georgia. Satu kali apabila saya tunggu teksi untuk bawa saya selepas mesyuarat kami habis, saya berbaring di rumput untuk menikmati matahari sedikit sebelum saya balik ke musim sejuk di Utah… Nanti saya terima satu gambar dalam surat dari seorang jurugambar yang dia ambil dengan kanta telefoto dan yang menggambarkan saat relaksi saya di rumput. Di bawah gambar itu ada kapsyen, ‘Seorang perunding pemerintahan di Pusat Kebangsaan.’ Gambar itu benar, kapsyen pun benar, tetapi kebenaran digunakan untuk menggambarkan gambaran palsu.”17 Kita tidak meninggalkan sesuatu yang kita tahu benar akibat sesuatu yang kita belum faham.

Kita mungkin akan mengingatkan penanya itu bahawa Joseph bukan seorang saja dalam kunjungan dari malaikat.

Para saksi Kitab Mormon menulis: “kami memaklumkan dengan perkataan kesungguhan, bahawa seorang malaikat Tuhan turun dari syurga… [dan] kami melihat dan menyaksikan kepingan-kepingan itu.”18 Kita boleh juga memetik dari banyak orang lagi.19

Seorang penanya yang ikhlas harus menganggap penyebaran injil yang dipulihkan sebagai hasil dari pekerjaan Tuhan melalui Sang Nabi.

Sekarang ada lebih dari 29,000 jemaah dan 88,000 mubaligh yang mengajar injil di seluruh dunia. Berjuta-juta Orang Suci Zaman Akhir cuba ikut Yesus Kristus, menjalankan kehidupan yang baik, memelihara yang miskin, dan memberikan masa dan bakat mereka untuk membantu orang lain.

Yesus kata:

“Pokok yang baik tidak boleh menghasilkan buah yang buruk, dan pokok yang tidak baik tidak dapat menghasilkan buah yang tidak buruk…

Dengan buahnya kamu boleh mengenali mereka.”20

Penjelasan ini meyakinkan, tetapi seorang penanya yang ikhlas tidak harus bergantung pada penjelasan ini sahaja untuk menyelesaikan pencariannya untuk kebenaran.

Setiap orang yang percaya perlu satu pengesahan rohani tentang misi ilahi dan watak Nabi Joseph Smith. Ini benar untuk setiap generasi. Soalan rohani perlu jawapan rohani dari Tuhan.

Baru-baru ini apabila saya di sebelah timur Amerika Syarikat, seorang mubaligh yang sudah balik bercakap dengan saya tentang seorang kawan yang sudah menjadi kecewa akibat maklumat dia sudah terima tentang Nabi Joseph Smith. Mereka sudah bercakap beberapa kali, dan mubaligh yang sudah balik itu mengalami keraguan sendiri akibat perbualan mereka.

Walaupun saya berharap bahawa dia boleh menguatkan kawannya, saya rasa bimbang untuk kesaksianya. Saudara-saudari, biar saya memberi amaran: kamu tidak boleh membantu orang lain kalau iman kamu tidak kuat.

Beberapa minggu lalu saya menaiki kapal terbang ke Amerika Selatan. Atendan penerbangan mengarahkan perhatian kami ke satu wayang keselamatan. “Tidak berapa mungkin,” kata amaran, “tetapi kalau tekanan kabin berubah, panel itu yang di atas akan buka menunjukkan topeng oksigen. Kalau ini terjadi, mengambil dan menarik topeng itu kepada diri anda. Meletakkan topeng di atas hidung dan muka anda. Letak tali elastik di belakang kepala anda dan menyesuaikan topeng kalau diperlukan.” Kemudian ada amaran: “Pastikan bahawa anda menyesuaikan topeng sendiri sebelum membantu orang lain.”

Percakapan yang negatif tentang Nabi Joseph Smith akan bertambah semasa kita mendekati kedatangan kedua Juruselamat. Hal yang setengah benar dan penipuan yang susah dikenali tidak akan lenyap. Akan ada banyak ahli keluarga dan kawan yang akan perlu bantuan kamu. Sekarang ialah masanya untuk menyesuaikan topeng rohani kamu supaya kamu sedia untuk membantu yang lain yang mencari kebenaran.21

Sebuah kesaksian tentang Nabi Joseph Smith boleh datang dengan cara yang berbeza kepada setiap dari kita. Ia mungkin akan datang semasa kamu berlutut dalam doa, dengan menanya Tuhan untuk mengesahkan bahawa dia seorang nabi yang benar. Ia mungkin akan datang semasa kamu membaca cerita Nabi tentang Penglihatan Pertama. Sebuah kesaksian mungkin akan menitik ke atas jiwamu semasa kamu membaca Kitab Mormon berulang kali. Ia mungkin akan datang semasa kamu memberi kesaksian sendiri tentang Sang Nabi atau semasa kamu berdiri di bait suci dan faham bahawa melalui Joseph Smith kuasa pemeteraian yang kudus dipulihkan ke bumi.22 Dengan iman dan niat yang bersungguh-sungguh, kesaksian kamu tentang Nabi Joseph Smith akan menjadi kuat. Belon air yang dibuang terhadap kamu di sebelah kiri dan kanan mungkin akan membasahkan kamu, tetapi tidak pernah pasti bahawa belon itu akan memadamkan api iman kamu.

Kepada para remaja yang mendengar hari ini, saya memberi cabaran: dapatkan satu kesaksian yang peribadi tentang Nabi Joseph Smith. Biar suara kamu mengabulkan nubuatan Moroni untuk bercakap yang baik tentang Sang Nabi. Saya memberi dua idea: Pertama, mencari tulisan suci dalam Kitab Mormon bahawa kamu rasa dan tahu dengan pasti adalah benar. Selepas itu kongsikan tulisan itu dengan keluarga dan kawan dalam malam keluarga, seminari, dan kelas remaja kamu, dengan mengaku bahawa Joseph sebuah alat dalam tangan Tuhan. Kemudian, membaca kesaksian Nabi Joseph Smith di Mutiara yang Sangat Berharga atau dalam pamflet ini, yang sekarang diterjemahkan ke dalam 158 bahasa. Kamu boleh menjumpainya di LDS.org atau dari para mubaligh. Ini kesaksian Joseph Smith sendiri tentang apa yang terjadi. Membacanya kerap kali. Berfikir kalau kamu mahu untuk merakam kesaksian Joseph Smith dengan suaramu sendiri, mendengar kepadanya kerap kali, dan mengongsikannya dengan kawan. Mendengar kepada kesaksian Sang Nabi dalam suara kamu sendiri akan membantu untuk membawa kesaksian itu yang kamu cari.

Ada hari yang hebat dan mulia pada masa depan. Presiden Thomas S. Monson pernah mengatakan: “Pekerjaan mulia ini… akan terus, mengubah dan memberkati kehidupan… tidak ada kuasa di seluruh dunia yang boleh menghentikan pekerjaan Tuhan. Walaupun apa-apa yang terjadi, pekerjaan ini akan maju.”23

Saya memberi kamu kesaksian saya bahawa Yesus ialah Kristus, Juruselamat dan Penebus kita. Dia memilih seorang yang kudus, seorang yang soleh, untuk memimpin Pemulihan kegenapan injil-Nya. Dia memilih Joseph Smith.

Saya bersaksi bahawa Joseph Smith ialah seorang yang jujur dan mulia, seorang pengikut Tuhan Yesus Kristus. Tuhan Sang Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, memang muncul kepada dia. Dia memang menterjemahkan Kitab Mormon dengan kuasa dan kurnia Tuhan.

Dalam masyarakat kita selepas kematian, kita akan faham dengan pasti panggilan kudus dan misi ilahi Nabi Joseph Smith. Pada hari itu yang tidak terlalu lama depan kita, kamu dan saya dan “berjuta-juta [lagi] akan kenal ‘Brother Joseph’ lagi.”24 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Joseph Smith--Sejarah 1:33.

  2. Lihat Joseph Smith--Sejarah 1:29–46.

  3. Joseph Smith--Sejarah 1:23.

  4. Ajaran dan Perjanjian 135:1.

  5. Lihat Kisah para Rasul 26:24.

  6. Lihat Matius 11:19; Yohanes 10:20.

  7. Ajaran dan Perjanjian 122:1–2.

  8. Presiden Dieter F. Uchtdorf kata: “Meragui keraguan kamu sebelum iman kamu. Kita tidak boleh membiarkan keraguan untuk menakluki kami dan menahan kami dari kasih ilagi, kedamaian, dan kurnia itu yang datang melalui iman kepada Tuhan Yesus Kristus” (“Come, Join with Us,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 23). Elder Jeffrey R. Holland kata: ”Ini sebuah kerja ilahi yang tengah kemajuannya, dengan pernyataan dan berkat yang berlimpah di sini sana, jadi jangan panik kalau kadang-kadang ada masalah yang harus dipelajari, difahami, dan diselesaikan. Akan ada dan mereka akan diselesaikan. Dalam Gereja ini, yang kita tahu akan selalu lebih kuat daripada apa yang kita tidak tahu” (“Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, May 2013, 94).

  9. Yakobus 1:5; lihat juga Joseph Smith--Sejarah 1:11–13.

  10. Daniel Tyler mengingat: ”Brother Isaac Behunin dan saya [mengunjungi sang Nabi] di rumahnya. Kita bercakap tentang penganiayaan terhadap dia. Dia mengulang banyak hal yang palsu yang dikatakan oleh murtad... Dia juga bercakap tentang kebanyakan pegawai yang dulu... akan mengambil nyawanya [dengan sanggup], apabila dia ditangkap, tetapi yang suka dia [apabila mereka kenalinya]...”... Brother Behunin berkata: ’Kalau saya meninggalkan gereja ini saya tidak akan menjadi macam orang itu: Saya akan pergi ke tempat jauh di mana Gereja Mormon tidak dikenali, tinggal di sana, dan tidak seorang pun akan belajar bahawa saya tahu tentang gereja ini.’”[Joseph] membalas dengan segera: ’Brother Behunin, kamu tidak tahu apa yang kamu akan buat. Sudah tentu orang itu berfikir macam kamu dulu. Sebelum kamu masuk Gereja ini kamu neutral... Apabila kamu masuk Gereja ini kamu bersetuju untuk melayan Tuhan. Apabila kamu buat begitu kamu tidak neutral lagi, dan kamu tidak boleh balik. Kalau kamu menafi Tuhan itu yang kamu bersetuju untuk melayan, itu akan dibuat oleh cadangan si jahat, dan kamu akan ikut dia dan menjadi hambanya.’” (dalam Ajaran Presiden Gereja: Joseph Smith [2007], 324).

  11. Neal A. Maxwell, “All Hell Is Moved” (Ucapan Brigham Young University, Nov. 8, 1977), 3; speeches.byu.edu.

  12. Matius 5:44.

  13. Ajaran Presiden Gereja: John Taylor (2001), 83; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 135:3.

  14. Lihat Richard N. Ostling, “Challenging Mormonism’s Roots,” Time, Mei 20, 1985, 44.

  15. Lihat Ostling, “Challenging Mormonism’s Roots,” 44; lihat juga Gordon B. Hinckley, “Lord, Increase Our Faith,” Ensign, Nov. 1987, 52; Neil L. Andersen, “Trial of Your Faith,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 41.

  16. Lihat Richard E. Turley Jr., Victims: The LDS Church and the Mark Hofmann Case (1992).

  17. Russell M. Nelson, “Truth—and More,Ensign, Jan. 1986, 71.

  18. “Kesaksian Tiga Saksi,” Kitab Mormon.

  19. Lihat Joseph Smith--Sejarah 1:71, nota; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 76:23.

  20. Matius 7:18, 20.

  21. Presiden Henry B. Eyring, apabila bercakap tentang mereka yang berkeraguan, berkata: “Dalam kasih sayangmu terhadap mereka kamu mungkin akan cuba untuk memberi mereka apa yang mereka minta. Kamu mungkin akan digoda untuk pergi dengan mereka melalui keraguan mereka, dengan berharap bahawa kamu boleh cari bukti atau pengakulan untuk menyelesaikan keraguan mereka. Orang dengan keraguan kerap kali mahu bercakap tentang apa mereka anggap sebagai faktanya atau argumennya yang menyebabkan keraguan mereka, dan tentang betapa banyak kesakitannya...Kamu dan saya boleh buat lebih baik kalau kamu tidak bercakap lama tentang apa pelajar kita menganggap sebagai sumber keraguan mereka. … Masalah mereka tidak dengan apa yang mereka fikir bahawa mereka faham; tetapi apa yang mereka tidak boleh faham. … Kita buat yang paling baik kalau percakapan kita tentang hal dari hati, perubahan hati itu yang membuka mata rohani” (“‘And Thus We See’: Helping a Student in a Moment of Doubt” [ucapan kepada pengajar agama dari Sistem Pendidikan Gereja, Feb. 5, 1993], 3, 4; si.lds.org).

  22. President Gordon B. Hinckley berkata: “Banyak tahun yang lalu apabila saya berumur dua-belas saya ditahbiskan sebagai diaken, bapa saya, yang pada masa itu ialah presiden pancang kami, membawa saya ke mesyuarat imamat saya yang pertama... [Nyanyian pembuka ialah ”Praise to the Man.”] Mereka bernyanyi tentang Nabi Joseph Smith, dan semasa mereka buat begitu ada dalam hati saya perasaan kasih sayang bagi dan kepercayaan kepada Nabi kuat zaman keagamaan ini... Saya tahu pada saat itu, oleh kuasa Roh Kudus, bahawa Joseph smith ialah nabi Tuhan” (“Praise to the Man,” Ensign, Aug. 1983, 2; Tambuli, Jan. 1984, 1, 2).

  23. Thomas S. Monson, “As We Gather Once Again,” Ensign atau Liahona, May 2012, 4.

  24. “Praise to the Man,” Hymns, no. 27.