2010–2019
Sebab Untuk Harapan Kita
Oktober 2014


Sebab Untuk Harapan Kita

Satu kesaksian tentang harapan dan penebusan ialah sesuatu yang tidak boleh diukur atau dikira. Yesus Kristus ialah punca harapan itu.

Beberapa tahun lalu, Sister Packer dan saya melawat Universiti Oxford. Kami sedang mencari rekod datuk moyang saya yang ke-7. Ketua Christ College do Oxford, Dr.Poppelwell, amat bermurah dan memanggil pengarkib kolej untuk membawa rekod tersebut. Di sana pada rekod tahun 1583 kami menjumpai nama moyang saya, John Packer.

Tahun kemudianya kami pulang ke Oxford dengan sebuah hadiah iaitu satu ikatan cantik kitab kerja-kerja standard Gereja untuk perpustakaan Christ’s College. Ia nampak janggal untuk Dr.Poppelwell. Mungkin dia ingat yang kita bukan sebenarnya Kristian. Jadi dia memanggil paderi kolej untuk menerima buku- buku tersebut.

Sebelum memberi kitab tersebut kepada paderi itu, Saya membuka kepada Topical Guide dan menunjukkan dia satu tajuk: 18 mukasurat, cetak yang sangat halus, satu jarak, menyenaraikan rujukan kepada subjek ”Yesus Kristus.”. Ia ialah salah satu daripada kompilasi yang komprehensif dalam rujukan tulisan suci dalam subjek Juruselamat yang pernah dikumpulkan dalam satu dunia – satu kesaksian daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Kitab Mormon, Ajaran Dan Perjanjian, dan Mutiara Yang Sangat Berharga.

“Macam mana pun kamu mengikut rujukan ini” saya memberitahu dia, “dari tepi ke tepi, atas dan bawah, buku ke buku tajuk ke tajuk – kamu akan dapati bahawa ia konsisten dan ia ialah saksi keharmonian dan ketuhanan misi Tuhan Yesus Kristus – Kelahiran-Nya, Hidup-Nya, Penyaliban-Nya, Kebangkitan-Nya dan Penebusan-Nya .

Selepas berkongsi dengan paderi tentang beberapa ajaran Penyelamat, suasana bertukar, dan dia menunjukkan kita kemudahan kolej itu, termasuk penggalaian yang terbaru yang menunjukkan mural yang bertarikh sehingga ke zaman Roman.

Antara rujukan yang terdapat dalan Topical Guide adalah yang ini daripada Kitab Mormon:Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus: “Dan kita berbicara berkenaan Kristus, kita berbahagia dalam Kristus, kita berkhutbah berkenaan Kristus, kita bernubuat berkenaan Kristus, dan kita menulis menurut nubuat-nubuat kita, agar anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling bagi pengampunan dosa-dosa mereka.” (2 Nefi 25:26).

Dalam perkataan Dia sendiri, Penyelamat mengisytiharkan, ”Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yohanes 14:6).

Dan dari Kitab Mormon, dia mengisytiharkan, “Lihatlah, Akulah Dia yang telah dipersiapkan sejak pengasasan dunia untuk menebus umat-Ku. Lihatlah, Akulah Yesus Kristus. … Di dalam Aku seluruh umat manusia akan memperoleh kehidupan, dan ianya abadi, bahkan mereka yang akan percaya pada nama-Ku; dan mereka akan menjadi anak-anak lelaki-Ku dan anak-anak perempuan-Ku.” (Eter 3:14).

Terdapat banyak, banyak lagi rujukan di dalam kitab-kitab yang menyatakan peranan ilahi Yesus Kristus sebagai Penebus kepada sesiapa yang sudah lahir atau yang akan lahir ke dalam dunia ini.

Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus kita semua telah ditebus daripada Kejatuhan manusia, yang berlaku apabila Adam dan Hawa mengambil makan buah yang terlarang dalam Taman Eden, seperti yang ditulis dalam Korintus: “Kerana sama seperti semua orang mati dalam persekutuan dengan Adam, demikian pula semua orang akan dihidupkan kembali dalam persekutuan dengan Kristus.” (1 Korintus 15:22).”

Kitab Mormon mengajar, “Kerana perlu bahawa suatu korban tebusan hendaknya dibuat; … jikalau tidak, seluruh umat manusia tidak dapat mengelakkan kebinasaan; ya, semuanya bersikap keras; ya, semuanya terjatuh dan tersesat, dan mesti binasa kecuali melalui korban tebusan… korban yang tidak terhingga dan abadi.” (Alma 34:9–10).

Kita mungkin tidak dapat menghidupi satu hidup yang sempurna, dan terdapat penalti untuk kesilapan kita, tetapi sebelum kita datang ke dunia, kita bersetuju untuk tertakluk kepada undang-undang-Nya dan menerima hukuman jika melanggari undang-undang itu.

“Kerana semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan;

“dan oleh kasih kurnia telah dibenarkan dengan cuma-cuma kerana penebusan dalam Kristus Yesus.” (Roma 3:23–24).

Penyelamat yang menempa Korban Tebusan, yang menyediakan jalan untuk menjadi bersih. Yesus Kristus ialah Kristus yang dibangkitkan. Kita menyembah dan mengiktiraf Dia untuk kesakitan yang dialami-Nya untuk kita secara kolektif dan juga untuk kesakitan yang dialami-Nya untuk kita secara individu, di dalam Taman Getsamane dan juga di atas salib. Dia menahan dengan rendah hati dan dengan pemahaman abadi tentang peranan-Nya dan tujuan-Nya.

Sesiapa yang bertaubat dan meninggalkan dosa mereka akan mendapati bahawa tangan-Nya yang pengasih masih dihulurkan untuk mereka. Kepada sesiapa yang mendengari dan mengikuti perkataan-Nya dan juga perkataan hamba-Nya yang dipilih akan menjumpai keamanan dan pemahaman di tengah kesedihan dan kesakitan hati. Hasil daripada pengorbanan-Nya adalah untuk membebaskan kita daripada kesan dosa, supaya semua boleh mendapat harapan dan rasa bersalah dipadamkan.

Jika Dia tidak mencapai misi Korban Tebusan-Nya, tidak akan ada penebusan. Ia akan menjadi sebuah dunia yang amat perit untuk kita hidup jika kita tidak boleh dimaafkan daripada dosa kita dan kita tidak boleh disucikan dan terus maju ke hadapan.

Belas kasihan dan rahmat Yesus Kristus tidak terhad kepada mereka yang melakukan dosa yang dilakukan atau yang tidak melakukan, tetapi ia merangkumi perjanjian kehidupan abadi kepada sesiapa yang menerima dan mengikuti-Nya dan ajaran-Nya. Rahmat-Nya ialah penyembuh yang besar, walaupun untuk yang tidak bersalah yang dicederakan.

Baru-baru ini saya menerima surat daripada seorang wanita yang menceritakan bahawa dia melalui satu penderitaan yang kuat dalam hidupya. Satu kesilapan yang dia tidak kenal pasti tetapi merujuk kepadanya, telah dilakukan ke atas dia. Dia mengaku bahawa dia bergelut dengan perassan yang penuh dengan kepahitan. Dalam kemarahannya, dia dalam kepalanya menjerit, “Seseorang mesti membayar untuk ketidakadilan yang dahsyat ini.” Dalam masa kepahitan yang mendalam dan persoalan itu, dia menulis bahawa dia terasa dalam hatinya secara terus, “Seseorang sudah membayarnya.”

Jika kita tidak sedar apa yang dilakukan Penyelamat dan korban-Nya untuk kita, kita mungkin akan melalui hidup penuh dengan kekesalan yang kita telah melakukan sesuatu yang tidak betul dan telah menyinggung seseorang. Rasa bersalah yang mengiringi kesilpan boleh dibersihkan. Jika kita mencari untuk memahami Korban Tebusan-Nya, kita akan dapat mendalami satu penghormatan kepada Tuhan Yesus Kristus, misi-Nya di dunia, dan misi ilahi-Nya sebagai Penyelamat kita.

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah dipulihkan untuk bergerak ke seluruh dunia pengetahuan kehidupan dan ajaran Penyelamat. Persidangan Umum yang hebat ini disiarkan dalam 94 bahasa dengan satelit kepada 101 negara dan juga ada di internet kepada setiap negara di mana Gereja ada. Kita mempunyai lebih daripada 3000 pancang. Mubaligh sepenuh masa kini mencecah 80,000, dan jumlah ahli Gereja telah melebihi 15 juta. Nombor ini adalah bukti bahawa “batu yang terpenggal dari gunung tanpa perbuatan tangan” masih bergolek, dan akan pada satu hari memenuhi “seluruh bumi”(A&P 65:2).

Tetapi tidak kira sebesar manapun Gereja ini akan jadi atau berapa juta ahli yang menyertai kita, tidak kira berapa benua atau negara mubaligh kita masuk atau berapa bahasa yang kita bertutur, kejayaan sebenar injil Yesus Kristus akan diukur dengan kekuatan rohani setiap ahli individu Gereja ini. Kita perlukan kekuatan yang disabitkan yang dijumpai dalam setiap hati pengikut Kristus yang setia.

Satu kesaksian tentang harapan dalam penebusan ialah sesuatu yang tidak boleh diukur atau dikira. Yesus Kristus ialah punca harapan itu.

Kita mencari untuk menguatkan kesaksian yang tua dan yang muda, yang berkahwin dan yang bujang. Kita perlu mengajar injil Yesus Kristus kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak, yang dari setiap bangsa dan negara, yang miskin mahupun yang kaya. Kita perlukan ahli baru dan juga mereka yang berketurunan perintis. Kita mesti keluar dan mencari mereka yang telah sesat dan menolong mereka untuk pulang ke pangkuan jalan. Kita perlukan kebijaksanaan dan wawasan dan kekuatan rohani setiap ahli. Setiap ahli Gereja ini sebagai seorang individu ialah bahagian yang kritikal dalam badan Gereja.

“Kerana sama seperti tubuh itu satu dan anggota-anggotanya banyak, dan segala anggota itu, sekalipun banyak, merupakan satu tubuh, demikian pula Kristus.

“Sebab dalam satu Roh kita dibaptis menjadi satu tubuh. …

“Kerana tubuh juga tidak terdiri dari satu anggota, tetapi atas banyak anggota. (1 Korintus 12:12–14).

Setiap ahli berfungsi sebagai kesaksian tentang kehidupan dan pengajaran Yesus Kristus. Kita sekarang berperang dengan kuasa-kuasa musuh, dan kita perlukan setiap dari semua kita untuk berjaya dalam pekerjaan yang Penyelamat mahukan kita lakukan.

Kamu mungkin berfikir, “Apa yang saya boleh buat ? Saya hanya satu orang.”

Semestinya Joseph Smith kadang-kadang terasa keseorangan. Dia bangkit dalam kebesaran, tetapi dia bermula sebagai seorang budak 14 tahun dengan soalan: “Gereja mana yang harus saya sertai?” (lihat Joseph Smith–History 1:10). Iman Joseph dan kesaksianya dalam Penyelamat membesar sepertimana kita mesti membesar, “baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit” (2 Nephi 28:30; juga lihat A&P 128:21). Joseph berlutut untuk berdoa, dan perkara yang menakjubkan telah datang hasil daripada doa itu dan Penglihatan Pertama.

Sebagai salah seorang Dua Belas Rasul, Saya bersaksi tentang Tuhan Yesus Kristus. Dia hidup. Dia ialah Penyelamat dan Penebus kita. Melalui Pendamaian Kristus, seluruh umat manusia boleh diselamatkan” (Pasal-Pasal Kepercayaan 1:3). Dia mengetuai Gereja ini. Dia bukan asing kepada hamba-Nya. Sambil kita bergerak ke hadapan dengan keyakinan yang senyap. Roh-Nya akan bersama kita. Tidak terdapat penghujung kepada kuasa-Nya untuk memberkati dan mengarah hidup mereka yang mencari kebenaran dan kesolehan. Saya memberi kesaksian tentang Dia dalam nama Yesus Kristus, amin.