2010–2019
Pertimbangkan Mana Jalan Mu
Oktober 2014


Pertimbangkan Mana Jalan Mu

Apabila kita merujuk kepada Yesus sebagai Contoh kita dan mengikuti Nya, kita akan kembali ke hadiran Bapa Syurgawi dengan selamat.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya berasa rendah hati berdiri di hadapan mu pagi ini. Saya memohon iman dan doa mu bagi pihak saya selaku saya berkongsi pesanan saya.

Kita semua memulakan perjalanan yang penting dan hebat apabila kita meninggalkan dunia roh dan memasuki peringkat yang mencabar dipanggil fana. Tujuan utama kita wujud di dunia adalah untuk memperoleh badan berdaging dan tulang, untuk memperoleh pengalaman yang hanya boleh didapati melalui pemisahan daripada ibubapa syurgawi, dan jika kita dapat mematuhi perintah-perintah. Dalam buku Abraham, pasal tiga, kita membaca: “Dan Kita akan menguji mereka dengan ini, untuk melihat apakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang akan Tuhan mereka perintahkan kepada mereka.”1

Apabila kita datang ke bumi, kita membawa kurniaan hebat daripada Tuhan – iaitu hak pilihan kita. Kita mempunyai hak istimewa untuk memilih bagi diri sendiri dalam pelbagai cara. Kita pelajari melalui pengalaman hidup diri yang susah. Kita mengenali baik dan buruk. Kita dapat membezakan yang pahit dan yang manis. Kita belajar bahawa membuat keputusan menentukan takdir.

Saya pasti kita meninggalkan Bapa kita dengan keinginan kuat untuk kembali kepada Nya, agar kita peroleh kemuliaan yang dirancang oleh Nya untuk kita yang mana kita sendiri, inginkan sangat. Walaupun kita dibiarkan untuk mencari dan mengikut jalan yang akan memimpin kita kembali ke Bapa Syurgawi kita, Dia tidak menghantar kita ke sini tanpa arah dan pimpinan. Sebaliknya, Dia telah memberi kita alat-alat yang kita perlu, dan dia akan membantu kita apabila kita meminta bantuan Nya dan cuba dengan sedaya upaya untuk bertahan sampai akhir dan memperoleh kehidupan abadi.

Untuk memimpin kita, terdapat firman Tuhan dan Anak Nya dalam kitab suci. Kita mempunyai nasihat dan ajaran daripada nabi-nabi Tuhan. Kepentingan yang teragungnya, kita dilengkapkan dengan contoh yang sempurna untuk diteladani – iaitu contoh Juruselamat kita, Yesus Kristus – dan kita telah diperintah untuk mengikut teladan itu. Juruselamat sendiri berfirman: “Datanglah, mengikuti ku.”2 “Pekerjaan yang telah kamu lihat Aku lakukan itu akan kamu lakukan juga.”3 Dia bertanya, “Kamu harus menjadi orang yang bagaimana?” Kemudian dia menjawab, “Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti Aku.”4 “Dia menandakan jalan dan membimbing caranya.”5

Apabila kita melihat Yesus sebagai Contoh kita dan mengikut cara Nya, kita boleh kembali dengan selamatnya kepada Bapa Syurgawi dan hidup bersama selama-lamanya. Nabi Nefi telah berkata, “Kecuali seseorang akan bertahan sampai akhir, dalam mengikuti teladan Putera Tuhan yang hidup, dia tidak dapat diselamatkan.”6

Seorang wanita, setiap kali dia berkongsi pengalamannya semasa melawat Tanah Suci akan berkata dengan riangnya, “Saya berjalan di mana Yesus telah berjalan!”

Dia telah berada sekitar di mana Yesus tinggal dan mengajar. Mungkin dia telah berdiri atas batu di mana Dia pernah berdiri atau lihat banjaran pergunungan yang Dia telah pandang. Pengalaman itu, sendiri, sangat menggentarkan jiwanya; tetapi berjalan di mana Yesus telah berjalan secara fizikal adalah kurang penting dari berjalan seperti Dia telah berjalan. Berikthiar menyamai tindakan Nya dan mengikut teladan Nya adalah lebih penting dari ingin mencari serpihan baki yang tinggal di jalan-jalan yang telah dilalui Nya semasa dia hidup.

Apabila Yesus menjemput seseorang lelaki kaya, “Datang, ikutilah Ku,”7 Dia tidak bermaksud untuk lelaki kaya tersebut mengikutnya naik turun bukit dan lembah luar kota.

Kita tidak perlu berjalan di tepi laut Galilee atau dikalangan bukit-bukit Judea untuk berjalan di mana Yesus telah berjalan. Kita semua boleh berjalan di jalan yang dilaluiNya, apabila kita mengingati firman-firmanNya dalam minda kita, roh Nya mengisi hati kita, dan ajaran Nya membimbing kehidupan kita, kita memilih untuk mengikutNya apabila kita melalui perjalanan fana. Teladan Nya menerangi jalan Dia berfirman, “Akulah jalan, kebenaran, dan kehidupan.”8

Apabila kita mengkaji lorong yang dijalani Yesus, kita akan lihat bahawa Dia melalui banyak cabaran sama yang kita akan hadapi dalam kehidupan.

Sebagai contoh, Yesus mengalami kekecewaan. Walaupun dia mengalami banyak kekecewaan, salah satu yang paling pedih tergambar dalam ratapan Nya untuk Yerusalem di penghujung pelayanan awam Nya. Orang-orang Israel telah menolak sayap keselamatan yang Dia telah tawarkan kepada mereka. Ketika dia melihat bandar yang akan ditinggal untuk dibinasakan, Dia mengalami perasaan sedih yang mendalam. Dengan dukacita Dia berkata, “O Yerusalem, Yerusalem! Nabi-nabi kau bunuh! Para utusan Tuhan kau lempari batu sampai mati! Sudah berapa kali Aku ingin merangkui semua pendudukmu seperti induk ayam melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kau tidak mahu!”9

Yesus mengalami godaan. Lucifer, dia yang jahat, mengumpul segala kekuatannya, pendustaan yang mengundang, menggoda Dia yang telah berpuasa selamat 40 hari dan 40 malam. Yesus tidak tunduk; sebalinya, Dia menahan diri dalam setiap godaan. Kata terakhirnya: “Pergi kau, hai Penggoda!”10

Yesus mengalami kesakitan. Pertimbangkan Getsemani, di mana Dia “menderita secara batin … dan keringat Nya seperti darah menetes ke tanah.”11 Dan tiada yang boleh lupakan penderitaan Nya atas salib yang zalim.

Kita semua akan menghadapi kekecewaan, mungkin kerana kehilangan suatu peluang penayalahgunaan kuasa, hak pilihan orang tersayang, atau pilihan yang kita pilih sendiri. Kita semua juga akan menghadapi godaan. Kita baca dalam Ajaran dan Perjanjian, bahagian ke-29: “Dan mestilah perlu bahawa iblis akan menggoda anak-anak manusia, atau mereka tidak dapat menjadi juru kuasa bagi diri mereka.”12

Dan juga, kita semua akan mengalami kesakitan. Kita, sebagai hamba, tidak boleh mengharapkan lebih daripada Tuan kita, yang meninggalkan duniawi setelah menderita dan disakiti dengan hebat.

Walaupun kita akan mengalami kesedihan yang perit, kita juga akan mendapat kegembiraan yang tidak terhingga.

Kita bersama Yesus, boleh jalan di lorong kepatuhan. Ia bukanlah senang, tetapi biarlah cogan kita seperti warisan yang ditinggalkan oleh Samuel yang berkata: “Taat kepada Tuhan lebih baik daripada mempersembahkan kurban, patuh lebih baik daripada lemak domba.”13 Marilah kita mengingati bahawa kesimpulan akhir ketidakpatuhan adalah penawanan dan kematian, di mana ganjaran kepatuhan adalah kebebasan dan kehidupan abadi.

Kita seperti Yesus, boleh melayani sesama. Contoh hebat kebaikan adalah kehidupan Yesus, apabila Dia melayani di kalangan orang semua. Dia memberi kekuatan kepada anggota badan yang cacat, penglihatan kepada yang buta, pendengaran kepada telinga yang pekak.

Yesus berdoa. Dia mengajar kita bagaimana untuk berdoa dan memberi kita doa indah yang dikenali sebagai doa Tuhan. Dan siapa yang boleh melupai doa Nya di Getsemani: “Jangan menurut kemahuan Ku, melainkan menurut kemahuan Bapa sahaja.”14

Arahan lain yang diberi kepada kita oleh Juruselamat berada di penghujung jari-jemari kita, dijumpai dalam kitab suci, Khutbah Nya atas Gunung, Dia menyuruh kita untuk berbelas kasihan, rendah diri, menjadi baik, menjadi suci dalam hati, menjadi pendamai. Dia mengarah kita untuk berdiri berani demi kepercayaan, walaupun kita diejek dan dianiayai. Dia meminta kita untuk membenarkan cahaya kita sinar terang agar mereka yang lain boleh melihatnya dan ingin memuliakan Bapa kita di Syurga. Dia mengajar kita untuk menjadi suci dalam minda dan juga tindakan. Dia memberitahu betapa pentingnya untuk mengumpul barang berharga di syurga dari di dunia.15

Perumpamaan Nya mengajar dengan kuasa dan hak. CeritaNya mengenai seorang Samaria, mengajar kita untuk mengasihi dan melayani jiran-jiran kita.16 Perumpamaan Nya mengenai wang emas, Dia mengajar kita untuk sentiasa memperbaiki diri dan bergiat untuk kesempurnaan.17 Dan perumpamaan Nya mengenai kambing yang hilang, Dia mengajar kita untuk menyelamatkan mereka yang telah meninggalkan jalan atau sesat.18

Apabila kita berupaya untuk memusatkan Kristus dalam kehidupan kita dengan membelajari firman-firman Nya, dengan mengikut ajaran Nya, dan mengikut teladan Nya, Dia berjanji akan berkongsikan kehidupan abadi yang diperoleh melalui kematian Nya. Tiada penghujung yang lebih bernilai daripada ini, di mana kita memilih untuk menerima ajaranNya dan menjadi pengikut Nya dan melakukan kerja Nya sepanjang hidup kita. Tiada apa, tiada pilihan lain yang boleh di buat, yang akan membuat kita sepertimana Dia boleh.

Apabila saya memikirkan mereka yang telah cuba dengan sedaya upaya untuk mengikut contoh Juruselamat dan telah menjalani jalan Nya, minda saya terus terfikir akan nama Gustav dan Margarete Wacker – dua individu yang bercirikan Kristus yang saya pernah kenali. Mereka berasal dari negara German dan telah menetap di Kanada timur, dan saya berkenalan dengan mereka semasa saya melayan sebagai presiden misi di sana. Saudara Wacker bekerja sebagai tukang gunting. Walaupun kemampuan mereka terhad, mereka berkongsikan semua yang mereka punyai. Mereka tidak punyai anak, tetapi mereka menjaga semua yang memasuki rumah mereka. Lelaki dan perempuan yang berpelajaran tinggi dan berpengalaman sering mencari hamba-hamba Tuhan yang tidak berpelajaran ini dan menganggapkan diri bertuah jika mereka dapat bersama mereka walau sejam pun.

Rupa luaran mereka biasa sahaja, bahasa Inggeris mereka gagap dan kadang kala susah difahami, rumah mereka sederhana. Mereka tidak punyai kereta atau television, juga mereka tidak melakukan apa-apa yang akan menarik perhatian dunia. Namun mereka yang beriman sering datang berkunjung untuk merasai roh yang terdapat di situ. Rumah mereka bagaikan syurga di bumi, dan roh yang disinarkan dipenuhi kedamaian suci dan kebaikan.

Kita juga boleh memperoleh roh itu dan berkongsi dengan dunia apabila kita berjalan dalam lorong Juruselamat dan mengikut teladan sempurna Nya.

Kita baca dalam Amsal yang menasihat, “Pikirlah baik-baik sebelum berbuat.”19 Apabila kita berlaku sedemikian, kita akan mempunyai iman, dan juga keinginan untuk berjalan di lorong yang dijalani Yesus. Kita tidak akan ragu jika jalan itu yang Bapa inginkan kita ikut. Contoh Juruselamat menyediakan rangka untuk apa jua yang kita lakukan, dan firman Nya menyediakan bimbingan yang setia. Jalan Nya akan membawa kita selamat pulang. Semoga ini berkat kita, saya doa dalam nama Yesus Kristus, yang saya kasihi, yang saya layani dan yang saya bersaksi, amin.