2010–2019
Mendekati Takhta Tuhan dengan Keyakinan
Oktober 2014


Mendekati Takhta Tuhan dengan Keyakinan

Dengan mengaplikasikan Korban Tebusan Yesus Kristus kamu boleh mula meningkatkan keyakinan rohani hari ini jika kamu rela untuk mendengar dan bertindak.

Dalam skala dari 1 hingga 10, bagaimana kamu menggredkan keyakinan rohani kamu di hadapan Tuhan? Adakah kamu mempunyai suatu saksi peribadi bahawa kamu membuat cukup sekarang sebagai seorang Orang Suci Zaman Akhir untuk mewarisi kehidupan abadi? Bolehkah kamu kata bahawa Bapa Syurgawi bergembira dengan kamu? Apakah yang akan kamu berfikir kalau kamu ada suatu temuduga dengan Juruselamat kamu dalam satu minit? Adakah dosa, sesalan, dan kelemahan yang akan menguasai imej dirimu, atau adakah kamu penuh harapan dengan bersukacita? Adakah kamu menemui pandangan-Nya atau mengelakkan pandangan-Nya? Adakah kamu ragu-ragu atau mendekati Dia dengan keyakinan?

Ketika si musuh tidak boleh memujuk Orang-Orang Suci seperti kamu yang bukan sempurna tetapi yang berusaha untuk meninggalkan kepercayaan kamu kepada seorang Tuhan yang mesra dan penuh kasih, dia akan lakukan apa-apa pun untuk menjauhkan kamu dari Tuhan. Si musuh tahu bahawa iman kepada Kristus—iman yang menghasilkan belas kasihan yang berterusan serta mukjizat yang berkuasa—diikat pada keyakinan peribadi bahawa kamu berusaha untuk memilih yang benar. Kerana itu, dia akan mencari jalan masuk ke hati kamu untuk menipu kamu—pembohongan bahawa Bapa Syurgawi kecewa dengan kamu, bahawa Korban Tebusan tak dapat memberkati kamu, bahawa tiada sebab untuk terus berusaha, bahawa semua orang lain lebih baik daripada kamu, dan seribu bentuk lain tema jahat yang sama itu.

Selama kamu membiarkan suara ini untuk melemahkan jiwamu, kamu tidak akan dapat mendekati takhta Tuhan dengan keyakinan yang benar. Tak kira apa yang kamu buat, apa yang kamu doa tentang, atau kalau kamu harap bagi mukjizat, selalulah akan berada cukup perasaan ragu diri yang melemahkan iman kamu dengan perlahan—bukan iman kamu kepada Tuhan sahaja, juga keyakinan dalam diri kamu. Kepatuhan kepada Injil dalam cara ini tidak seronok, dan juga tidak sihat. Yang paling penting, ini tidak diperlukan! Keputusan untuk berubah ialah keputusan kamu—dan kamu sendiri.

Saya mahu kongsikan enam cadangan yang praktikal, kalau diikuti, akan melesapkan suara-suara jahat ini dan memulihkan kepada kamu kepastian damai serta keyakinan rohani yang boleh kamu dapat kalau kamu ingin. Tak kira gred yang kamu beri kepada diri kamu dalam skala 1 hingga 10, dengan mengaplikasikani Korban Tebusan Yesus Kristus kamu boleh bermula meningkatkan keyakinan rohani hari ini jika kamu rela untuk mendengar dan bertindak. Saya akan bercakap dengan berani, dengan harapan untuk mengilhamkan dan bukan menyinggungkan sesiapa pun.

1. Bertanggungjawab ke atas kebajikan rohani kamu sendiri. Berhentilah menyalahkan orang lain atau keadaan kamu dan berhentilah memberi alasan atas kenapa kamu mungkin tidak berusaha sepenuhnya untuk mamatuhi. Percayalah bahawa kamu “bebas menurut keadaan daging” dan “bebas untuk memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi” (2  Nefi 2:27). Tuhan tahu keadaan kamu dengan sempurna, tetapi Dia juga tahu dengan sempurna kalau kamu memilih untuk tidak mematuhi Injil. Kalau itulah keadaannya, berjujurlah dan mengakukan itu, dan berusahalah untuk menjadi sempurna dalam lingkungan keadaan kamu sendiri. Keyakinan rohani meningkat ketika kamu bertanggungjawab ke atas kebajikan rohani dengan mengaplikasikan Korban Tebusan Yesus Kristus setiap hari.

2. Bertanggungjawab ke atas kebajikan fizikal kamu sendiri. Jiwa kamu termasuk tubuh dan roh kamu (lihat A&P 88:15). Untuk memberi makanan kepada roh tetapi mengabaikan tubuh, yang merupai sebuah bait Tuhan, biasanya menghasilkan perbalahan rohani dan kurang harga diri. Kalau kamu tidak sihat dari segi fizikal, kalau kamu tidak selesa dalam tubuh kamu tetapi kamu mampu berubah, lalu berubahlah! Elder Russell  M. Nelson telah mengajar bahawa kita mesti “memandang tubuh kita sebagai sebuah bait suci diri sendiri” dan bahawa kita mesti “mengawal pemakanan dan senaman untuk menjadi sihat dari segi fizikal” (“We Are Children of God,” Ensign, Nov. 1998, 87; Liahona, Jan, 1999, 103).

Presiden Boyd  K. Packer telah mengajar “bahawa roh kita dan tubuh kita digabungkan dalam cara sehingga tubuh kita menjadi alat minda kita dan dasar sifat kita.” (“The Instrument of Your Mind and the Foundation of Your Character,” [Church Educational System fireside, Feb.  2, 2003], 2; speeches.byu.edu). Oleh sebab itu, sila gunakan kebijaksanaan dalam makanaan dan hidangan, dan bersenam dengan secukupnya. Kalau kamu mampu secara fizikal, buat keputusan hari ini untuk mengawal tubuh dirimu dan mulailah suatu program senaman untuk jangka masa yang lama, yang sesuai dengan kemampuan kamu, bersama dengan diet yang lebih sihat. Keyakinan rohani meningkat ketika roh kamu, dengan bantuan Juruselamat, betul-betul menguasai manusia alamiah.

3. Rela menerima kepatuhan dengan segala hati sebagai sebahagian kehidupan kamu. Akuilah bahawa kamu tak dapat menyayangi Tuhan tanpa menyayangi perintah-perintah-Nya juga. Standard Juruselamat adalah jelas dan mudah difahami: “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala peringah-Ku” (Yohanes 14:15). Kepatuhan pada separuh perintah saja membawa separuh berkat saja, dan pemilihan sesuatu yang jahat sebagai ganti sesuatu yang lebih jahat masih adalah pilihan yang salah. Kamu tak boleh menonton wayang yang jahat dan mengharapkan untuk merasa baik cuma kerana kamu tidak menonton wayang yang sangatjahat. Kepatuhan yang setia pada beberapa perintah tidak memberikan justifikasi untuk mengabaikan perintah yang lain. Abraham Lincoln berkata: “Ketika saya buat yang baik saya rasa baik, ketika saya buat yang buruk saya rasa buruk” (dalam William  H. Herndon and Jesse William Weik, Herndon’s Lincoln: The True Story of a Great Life, 3 vols. [1889], 3:439).

Juga, buat hal yang baik untuk sebab yang baik. Tuhan, yang “menginginkan hati dan [f]ikiran yang ikhlas” (A&P 64:34) dan yang “sanggup membe[z]akan pertimbangan dan [f]ikiran hati” (A&P 33:1), tahu kenapa kamu pergi ke gereja—sama ada kamu menghadiri dalam badan sahaja atau betul-betul menyembah. Kamu tidak boleh menyanyi pada Hari Ahad, “O, Babilon, O, Babilon, selamat tinggal” dan lalu melihat dan menerima sekali lagi pengaruhnya sekejap kemudian (“Ye Elders of Israel,” Nyanyian Rohani, no. 319). Ingatlah bahawa sikap kasual terhadap hal-hal rohani bukanlah kegemiraan. Tetapkanlah Gereja dan Injil yang dipulihkan sebagai keseluruhan kehidupan kamu, bukan sebahagian kehidupan sosial kamu. Untuk memilih pada hari ini kepada siapa akan kamu layani adalah beberapa patah kata saja—sehiggan kamu betul-betulnya mematuhi perintah itu (lihat Yosua 24:15). Keyakinan rohani meningkat ketika kamu betul-betul berusaha, untuk sebab yang soleh, untuk hidup secara suci walaupun ketidaksempurnaan kamu!

4. Jadilah sangat, sangat mahir untuk bertaubat secara menyeluruh dan cepat. Kerana Korban Tebusan Yesus Kristus sangat praktikal, kamu mestinya selalu mengaplikasikan ia dengan murah hti, kerana itu tidak akan habis. Terimalah Korban Tebusan Yesus Kristus dan pengampunan sebagai sesuatu yang patut dialu-alukan dan digunakan harian menurut suruhan Doktor Besar. Tetapkanlah sikap pertaubatan yang berterusan, bergembira, dan bersukacita dengan menerima itu sebagai gaya hidup terpilih kamu. Dengan membuat demikian, berhati-hati akan godaan untuk menangguh, dan jangan mengharapkan dunia untuk menyokong kamu. Berfokuslah pada Juruselamat, pedulilah lebih tentang pendapat Dia terhadap kamu, dan biarkanlah akibat ikut. Keyakinan rohani meningkat ketika kamu bertaubat dari dosa-dosa dengan rela dan bersukacita, baik kecil mahupun besar, pada masa dengan mengaplikasikani Korban Tebusan Yesus Kristus.

5. Jadilah sangat, sangat mahir dalam pengampunan. “Aku, Tuhan, akan mengampuni orang yang hendak Aku ampuni, tetapi daripadamu diminta untuk mengampuni semua orang” (A&P 64:10). Ampunilah semua orang, segala hal, selalu, atau sekurangnya berusahalah membuat demikian, dengan itu benarkan pengampunan datang ke dalam kehidupan kamu sendiri. Jangan berdendam, jangan mudah disinggung, ampunilah dan lupa dengan cepat, dan jangan berfikir bahawa kamu dikecualikan dari perintah ini. Keyakinan rohani meningkat ketika kamu tahu bahawa Tuhan tahu bahawa kamu tidak berdendam terhadap sesiapa yang lain.” sebagai sebahagian pengalaman fana kamu.

6. Terimalah cubaan, kemunduran, dan “kejutan” sebagai satu bahagian pengalaman fana kamu. Ingatlah bahawa kamu berada di sini untuk dicuba dan diuji, “untuk melihat apakah [kamu] ma[h]u melakukan segala hal yang diperintahkan [Tuhan kamu] kepada [kamu] (Abraham 3:25)—dan boleh saya tambah, “dalam segala keadaan.” Berjuta-juta saudara-saudari kamu sudah atau sedang diuji begini, jadi kenapa kamu mahu dikecualikan? Ada cuba yang datang kerana ketidakpatuhan atau pengabaian kamu. Ada cubaan yang datang kerana pengabaian orang lain atau cuma kerana ini ialah satu dunia yang terjatuh. Apabila cubaan ini datang, pengikut si musuh mula menyiarkan bahawa kamu telah bersalah, bahawa inilah satu hukuman, satu tanda bahawa Bapa Syurgawi tidak menyayangi kamu. Abaikanlah itu! Sebaliknya, cuba paksa diri kamu untuk bersenyum, mengarahkan pandangan ke langit, dan berkata, “Saya faham, Tuhan. Saya tahu apakah ini. Masa untuk diuji, betulkah?” Lalu bekerja bersama Dia untuk bertahan dengan baik sampai akhir. Keyakinan rohani meningkat ketika kamu menerima bahawa “seringkali cabaan dan kesengsaraan dibiarkan masuk ke dalam [kehidupan kamu] kerana [kamu] sudah lakukan hal yang betul” (Glenn  L. Pace, “Crying with the Saints” [Brigham Young University devotional, Dec.  13, 1987], 2; speeches.byu.edu).

Semasa mengerusi Misi Ukraine Kyiv, saya menanya salah seorang saudari yang sangat setia, mengapa dia selalu berfikir buruk megenai dirinya, mengapa dia selalu mengkritik dirinya kerana hal yang kecil. Jawapannya ialah satu contoh biasa seseorang yang mendengar suara yang salah; dia membalas, “Supaya tiada orang lain boleh buat demikian sebelum saya.”

Saudara-saudari, nasihat saya kepada mubaligh saudari ini ialah nasihat saya kepada kamu: akuilah dan hadapilah kelemahan kamu, tetapi jangan dilumpuhkan oleh mereka, kerana beberapa kelemahan itu akan menyertai kamu sampai kamu meninggal dunia. Walau apa pun status kamu sekarang, pada saat kamu rela memilih pertaubatan harian yang jujur, yang gembira dengan berusaha sebaik yang kamu dapat, Korban Tebusan Juruselamat membaluti dan mengikuti kamu di mana-mana kamu berada. Dengan melakukan ini, kamu betul-betul boleh “mengekalkan pengampunan dosa-dosamu” (Mosia 4:12) setiap jam dalam setiap hari, setiap saat dalam setiap minit, dan begitulah sentiasa menjadi bersih dan layak sepenuhnya di hadapan Tuhan.

Kamu mempunyai peluang istimewa, jika kamu ingin, untuk tahu bagi diri sendiri, hari ini atau tidak lama lagi, bahawa kamu menggembirakan Tuhan walaupun kelemahan kamu. Saya bersaksi tentang seorang Juruselamat yang menyayangi yang mengharapkan kita taat pada perintah-perintah. Saya bersaksi tentang seorang Juruselamat yang menyayangi yang sangat bersemangat untuk menganugerahkan rahmat-Nya dan belas kasihan-Nya. Saya bersaksi tentang seorang Juruselamat yang menyayangi yang berasa girang apabila kita mengaplikasikan Korban Tebusan-Nya setiap hari dengan keyakinan yang aman dan bahagia bahawa kita berhadap ke arah yang betul. Saya bersaksi tentang seorang Juruselamat yang menyayangi yang bersemangat agar “keyakinanmu ... menjadi kuat di hadirat [Tuhan]” (A&P 121:45). Dalam nama Yesus Kristus, amin.