2010–2019
Saya Mengetahui Hal-Hal Ini Bagi Diriku Sendiri
Oktober 2014


Saya Mengetahui Hal-Hal Ini Bagi Diriku Sendiri

Mendapat tahu bagi diri kita sendiri bahawa injil Yesus Kristus yang dipulihkan adalah benar boleh menjadi salah satu pengalaman yang paling hebat dan paling bahagia dalam kehidupan.

Saudara-saudara saya yang dikasihi, kita sentiasa diberikan semangat oleh teladan peribadi dan pelayanan imamat Presiden Thomas S. Monson. Kebelakangan ini, beberapa deakon ditanya, “Apakah yang kamu paling mengagumi tentang Presiden Monson?” Salah satu deakon bercakap tentang bagaimana Presiden Monson, sewaktu dia kanak-kanak, memberikan mainan-mainannya kepada kawan-kawan yang miskin. Satu lagi deakon bercakap tentang bagaimana Presiden Monson melayani semua balu dalam bahagiiannya. Deakon ketiga memberitahu bahawa Presiden Monson dipanggil untuk menjadi Rasul pada umur yang sangat muda dan telah memberkati ramai orang di seluruh dunia. Satu lagi remaja berkata, “Hal yang saya paling mengagumi tentang Presiden Monson ialah kesakian dia yang kuat.”

Sesungguhnya, kita semua telah rasa kesaksian istimewa nabi kita mengenai Juruselamat Yesus Kristus dan tekad dia untuk selalu mengikuti dorongan Roh. Dengan setiap pengalaman yang dia beritahu, Presiden Monson menjemput kita untuk mematuhi injil dengan lebih penuh dan untuk mencari dan memperkukuh kesaksian peribadi kita sendiri. Ingatlah apa yang dia katakan dari mimbar ini beberapa persidangan yang lalu: “Untuk kita menjadi kukuh dan menolak semua pengaruh yang berusaha menarik kita ke arah yang salah … , kita mesti mempunyai kesaksian sendiri. Sama ada anda berumur 12 tahun atau 112 tahun—atau umur mana-mana di antara—anda dapat mengetahui bagi diri anda sendiri bahawa injil Yesus Kristus adalah benar.”1

Walaupun pesanan saya malam ini diarahkan kepada orang yang lebih dekat kepada 12 tahun daripada 112 tahun, asas-asas yang saya kongsi berkaitan dengan semua orang. Sebagai balasan kepada kenyataan Presiden Monson, saya ingin bertanya: Adakah setiap kita mengetahui bagi diri kita sendiri bahawa injil adalah benar? Adakah kita dapat berkata dengan yakin bahawa kesaksian-kesaksian kita betul-betul kepunyaan kita? Saya akan memetik dari Presiden Monson lagi: “Saya mengisytiharkan bahawa kesaksian yang kuat mengenai Juruselamat kita dan injil-Nya akan ... melindungi anda dari dosa dan kejahatan yang di keliling anda. … Jika anda belum ada kesaksian akan hal-hal ini, melakukan apa yang perlu untuk mendapatkannya. Adalah sangat penting untuk anda mempunyai kesaksian anda sendiri, kerana kesaksian orang lain hanya dapat menanggungmu dengan sementara.”2

Saya Mengetahui Hal-Hal Ini Bagi Diriku Sendiri

Mendapat tahu bagi diri kita sendiri bahawa injil Yesus Kristus yang dipulihkan adalah benar boleh menjadi salah satu pengalaman yang paling hebat dan paling bahagia dalam kehidupan. Kita mungkin bermula dengan bergantung pada kesaksian orang lain—mengatakan, seperti para askar teruna mengatakan, “Kami tidak ragu ibu-ibu kami mengetahuinya.”3 Ini adalah cara yang baik untuk memulakan kesaksian kita, tetapi kita mesti mengembangkannya dari situ. Untuk menjadi kuat dalam injil, tidak ada apa-apa yang lebih penting daripada menerima dan memperkukuh kesaksian kita sendiri. Kita mesti dapat mengisytiharkan, seperti Alma, “Aku ... mengetahui hal-hal ini bagi diriku sendiri.”4

“Dan bagaimanakah kamu mengira bahawa aku mengetahui akan kepastiannya?” Alma teruskan. “Lihatlah, aku berkata kepadamu itu disingkapkan kepadaku oleh Roh Kudus Tuhan. Lihatlah, aku telah berpuasa dan berdoa berhari-hari agar aku boleh mengetahui hal-hal ini bagi diriku sendiri. Dan sekarang, aku tahu bagi diriku sendiri bahawa itu adalah benar.”5

Saya Berhasrat Melihat Apa yang Bapaku Lihat

Seperti Alma, Nefi juga mengetahui kebenaran bagi dirinya sendiri. Selepas mendengar bapanya bercakap tentang banyak pengalaman rohani dia, Nefi ingin mengetahui apa yang bapa dia tahu. Ini lebih daripada keinginan biasa—ini sesuatu yang dia hasratkan. Walaupun dia “amatlah muda,” dia ada “hasrat yang besar untuk tahu tentang misteri Tuhan.”6 Dia sangat ingin “melihat, dan mendengar, dan mengetahui berkenaan hal-hal ini, melalui kuasa Roh Kudus.”7

Ketika Nefi “duduk berfikir mendalam di dalam hati[nya],” dia dibawa “pergi dalam Roh Tuhan ...ke sebuah gunung teramat tinggi,” di mana dia ditanya, “Apakah yang engkau hasratkan?” Jawapannya mudah: “Aku berhasrat melihat apa yang bapaku lihat.”8 Oleh kerana hatinya yang percaya dan usahanya yang rajin, Nefi diberkati dengan pengalaman yang hebat. Dia menerima kesaksian tentang kelahiran, kehidupan, dan Penyaliban Juruselamat Yesus Kristus yang akan datang; dia melihat kedatangan Kitab Mormon dan Pemulihan injil pada zaman akhir ini—semuanya kerana keinginannya yang sungguh untuk tahu bagi dirinya sendiri.9

Pengalaman-pengalaman peribadi ini dengan Tuhan mempersiapkan Nefi untuk kesusahan dan cabaran-cabaran yang dia akan hadapi tidak lama lagi. Pengalaman-pengalaman itu membolehkan dia untuk berdiri teguh bahkan apabila ahli-ahli keluarganya berasa susah hati. Dia dapat melakukan ini kerana dia telah mendapat tahu bagi dirinya sendiri dan dia tahu bagi dirinya sendiri. Dia telah diberkati dengan kesaksiannya sendiri.

Hendaklah Dia Meminta Kepada Tuhan

Seperti Nefi, Nabi Joseph Smith juga “amatlah muda” apabila “fikirannya tergerak untuk merenungkan dengan sungguh” kebenaran-kebenaran rohani. Untuk Joseph, masa itu merupakan masa “kehebohan besar,” dikelilingi oleh pesanan-pesanan yang bertentangan dan yang membimbangkan tentang agama. Dia ingin tahu gereja mana yang benar.10 Diilhami oleh kata-kata ini dalam Alkitab: “Jika di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah dia memintakannya kepada Tuhan,”11 dia bertindak bagi dirinya sendiri untuk mencari jawapan. Pada satu pagi yang indah pada musim bunga tahun 1820, dia masuk hutan dan berlutut dan berdoa. Oleh kerana imannya dan kerana Tuhan mempunyai pekerjaan yang istimewa untuk dia lakukan, Joseph menerima penglihatan yang mulia tentang Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, dan mendapat tahu bagi dirinya sendiri apa yang dia patut lakukan.

Adakah anda melihat pola dalam pengalaman Joseph yang anda dapat menggunakan dalam mendapat dan memperkukuh kesaksian anda sendiri? Joseph membiarkan tulisan suci untuk menembus ke dalam hatinya. Dia merenungkan tulisan suci dengan mendalam dan menggunakannya dalam keadaannya sendiri. Lalu dia bertindak pada apa yang dia belajar. Hasilnya adalah Penglihatan Pertama yang mulia—dan semuanya yang mengikutinya. Gereja ini betul-betul didirikan pada asas bahawa sesiapa—termasuk seorang budak lelaki berumur 14 tahun—dapat “meminta kepada Tuhan” dan menerima jawapan untuk doa-doanya.

Jadi Apakah Kesaksian?

Kita kerap kali mendengar para ahli Gereja berkata bahawa kesaksian injil mereka ialah kepunyaan mereka yang paling berharga. Ia ialah kurnia suci dari Tuhan yang datang kepada kita melalui kuasa Roh Kudus. Ia merupakan kepastian yang tenang dan teguh yang kita terima ketika kita mempelajari, berdoa, dan mematuhi injil. Ia ialah perasaan Roh Kudus yang bersaksi kepada jiwa kita bahawa apa yang kita belajar dan melakukan adalah benar.

Ada orang yang bercakap tentang kesaksian seolah-olah ia suis lampu—ia terbuka atau tertutup; anda mempunyai kesaksian, atau anda tidak mempunyai kesaksian. Sebenarnya, kesaksian adalah lebih seperti pokok yang melalui peringkat-peringkat tumbuhan dan perkembangan. Beberapa dari pokok-pokok yang tertinggi di bumi ada di Taman Negara Redwood di bahagian barat Amerika Syarikat. Apaila seseorang berdiri di pangkal salah satu pokok itu, ianya menakjubkan untuk berfikir bahawa setiap pokok bertumbuh dari benih yang sangat kecil. Demikian juga dengan kesaksian kita. Walaupun kesaksian mungkin bermula dengan satu pengalaman rohani, ia bertumbuh dan berkembang dari masa ke masa melalui pemeliharaan yang tetap dan pengalaman rohani yang kerap kali berlaku.

Ia bukan mengejutkan bahawa apabila nabi Alma menjelaskan bagaimana kita mengembangkan kesaksian, dia bercakap tentang sebiji benih yang bertumbuh menjadi pokok. Dia kata, “Jika kamu memberi tempat, agar sebiji benih boleh ditanam dalam hatimu, lihatlah, jika ia sebiji benih yang sejati, atau benih yang baik, jika kamu tidak menyingkirkannya akibat ketidakpercayaanmu, ...ia akan mula menggembung di dalam dadamu; dan ketika kamu merasakan gerakan penggembungan ini, kamu akan mula berkata dalam dirimu—Semestinya ini benih yang baik, atau bahawa firman itu baik, kerana ia mula memperbesar jiwaku; ya, ia mula menerangi pengertianku, ya, ia mula menjadi lazat bagiku.”12

Kerap kali inilah bagaimana kesaksian bermula: dengan perasaan yang suci, yang menerangkan, dan yang memastikan, yang menunjukkan kepada kita bahawa firman Tuhan adalah benar. Tetapi, walaupun perasaan ini sangat baik, ini hanya permulaan sahaja. Pekerjaan anda untuk mengembangkan kesaksian anda belum selesai—seperti pekerjaan penumbuhan pokok redwood belum selesai apabila tunas kecil yang pertama keluar dari tanah. Jika kita mengabaikan dorongan-dorongan rohani yang awal ini, jika kita tidak memeliharanya dengan terus mempelajari tulisan suci dan berdoa dan dengan mencari lebih pengalaman lagi dengan Roh, perasaan-perasaan kita akan menjadi kabur dan kesaksian kita akan berkurang.

Seperti Alma mengatakan: “Jika kamu mengabaikan pokok itu, dan tidak mengambil berat akan pemeliharaannya, lihatlah pokok itu langsung tidak akan berakar; dan ketika panas matahari datang dan menghanguskannya, kerana pokok itu tidak memiliki akar, ia akan layu, dan kamu mencabutnya dan membuangnya.”13

Biasanya, kesaksian kita akan tumbuh dengan cara yang sama yang pokok tumbuh: dengan beransur-ansur, hampir tidak terlihat, sebagai hasil pemeliharaan kita yang tetap dan usaha kita yang rajin. Alma mengatakan, “Tetapi jika kamu akan memelihara firman, ya, memelihara pokok itu sewaktu pokok itu mula tumbuh, melalui imanmu dengan ketekunan yang besar, dan dengan kesabaran, menanti-nantikan buahnya, pokok itu akan berakar; dan lihatlah ia akan menjadi pokok yang tumbuh menuju kehidupan kekal.”14

Kinilah Masanya; Hari Inilah Harinya

Kesaksian saya sendiri bermula ketika saya mempelajari dan merenungkan ajaran-ajaran dalam Kitab Mormon. Apabila saya berlutut untuk bertanya Tuhan dalam doa yang rendah hati, Roh Kudus bersaksi kepada jiwa saya bahawa apa yang saya baca adalah benar. Kesaksian yang awal ini membawa ke kesaksian saya berkenaan banyak kebenaran injil yang lain, kerana, seperti Presiden Monson mengajar: “Apabila kita tahu Kitab Mormon benar, ia mengikut bahawa Joseph Smith betul-betul ialah nabi dan bahawa dia melihat Tuhan Bapa yang Abadi dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Ia juga mengikut bahawa injil dipulihkan pada zaman akhir ini melalui Joseph Smith—termasuk pemulihan Imamat Harun dan Imamat Melkisedek.”15 Semenjak hari itu, saya telah mempunyai banyak pengalaman suci dengan Roh Kudus yang telah memastikan semula kepada saya bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia dan bahawa injil-Nya yang dipulihkan adalah benar. Dengan Alma, saya dapat mengatakan dengan kepastian bahawa saya tahu hal-hal ini bagi diriku sendiri.

Rakan-rakan saya yang muda, kinilah masanya dan hari inilah harinya untuk belajar atau memastikan lagi untuk diri kita bahawa injil adalah benar. Untuk mencapai pekerjaan itu, dan untuk dilindungi dari pengaruh-pengaruh duniawi yang sentiasa ada, kita mesti mempunyai iman Alma, Nefi, dan Joseph Smith yang muda untuk mendapat dan mengembangkan kesaksian kita sendiri.

Seperti deakon muda itu yang saya katakan sebelumnya, saya mengagumi Presiden Monson kerana kesaksian dia. Kesaksiannya adalah seperti pokok redwood yang amat tinggi, tetapi bahkan kesaksian Presiden Monson awal-awal perlu tumbuh dan berkembang dari masa ke masa. Kita dapat mengetahui bagi diri kita sendiri, seperti Presiden Monson tahu, bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus dunia, bahawa Joseph Smith ialah nabi Pemulihan, termasuk pemulihan imamat Tuhan. Kita memegang imamat yang kudus itu. Saya berdoa dengan rendah hati agar kita dapat belajar hal-hal ini dan mengetahuinya bagi diri kita sendiri, dalam nama Yesus Kristus, amin.