2010–2019
Sakramen—Pembaharuan bagi Jiwa
Oktober 2014


Sakramen—Pembaharuan bagi Jiwa

Roh menyembuhkan dan memperbaharui jiwa-jiwa kita. Berkat yang dijanjikan dari sakramen adalah bahawa kita akan “selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].”

Sekumpulan wanita muda pernah bertanya kepada saya, “Apa yang anda harap anda ketahui apabila anda seumur kita?” Jika saya menjawab soalan itu sekarang, saya akan memasukkan pemikiran ini: “Saya berharap apabila saya seumur anda, saya memahami kepentingan sakramen lebih baik daripada yang saya fahami sebelumnya. Saya berharap saya telah memahami sakaramen itu dengan cara yang Elder Jeffrey R. Holland huraikan. Dia berkata, ‘Salah satu jemputan yang wujud dalam tata cara sakramen adalah bahawa ia menjadi suatu pengalaman yang benar-benar rohani, perjamuan kudus, pembaharuan bagi jiwa.’1

Bagaimana sakramen boleh “menjadi suatu pengalaman rohani, perjamuan kudus, pembaharuan bagi jiwa” setiap minggunya?

Sakramen menjadi satu pengalaman rohani yang menguatkan apabila kita mendengar doa-doa sakramen dan melakukan perjanjian kita. Untuk melakukan ini, kita mesti rela untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus.2 Berbicara mengenai janji ini, Presiden Henry B. Eyring mengajar: “ Itu bererti kita mesti menganggap diri kita sebagai milik-Nya. Kita akan mengutamakan Dia dalam hidup kita. Kita akan menginginkan apa yang Dia inginkan, bukan apa yang kita inginkan atau apa yang dunia ajarkan untuk kita inginkan. ”3

Apabila kita mengambil sakramen, kita juga berjanji untuk “selalu mengingat”4 Yesus Kristus. Pada malam sebelum Beliau disalibkan, Kristus mengumpulkan para Rasul-Nya disekitar-Nya dan memulakan sakramen. Dia mengambil roti, memberkatinya, dan berkata, : “Ambillah roti ini dan makanlah, ini sebagai peringatan akan tubuh-Ku yang Aku berikan sebagai tebusan bagi mu.”5 Selanjutnya Beliau mengambil sebuah cawan berisi wain, mengucap syukur, dan memberikannya kepada para Rasul-Nya untuk diminum, dan berkata, “Ini sebagai peringatan akan darah-Ku … , yang dicurahkan bagi banyak orang yang akan percaya akan nama-Ku.”6

Di kalangan bangsa Nefi dan lagi pada Pemulihan Gereja-Nya pada zaman akhir, Yesus mengulangi bahawa kita mengambil sakramen untuk mengingati-Nya.7

Semasa kita mengambil sakramen, kita bersaksi kepada Tuhan bahawa kita akan selalu mengingat Putera-Nya, tidak hanya selama tata cara sakramen yang singkat itu. Ini bererti bahawa kita akan sentiasa memandang kepada teladan dan ajaran-ajaran Juruselamat untuk membimbing fikiran kita, pilihan kita, dan kelakuan kita.8

Doa sakramen juga mengingatkan kita bahawa kita mesti “mentaati perintah-perintah-Nya.”9

Yesus berkata, “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.”10 Sakramen memberi kita suatu peluang bagi introspeksi dan suatu peluang untuk memalingkan hati dan keinginan kita kepada Tuhan. Kepatuhan kepada perintah Tuhan membawa kuasa injil kepada kehidupan kita dan ketenangan yang lebih besar dan kerohanian.

Sakramen menyediakan masa untuk suatu pengalaman yang benar-benar rohani sewaktu kita merenungkan kuasa penebusan Juruselamat dan kuasa yang memungkinkan melalui Korban Tebusan-Nya. Seorang pemimpin Remaja Puteri baru-baru ini belajar tentang kekuatan yang kita terima semasa kita berusaha dengan serius mengambil sakramen. Bekerja menyelesaikan persyaratan dalam Personal Progress, dia menetapkan satu matlamat untuk memberi tumpuan kepada kata-kata lagu rohani dan doa-doa sakramen.

Setiap minggu, dia melakukan penilaian diri selama sakramen. Dia mengingat kesalahan-kesalahan yang telah dia lakukan, dan dia berjanji untuk menjadi lebih baik pada minggu depan. Dia bersyukur kerana dapat membuat perkara yang betul dan dibuat bersih. Mengingat kembali pengalaman itu, dia berkata, ”Saya telah bertindak pada bahagian pertaubatan dari Korban Tebusan.”

Suatu hari Ahad sesudah melakukan penilaian diri, dia mula berasa muram dan pesimis. Dia dapat melihat bahawa dia telah melakukan kesalahan yang sama berulang kali, dari minggu ke minggu. Tetapi kemudian dia mempunyai kesan yang jelas bahawa dia telah mengabaikan bahagian besar dari Korban Tebusan—kuasa Kristus yang memungkinkan. Dia sentiasa lupa bahawa Juruselamat telah membantunya menjadi siapa yang dia perlu menjadi dan berkhidmat melebihi kemampuannya sendiri.

Memikirkan ini, dia merenungkan lagi tentang minggu sebelumnya. Dia berkata:”Sebuah perasaan sukacita menerobos hatiku semasa saya menyedari bahawa Beliau telah memberikan saya banyak peluang dan kebolehan. Saya menyedari dengan kesyukuran kebolehan yang saya miliki untuk mengenali keperluan anakku apabila keperluan itu nampaknya tak jelas. Saya menyedari bahawa pada hari bilamana saya rasa saya tidak dapat mencapai lebih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan, saya dapat menawarkan kata-kata yang mengukuhkan kepada seorang rakan. Saya telah menunjukkan kesabaran dalam keadaan yang biasanya membawa keluar pertentangan daripada saya.”

Dia menyimpulkan: “Semasa saya bersyukur kepada Tuhan bagi kuasa Juruselamat yang memungkinkan dalam kehidupan saya, saya berasa jauh lebih optimistik terhadap proses pertaubatan yang saya berusaha lakukan dan saya menantikan minggu berikutnya dengan harapan yang diperbaharui.”

Elder Melvin J. Ballard mengajar bagaimana sakramen boleh menjadi suatu pengalaman penyembuhan dan pembersihan. Dia berkata:

“Siapa di kalangan kita yang tidak melukai roh-nya dengan perkataan, fikiran, ataupun perbuatan, dari Sabat ke Sabat? Kita melakukan perkara-perkara yang mana kita sesali dan berhasrat diampuini. …Cara untuk mendapatkan keampunan adalah … bertaubat dari dosa-dosa kita, pergi kepada mereka yang terhadapnya kita telah berdosa atau melakukan pelanggaran dan mendapatkan keampunan mereka dan kemudian kembali ke meja sakramen di mana, jika kita telah bertaubat dengan tulus ikhlas dan menempatkan diri kita dalam kondisi yang wajar, kita akan diampuni, dan penyembuhan rohani akan datang kepada jiwa kita. …

“Saya seorang saksi,” Elder Ballard berkata, “bahawa ada roh menghadiri pentadbiran sakramen iatu perasaan yang menghangatkan jiwa dari kepala ke kaki; kamu merasai bahawa roh yang terlukai mula disembuhkan, dan beban mula diangkat. Ketenangan dan kebahagiaan datang kepada jiwa yang layak dan benar-benar berhasrat untuk mengambil bahagian dari makanan rohani ini.”11

Jiwa kita yang terluka boleh disembuhkan dan diperbaharui bukan hanya kerana roti dan air yang mengingatkan kita akan pengorbanan tubuh dan darah Juruselamat tetapi kerana lambang-lambang itu juga mengingatkan kita bahawa Beliau akan sentiasa menjadi “roti kehidupan”12 dan “air kehidupan.”13

Setelah memberi sakramen kepada bangsa Nefi, Yesus berkata:

“Dia yang memakan roti ini memakan tubuh-Ku untuk jiwanya; dan dia yang meminum wain ini meminum darah-Ku untuk jiwanya; dan jiwanya tidak akan pernah lapar mahupun haus, tetapi akan kenyang.

“Sekarang, apabila orang ramai telah makan dan minum semuanya, lihatlah, mereka dipenuhi dengan Roh.”14

Dengan perkataan ini, Kristus mengajar kita bahawa Roh menyembuhkan dan memperbaharui jiwa kita. Berkat janji sakramen ialah bahawa kita akan “selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].”15

Apabila saya mengambil sakramen, saya kadangkala membayangkan di dalam fikiran saya sebuah lukisan yang menggambarkan Kebangkitan Juruselamat dengan tangan-Nya dihulurkan, seolah-olah Beliau bersiap untuk menerima kita ke dalam pelukan kasih sayang-Nya. Saya menyukai lukisan ini. Apabila saya berfikir tentang itu selama pentadbiran sakramen, jiwa saya diangkat seperti saya hampir dapat mendengar perkataan Juruselamat; “Lihatlah, tangan belas kasihan-Ku dihulurkan kepadamu, dan sesiapa yang akan datang, dia akan Aku terima; dan diberkatilah mereka yang datang kepada-Ku.”16

Pemegang Imamat Harun mewakili Juruselamat apabila mereka menyedia, memberkat, dan menyerah sakramen. Semasa seorang pemegang imamat menghulurkan tangannya untuk menawarkan lambang kudus itu, ialah seolah-olah Juruselamat Sendiri menghulurkan tangan belas kasihan-Nya, menjemput kita masing-masing untuk mengambil bahagian dari kurnia kasih yang berharga itu yang sedia ada melalui korban penebusan-Nya—kurnia pertaubatan, keampunan, ketenangan hati, dan harapan.17

Semakin kita merenungkan kepentingan sakramen, ia menjadi lebih kudus dan bermakna bagi kita. Ini ialah apa yang seorang bapa yang berumur 96 tahun menyatakan apabila anaknya bertanya, “Ayah, mengapa kamu pergi ke gereja? Kamu tidak dapat melihat, kamu tidak dapat mendengar, adalah sukar bagi kamu untuk berjalan. Mengapa kamu pergi ke gereja?” Ayahnya menjawab, “Ialah sakramen. Saya pergi untuk mengambil sakramen.”

Semoga kita masing-masing datang ke pertemuan sakramen siap untuk memiliki “pengalaman yang benar-benar rohani, perjamuan kudus, pembaharuan bagi jiwa kita.”18

Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi kita dan Juruselamat kita hidup. Saya bersyukur atas peluang yang sakramen berikan kepada kita untuk merasakan kasih Mereka dan untuk mengambil bahagian atas Roh itu. Dalam nama Yesus Kristus, amin.