2010–2019
Dipandukan Selamat Ke Rumah
Oktober 2014


Dipandukan Selamat Ke Rumah

Kita melihat keatas syurga untuk perasaan arah yang tidak terputus, supaya kita boleh carta dan mengikuti satu haluan yang betul dan bijaksana.

Saudara-saudara, kita berhimpun disini sebagai satu badan yang perkasa, baik disini di Pusat Konfrensi dan di lokasi diseluruh dunia. Saya rasa dihormati tetapi dengan rendah diri dengan tanggungjawab ini untuk memberikan kamu beberapa kenyataan hari ini. Saya doakan supaya roh kudus dari Tuhan hadir bersama saya sambil saya berucap.

Tujuh puluh lima tahun dahulu, pada Febuari  14, 1939 di Hamburg Jermany, satu cuti umum sedang diraikan. Di antara ucapan yang kuat, kerumunan yang bersorak dan permainan lagu patriotil, kapal perang baru Bismarck turun dengan gemuruh keatas Sungai Elbe. Ini, adalah kapal yang paling berkuasa yang terapung, satu objek yang indah yang dipenuhi perisai dan mesin. Pembinaan memerlukan lebih daripada 57,000 pelan tindakan untuk turret pasangan tiga 406-milimeter, senapang yang dikawal radar. Kapal ini mempunyai 45,000 km litar elektrik . Tiga puluh lima ribu tan perisai armor yang menjamin keselamatan maksimum. Megah dalam penampilan, raksasa dalam saiz, hebat dalam senjata api, raksasa yang besar dianggap tidak dapat tenggelam.

Nasib Bismarck datang lebih dari dua tahun kemudian, apabila pada Mei  24, 1941, dua daripada kapal perang terkuat Tentera Laut British, Kapal Prince of Wales dan Kapal Hood, berperang dengan Bismarck dan kapal penjajap Jerman Prinz Eugen. Dalam masa lima minit kapal Bismarck menenggelamkan Kapal Hood ke dalam lautan Atlantic dan hanya 3 orang daripada 1419 selamat. Kapal perang British yang lain, Prince of Wales, telah mengalami kerosakan berat dan berpaling balik.

Tiga hari kemudian, Bismarck diserang lagi, kali ini dengan empat kapal perang British. Dengan semuanya, British menggunakan kekuatan 8 kapal perang, 2 kapal pengangkut kapal terbang, 11 kapal penjajap dan 21 kapal pemusnah dalam cubaan untuk mencari dan memusnahkan kapal Bismarck yang megah itu.

Semasa serangan ini, tembakan demi tambakan dilepaskan tetapi tidak mengguris kapal Bismarck langsung.Adakah kapal ini memang tidak dapt ditenggelamkan langsung ? Kemudian satu torpedo secara bertuah dan menyekatkan kemudi kapal Bismarck. Cubaan membaiki perkara itu nampaknya sia-sia. Dengan meriam dan krew bersedia, Bismarck hanya boleh berpusing dengan perlahan dalam satu bulatan. Hanya kurang sikit daripada pertolongan Tentera Udara Jerman. Bismarck tidak dapat sampai ke keselamatan pelabuhan sendiri dekat sekali. Tetapi kedua-dua tidak dapat menolong, kerana Bismarck telah hilang keupayaan untuk mengemudi, Tiada kemudi, tiada pertolongan dan tiada pelabuhan. Pengakhiran semakain dekat. Tembakan meriam British membakar sambil krew Jerman berlari dan meneggelamkan kapal yang dahulunya tidak dapat ditenggelamkan. Ombak Atlantic yang lapar mula menelan kebangaan Tentera Laut Jerman. Bismarck tidak ada lagi. 1

Seperti Bismarck, setiap dari kita adalah mukjizat kejuruteraan. Penciptaan kita tidak terhad oleh pemikiran manusua. Manusia boleh mencipta mesin yang kompleks tetapi tidak boleh memberikanya nyawa atau kuasa untuk berfikir dan membuat pilihan. Ini adalah hadiah ilahi yang diberikan Tuhan.

Seperti kemudi kapal yang penting, saudara kita telah diberikan cara untuk mengemudi cara perjalanan kita. Rumah Api Tuhan memanggil kepada sesiapa yang belayar lautan kehidupan. Tujuan kita adalah untuk mengemudi tanpa menyimpang kepada matlamat utama kita – iaitu kerajaan selestial Tuhan. Seorang lelaki tanpa tujuan adalah seperti sebuah kapal tanpa kemudi, tidak akan sampai ke pelabuhan asalnya. Kepada kita datang satu isyarat: cartakan hala tuju anda, sediakan layar anda, posisikan kemudi anda dan teruskan.

Seperti Bismarck yang kuat, sama seperti manusia. Teras turbin dan kuasa dari kipas adalah tidak berguna tanpa satu carta perjalanan, pengumpulan kuasa, kuasa hala tuju itu daripada kemudi, tersembunyi daripada pemandangan, dengan saiz yang kecil, tetapi yang amat penting dalam fungsi.

Bapa kita diSyurga menyediakan matahari, bulan dan bintang – pemandu syurgawi alam semesta ini memandukan para pelaut untuk belayar lautan. Kepada kita, sambil kita menjalani perjalanan hidup, Dia menyediakan sebuah peta yang jelas dan menunjukkan cara ke destinasi yang amat dikehendaki. Dia memberi amaran: berhati-hati dengan penyimpangan, lubang dan perangkap. Kita tidak boleh ditipu oleh mereka yang ingin menyesatkan kita, penipu yang hebat itu memanggil dari sini dan sana. Sebaliknya kita berhenti dan mendengar kepada suara yang kecil dan rendah itu yang bercakap kedalam roh kita dengan jemputan Tuhan yang lembut. “Ikutlah Aku”2

Tetapi ada yang tidak mendengar, yang tidak mengikut, yang lebih mahukan jalan yang dibuat mereka sendiri. Kebanyakkanya mereka terjatuh kepada godaan yang mengelilingi kita dan Nampak amat menarik.

Sebagai pemegang imamat, kita diletakkan di dunia ini pada masa yang bergolak. Kita hidup dalam satu dunia yang kompleks dengan konflik semasa diserata tempat. Skim politik untuk merobohkan kestabilan Negara, orang zalim menerkam untuk kuasa, dan bahagian masyarakat yang selalunya melarat, dilucutkan daripada peluang, dan dibiarkan dengan perasaan kekalahan. Tipu helah manusia bordering dalam telinga kita dan dosa mengelilingi kita.

Untuk kita, ia adalah satu tanggungjawab untuk layak untuk semua berkat gemilang yang Bapa di Syurga sediakan untuk kita. Kemana sahaja kita pergi, Imamat kita pergi bersama kita. Adakah kita berdiri di tempat yang suci ? Tolonglah, sebelum kamu meletakkan diri kamu dan imamat dalam keadaan bahaya dengan mendekat tempat atau menyertai aktivi yang bukan layak untuk kamu atau untuk imamat, berhenti dan fikirkan akibatnya.

Kita yang sudah ditetapkan kepada imamat Tuhan boleh membawa kelainan. Apabila kita menjaga kesucian peribadi kita dan menghormati imamat, kita menjadi contoh yang soleh untuk orang lain ikuti. Rasul Paulus memberi nasihat pengajaran, “Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu.”3 Dia juga menulis bahawa pengikut Kristus harus menjadi “bercahaya di antara mereka seperti bintang-bintang di dunia.”4Menyediakan satu contoh yang soleh boleh menerangkan dunia yang semakin gelap.

Ramai daripada anda akan ingat Presiden N. Eldon Tanner, yang berkhidmat sebagai kaunselor kepada empat Presiden Gereja. Beliau memberikan contoh yang tidak boleh disimpangkan yang soleh sepanjang kerjayanya dalam industri, dalam perkhidmatan dalam kerajaan di Kanada, dan sebagai seorang Rasul Yesus Kristus. Dia memberikan kita inspirasi dan nasihat ini: ”Tidak ada yang akan membawa kegembiraan yang lebih besar dan kejayaan daripada hidup dengan berpegang kepada ajaran Injil. Jadilah contoh; dan menjadi pengaruh untuk kebaikan.”

Dia bersambung: “Setiap dari kita telah ditetapkan untuk beberapa kerja sebai hamba pilihan Tuhan yang mana dia telah lihat patut untuk diberikan imamat dan kuasa untuk bertindak atas namanya. Selalu ingat bahawa orang melihat kepada anda untuk diketuai dan kamu mempengaruhi hidup individu sama ada untuk baik atau buruk, satu pengarh yang akan dirasai untuk generasi yang akan datang.”5

Kita diperkuatkan dengan kebenaran bahawa kuasa yang kuat dalam dunia ini adalah kuasa Tuhan yang berfungsi melalui manusia. Untuk melayar secara selmat lautan dunia ini, kita perlukan panduan daripada Pelaut Kekal – ia Jehovah yang kuat. Kita mendekati, kita mencapai sehingga, untuk mendapatkan bantuan syurga.

Salah satu contoh terkenal tentang orang yang tidak mencapai keatas adalah Kain, anak Adam dan Hawa. Berpotensi tatapi lemah dengan azam, Kain membenarkan ketamakan, iri hati, keingkaran dan juga pembunuhan untuk menyekat kemudi peribadi yang boleh memberi panduan kea rah keselamatan dan kemuliaan. Pandangan ke bawahnya mengantikan pandangan ke atas; Kain jatuh.

Dalam masa yang berlainan dan dengan raja yang kejam, seorang hamba Tuhan diuji. Dibantu dengan inspirasi syurga, Daniel, anak David mentafsirkan kepada raja tulisan pada dinding. Mengenai ganjaranya – iaitu jubah diraja, rantai emas dan kuasa politik – Daniel berkata, “Tahanlah hadiah tuanku, berikanlah pemberian tuanku kepada orang lain.”6 Kekayaan besar dan kuasa telah ditawarkan kepada Daniel, ganjaran yang mewakili perkara-perkara dunia dan bukan dari Tuhan. Daniel menentang dan kekal setia.

Kemudian apabila Daniel menyembah Tuhan walaupun terdapat perintah bahawa ia diharamkan, dia dibuang kedalam sarang singa. Cerita daripada AlKitab memberitahu kita bahawa pada pagi berikutnya, “Maka ditariklah Daniel dari dalam gua itu, dan tidak terdapat luka apa-apa padanya, karena ia percaya kepada  … Tuhan”.7 Dalam masa keperluan yang kritial, penentuan Daniel untuk mengemudi laluan yang terus menyebabkan dia dilindungi syurga dan diberi perlindungan keselamatan. Perlindungan seperti itu boleh kita dapat jika kita juga mengemudi dengan mantap ke arah rumah kekal.

Jam sejarah, seperti pasir dalam jam pasir, menandakan peredaran masa. Orang baru memenuhi pentas hidup. Masalah kehidupan berdiri membimbangkan didepan kita. Melalui sejarah, Satan telah berkerja tanpa henti untuk memusnajkan pengikut Penyelamat. Jika kita jatuh pada dia, kita – seperti Bismarck yang megah- akan kehilangan kemudi yang boleh memandu kita ke keselamatan. Dikelilingi dengan teknologi moden untuk kehidupan, kta melihat keatas dengan rasa panduan, supaya kita boleh mengemudi dan mengikut satu jalan yang tetap dan bijaksana. Sambil kita mencari pertolongan syurgawi, kemudi kita bukan seperti Bismarck, tidak akan gagal.

Sambil kita mara kedepan dalam pelayaran individu kita, saya berharap kita berlayar dengan selamat dalam lautan kehidupan. Semoga kita mempunya keberanian seperti Daniel, supaya kita boleh sentiasa benar dan beriman walaupun dosa dan godaan mengelilingi kita. Semoga kesaksian kita sedalam dan sekuat Yakub, adik kepada Nefi, yang, apabila berhadapan dengan seorang yang cuba dengan banyak cara untuk memusnahkan imanya, dia mengistiharkan, “Aku tidak dapat digoncangkan.”8

Dengan kemudi iman memandu jalan kita, saudara, kita juga akan menemui jalan selamat ke rumah- rumah ke Tuhan, untuk tinggal bersama-Nya selama-lamanya. Supaya itu boleh kita semua dapat, saya berdoa dalam nama suci Yesus Kristus, Penyelamat dan Penebus kita, amen.