2010–2019
Pilih dengan Bijak
Oktober 2014


Pilih dengan Bijak

“Menolak yang jahat, dan memilih yang baik” (Yesaya 7:15).

Saudara-saudara yang kukasihi, keinginan saya petang ini adalah untuk berkongsi nasihat tentang keputusan dan pilihan.

Apabila saya seorang peguam muda di kawasan San Francisco, saya membuat kerja undang-undang untuk syarikat yang menghasilkan episod khas Charlie Brown untuk hari perayaan istimewa. 1 Saya menjadi peminat Charles Shultz dan ciptaannya—Peanuts, dengan Charlie Brown, Lucy, Snoopy, dan watak-watak lain yang bagus.

Salah satu dari komik kegemaran saya termasuk Lucy. Menurut ingatan saya, pasukan besbol Charlie Brown dalam pemain penting, Lucy main posisi di bahagian kanan padang, dan bola dipukul ke arahnya. Dia berada di hujung pemain dan ada tiga pelari di padang. Jika dia sambut bola itu, pasukannya akan menang. Jika tidak, pasukan lain akan menang.

Seperti hanya mungkin dalam komik, semua pasukan datang ke sekeliling Lucy ketika bola itu turun. Lucy berfikir, “Jika saya sambut bola, saya akan jadi pahlawan; jika tidak, saya akan jadi kambing.”

Ketika bola turun, dan rakan sepasukan melihat dia, Lucy tidak sambut bola. Charlie Brown buang sarung tangannya ke tanah dengan marah. Lalu, Lucy berpaling kepada rakan sepasukannya, meletakkan tangannya di pinggul, dan berkata, “Bagaimana kamu harapkan saya menyambut bola sedangkan saya ragu tentang dasar luar negara kita?”

Ini salah satu dari banyak kali Lucy tidak sambut bola, dan dia ada alasan baru setiap kali. 2 Walaupun selalu lucu, alasan Lucy ialah rasionalisasi; ia merupakan alasan tidak benar untuk gagalnya sambut bola.

Selama pelayanan Presiden Thomas S. Monson, dia telah mengajar dengan kerap bahawa pilihan memutuskan takdir.3 Menurut itu, nasihat saya malam ini adalah untuk naik atas rasionalisasi yang menghindari kita daripada mengambil keputusan soleh, terutamanya yang berkaitan dengan melayani Yesus Kristus. Dalam Yesaya kita diajar, kita mesti “menolak yang jahat, dan memilih yang benar.”4

Saya percaya kepentingan ini khas dalam zaman kita, agar pilihan dan keputusan kita dibuat secara berhati-hati, menurut matlamat dan objectif dengan mana kita mengaku untuk percaya. Ini kerana Setan sedang mengamuk dalam hati manusia dalam begitu banyak cara yang baru dan halus. Kita perlu tekad yang teguh kepada perintah-perintah dan ketaatan kepada perjanjian suci. Apabila kita biarkan rasionalisasi untuk menghindari kita dari anugerahan bait suci, misi yang layak, perkahwinan bait suci, ia sangat memudaratkan. Ia patah hati apabila kita mengaku kepercayaan dalam matlamat ini, tetapi mengabaikan amalan yang diperlukan harian untuk mencapainya.5

Beberapa orang pemuda mengaku bahawa matlamat mereka adalah untuk berkahwin dalam bait suci tetapi tidak dating dengan orang yang layak masuk bait suci. Terus, ada yang tidak dating sama sekali! Para lelaki bujang: semakin lama anda bujang, setelah umur sesuai dan menjadi matang, semakin selesa anda boleh menjadi. Tetapi patut anda menjadi kurang selesa. Tolong “bersemangat terlibat” 6 dalam kegiatan sosial yang sesuai dengan matlamat perkahwinan bait suci anda.

Ada yang menangguhkan perkahwinan sehingga pendidikan mereka habis dan sudah mendapat kerja. Sedangkan ini luas diterima di dunia, tetapi ini tidak menunjukkan iman, tidak mematuhi nasihat nabi zaman moden, dan tidak sehaluan dengan ajaran benar.

Akhir ini saya bertemu seorang remaja putera yang baik. Dia ada matlamat pergi misi, mendapat pendidikatn, berkahwin dalam bait suci, dan mula keluarga yang gembira dan beriman. Saya gembira dengan matlamatnya. Tetapi dalam perbualan lebih lanjut, menjadi jelas bahawa pilihan dan tindakan dia tidak sehaluan dengan matlamatnya. Saya merasa bahawa dia ingin melayani misi dan mengelakan dosa besar yang akan menghalang misinya, tetapi tindakannya sehari-hari tidak menyediakan dia untuk cabaran fizikal, emosional, sosial, intelektual dan rohani yang akan dia hadapi.7 Dia belum belajar untuk bekerja keras. Dia mengambil remeh persekolahannya. Dia pergi ke gereja tetapi belum membaca Kitab Mormon. Dia menghabiskan banyak waktu dengan pemain video dan media sosial (Facebook). Dia kelihatannya berfikir bahawa tidak perlu persediaan selain datang ke misinya. Para remaja putera, tolong bertekad sekali lagi untuk bertindak secara layak dan bersedia secara serius untuk menjadi utusan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus.

Keraguan saya tidak saja tentang pilihan besar yang merupakan pilihan mustahak yang penting, ia juga termasuk jalan tengah iaitu pilihan sehari-hari yang kelihatannya biasa—di mana kita menghabiskan kebayanakan waktu kita. Dalam kawasan yang begini, kita perlu menegaskan moderasi, keseimbangan, dan terutamanya kebijaksanaan. Ia penting untuk naik atas rasionalisasi dan membuat keputusan yang terbaik.

Contoh hebat di mana kita perlukan moderasi, keseimbangan, dan kebijaksanaan ialah pengunaan Internet. Ia boleh digunakan untuk menjankau sebagai mubaligh, untuk membantu dengan tanggungjawab imamat, dan mencari nenek moyang yang sangat berharga untuk melakukan tatacara bait suci, dan banyak lagi. Potensi untuk melakukan yang baik adalah sangat besar. Kita tahu bahawa ia juga menyiarkan banyak yang jahat, termasuk bahan-bahan lucah dan kekejaman digital.8 Ia juga mungkin mengekalkan kebodohan. Seperti Brother Randall L. Ridd mengajar secara pilu di persidangan umum yang lepas ketika berbicara mengenai Internet, “Anda dapat tertangkap dalam keremehan yang tidak berkesudahan yang membuang masa dan merendahkan potensi anda.” 9

Gangguan dan tentangan kebenaran bukan saja di Internet; ia di merata tempat. Ia tidak menjejas para remaja saja, melainkan kita semua. Kita tinggal di dunia yang secara harfiah dalam kekecohan.10 Kita dikelilingi oleh gamaran obsesif “keseronokan dan permainan” dan hidup yang tidak moral dan tidak berfungsi. Ini dipresentasi sebagai tindakan biasa dalam banyak media.

Akhir ini Elder David A. Bednar memberi amaran kepada ahli gereja untuk menggunakan media sosial dengan ikhlas.11 Seorang pemimpin pemikiran terkenal, Arthur C. Brooks, telah menekankan fikiran ini. Dia memerhati bahawa kita menyiarkan butir kehidupan yang penuh senyuman, bukan yang susah di kerja atau sekolah. Kita menggambarkan hidup yang tidak lengkap—kadang-kadang dalam cara yang tidak sejati atau mengagungkan diri. Kita berkongsi hidup ini, lalu melihat “hidup yang palsu dari kawan sosial media kita hampir semata-mata.” Dia tegaskan, “Bagaimana ini tidak menjadikan anda merasa kurang baik untuk menghabiskan sebahagian waktu anda berpura-pura menjadi lebih gembira dari yang sebenar, dan sisa waktu anda melihat betapa lebih gembira kelihatan orang lain daripada anda.” 12

Kadang-kadang ia merasa seperti kita melemas dalam kebodohan remeh, bunyi yang bukan-bukan, dan perbalahan yang berterusan. Apabila kita padam bunyi dan memeriksa bahannya, ada sedikit saja yang akan membantu kita dalam perjalanan kekal kita menuju ke matlamat soleh. Seorang bapa yang membalas dengan bijaksana kepada anak-anaknya dengan permintaan mereka yang banyak untuk terlibat dalam gangguan ini. Dia menanya mereka, “Apakah ini akan menjadikan anda orang yang lebih baik?”

Apabila kita mewajarkan pilihan salah kita yang tidak sehaluan dengan injil dipulihkan, sama ada ia besar atau kecil, kita kehilangan berkat dan perlindungan yang kita perlu dan sering terperangkap dalam dosa atau sesat jalan.

Saya terutamanya bimbang tentang kebodohan13 dan menjadi taksub dengan “segala hal yang baru.” Dalam gereja, kita memujuk dan meraikan kebenaran dan pengetahuan setiap jenis. Tetapi apabila budaya, pengetahuan, dan adat istiadat berpisah daripada rancangan kegembiraan Tuhan dan pelan Yesus Kristus yang sangat penting, perpecahan masyarakat pasti mengikut.14 Pada zaman kita, walaupun ada kemajuan yang belum pernah terjadi sebelumnya, terutamanya dalam sains dan komunikasi, nilai-nilai dasar yang penting telah terhakis dan kegembiraan dan kesejahteraan kurang.

Apabila Rasul Paulus dijemput untuk berucap di Mars Hill di Athens, dia mencari dakwaan daya fikir dan ketiadaan bijaksana yang sejati seperti zaman kita sekarang.15 Dalam Kisah Para Rasul kita membaca kisah ini: “Adapun orang-orang Atena dan orang-orang asing yang tinggal di situ tidak mempunyai waktu untuk sesuatu selain untuk mengatakan atau mendengar segala sesuatu yang baru.”16 Fokus Paulus ialah Kebangkitan Yesus Kristus. Apabila orang ramai menyedari sifat rohani pesanannya, ada yang mengolok-olok dia; orang lain menolak dia dengan berbicara, “Lain kali saja kami mendengar engkau berbicara tentang hal itu.”17 Paulus tinggalkan Atena tanpa apapun kejayaan. Dean Frederic Farrar menulis tentang lawatan ini: “Di Atena dia tidak menubuhkan gereja, kepada Atena tidak menulis surat, dan ke Atena, sebanyak dia di kawasan itu, dia tidak balik.”18

Saya percaya pesan Elder Dallin H. Oaks yang berilham yang membezakan antara “baik, lebih baik, terbaik” memberi cara efektif untuk menimbangkan pilihan dan keutamaan.19 Banyak pilihan tidak semestinya jahat, tetapi jika sesuatu hal mengambil semua waktu kita dan menghalang kita dari mengambil keputusan yang baik, ia menjadi bahaya.

Bahkan usaha yang bermakna perlu penilaian untuk memutuskan sama ada ia telah menjadi gangguan dari matlamat terbaik. Saya ada perbualan dengan ayah saya yang tidak dapat dilupakan apabila saya masih remaja. Dia tidak percaya cukup orang muda berfokus pada atau bersedia untuk matlamat jangka panjang—seperti kerja dan menafkahi keluarga.

Pembelajaran yang penuh makna dan pengalaman kerja selalu terutama dalam senarai cadangan yang disyorkan oleh ayah saya. Dia menghargai aktiviti luar sekolah, seperti perbahasan dan kerajaan pelajar yang mungkin ada kaitan dengan beberapa dari matlamat penting saya. Dia kurang pasti tentang begitu banyak waktu saya habiskan main bola sepak, bola keranjang, besbol, dan balapan. Dia mengakui bahawa olahraga dapat membina kekuatan, ketahanan, dan kerja berpasukan tetapi menegaskan bahawa mungkin lebih baik untuk berfokus pada satu sukan untuk masa yang lebih singkat akan lebih baik. Menurut pandangan dia, sukan adalah baik tetapi bukan yang terbaik untuk saya. Dia bimbang bahawa beberapa sukan terlalu fokus pada membina kemasyuran di sesuatu tempat dengan mengorbankan matlamat jangka panjang yang lebih penting.

Oleh kerana sejarah ini, salah satu sebab saya suka cerita Lucy main besbol adalah menurut pandangan saya bahawa saya sepatutnya belajar dasar luar dan tidak bimbang sama ada saya akan sambut bola. Saya mesti menjelaskan bahawa ibu saya menyayangi sukan. Tidak mungkin dia tidak hadir di pertandingan sukan saya, kecuali apabila dia di hospital.

Saya memutus untuk mengikut nasihat ayah saya dan tidak main sukan sewaktu di universiti. Setelah itu, jurulatih pasukan bola sepak Amerika kami memberitahu saya bahawa jurulatih dari Universiti Stanford ingin makan tengah hari dengan saya dan Merlin Olsen. Jika anda lebih muda, mungkin anda tidak ingat Merlin. Dia mencapai tahap all-American sebagai tackle sewaktu di pasukan bola sepak Amerika di sekolah menegah Logan di mana saya main quarterback, safety, dan punt return. Dalam sekolah menegah, Merlin diingin oleh semua pasukan bola sepak yang terbaik di semua Amerika. Di kolej dia menang Outland Trophy sebagai interior lineman terbaik di negara. Dia orang ketiga untuk dipilih dalam draf liga bola sepak negara dan main dalam 14 pro bowl berturut-turut yang hebat. Dia diserapkan ke dalam Dewan Kemasyuran dalam 1982.20

Makan tengah hari dengan jurulatih Stanford berada di restaurant Bluebird di Logan, Utah. Setelah kami berjabat tangan, dia tidak sekali bersemuka dengan saya. Dia berbicara terus dengan Merlin dan tidak mengendahkan saya. Pada hujung makan tengah hari, dia, untuk pertama kalinya, berpaling kepada saya tetapi tidak dapat ingat nama saya. Lalu dia beritahu Merlin, “Jika anda pilih Stanford dan ingin membawa kawan anda, dia ada markah cukup baik, mungkin dapat disusun.” Pengalaman ini menetapkan bahawa saya patut mengikuti nasihat bijak ayah saya.

Niat saya bukan untuk mencegah anda terlibat dalam sukan atau menggunakan Internet atau aktiviti lain yang berbaloi yang seronok bagi remaja. Ini ialah jenis aktivitu yang perlu moderasi, keseimbangan, dan kebijaksanaan. Apabila digunakan dengan bijak, ia memperkayai hidup kita.

Bagaimanapun, saya menggalakkan kita semua, muda mahupun tua, untuk berfikir sekali lagi tentang matlamat dan objektif dan berusaha untuk menjalankan disiplin yang lebih besar. Tindakan sehari-hari dan pilihan kita patut sehaluan dengan matlamat kita. Kita perlu naik atas rasionalisasi dan gangguan. Terutamanya penting untuk mengambil keputusan yang konsisten dengan perjanjian suci kita untuk melayani Yesus Kristus dalam kesolehan.21 Kita mesti berfokus pada bola dan menyambutnya.

Kehidupan ini ialah masa untuk bersedia untuk bertemu Tuhan.22 Kita bangsa gembira dan bahagia. Kita menghargai rasa lucu dan masa tidak berstruktur dengan kawan dan keluarga. Tetapi kita perlu sedar bahawa ada kesungguhan tujuan yang mesti ada di dasar pendekatan kita terhadap hidup dan semua pilihan. Gangguan dan rasionalisasi menghadkan kemajuan dan cukup bahaya, tetapi apabila ia mengurangkan iman kepada Yesus Kristus dan Gereja-Nya, ia tragik.

Doa saya adalah sebagai kumpulan pemegang imamat, tindakan akan sehaluan dengan tujuan mulia yang diperlukan dari orang yang berada dalam pelayanaan Tuan. Dalam segala hal kita patut ingat bahawa menjadi “gagah berani dalam kesaksian tentang Yesus” ialah ujian yang memisahkan kerajaan selestial dari kerajaan terestrial.23 Kita ingin dicari di tepi selestial jurang itu. Sebagai salah satu rasul-Nya, saya bersaksi dengan sungguh-sungguh akan hakikat Korban Tebusan dan keilahian Yesus Krisus, Juruselamat kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lee Mendelson-Bill Melendez Production TV Specials.

  2. Lucy selalu merasionalisasikan sebab dia tidak tangkap bola, dari gangguan bulan saturn ke kerisauan tentang bahan racun dalam sarung tangannya.

  3. Lihat “Decisions Determine Destiny,” bab 8 dalam Pathways to Perfection:Discourses of Thomas S. Monson(1973), 57–65.

  4. Yesaya 7:15.

  5. “If to do were as easy as to know what were good to do, chapels had been churches and poor men’s cottages princes’ palaces” (William Shakespeare, The Merchant of Venice, act 1, scene 2, lines 12–14).

  6. Ajaran dan Perjanjian 58:27.

  7. Lihat Adjusting to Missionary Life (booklet, 2013), 23–49.

  8. Lihat Stephanie Rosenbloom, “Dealing with Digital Cruelty,” New York Times, Ogos. 24, 2014, SR1.

  9. Randall L. Ridd, “The Choice Generation,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 56.

  10. Lihat Ajaran dan Perjanjian 45:26.

  11. Lihat David A. Bednar, “To Sweep the Earth as with a Flood” (ucapan dibeir di at BYU Campus Education Week, Ogos 19, 2014); lds.org/prophets-and-apostles/unto-all-the-world/to-sweep-the-earth-as-with-a-flood.

  12. Arthur C. Brooks, “Love People, Not Pleasure,” New York Times, Julai 20, 2014, SR1.

  13. Malangnya, satu gangguan yang paling meningkat dalam kehidupan harian kita ialah kebodohan. Apabila Juruselamat menyebut perkara-perkara yang boleh mencemari manusia, Dia sebut tentang kebodohan. (lihat Markus 7:22).

  14. Ini berlaku pada zaman purba Greece dan Rome, juga dalam tamadun Kitab Mormon.

  15. Lihat Frederic W. Farrar, The Life and Work of St. Paul (1898), 302. Adanya banyak jenis ahli falsafah, termasuk, kumpulan Pharisees and the Sadducees dari dunia pagan. Juga lihat Quentin L. Cook, “Looking beyond the Mark,” Ensign, Mac 2003, 41–44; Liahona, Mac 2003, 21–24.

  16. Kisah Para Rasul 17:21.

  17. Kisah Para Rasul 17:32.

  18. Farrar, The Life and Work of St. Paul, 312.

  19. Lihat Dallin H. Oaks, “Good, Better, Best,” Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 104–8.

  20. Merlin Olsen seorang pemain bola hall of fame, pelakon, and actor, and pengulas NFL bagi NBC. Dia menang Outland Trophy dengan memain bola bagi Utah State University. Dia main pro football bagi Los Angeles Rams. Dia melakonkan watak Jonathan Garvey bertentangan Michael Landon dalam Little House on the Prairie dan ada program TV diri sendiri, Father Murphy. Merlin sudah meninggal dunia (Mac 11, 2010), dan kita sangat merindui dia.

  21. LihatAjaran dan Perjanjian 76:5.

  22. Lihat Alma 34:32.

  23. Ajaran dan Perjanjian 76:79.