2010–2019
Ya, Tuhan, Aku akan Ikut-Mu
Oktober 2014


Ya, Tuhan, Aku akan Ikut-Mu

Tuhan menjemput kita dengan beberapa kata kerja: “Datanglah kepada-Ku,” “Ikutlah aku,” “Berjalan dengan-Ku.” Dalam setiap ayat jemputan ini ialah jemputan untuk bertindak

“Kerana lihatlah, Tuhan membiarkan segala bangsa, daripada bangsa dan bahasa mereka sendiri, untuk mengajarkan firman-Nya, ya, dalam kebijaksanaan.”1 Hari ini tulisan suci ini digenapi sekali lagi sebab saya sudah diberi peluang untuk menyatakan perasaanku dalam bahasaku sendiri.

Pada tahun 1975 saya melayani dalam misi Uruguay Paraguay sebagai mubaligh muda. Semasa bulan pertamaku di misi, pemimpin zon membuat aktiviti untuk menunjukkan satu asas injil. Setiap mubaligh di zon pakai penutup mata, dan kami diberitahu bahawa kami harus ikut satu jalan yang menuju dewan kebudayaan kami. Kami diminta untuk ikut suara satu pemimpin, satu suara kami mendengar sebelum kami bermula. Tetapi, kami diberi amaran bahawa sepanjang perjalanan kami, kami akan mendengar beberapa suara lain yang akan cuba mengelirukan kami supaya kami menyimpang dari jalan.

Selepas saya mendengar bunyi, percakapan - dan di antara semuanya - satu suara yang mengatakan “Ikutlah aku,”, saya berasa yakin bahawa saya sedang ikut suara yang benar. Apabila kami sampai di dewan kebudayaan di chapel, para pemimpin minta kami untuk menanggal penutup mata kami. Apabila saya buat begitu, saya sedar bahawa ada dua kumpulan dan bahawa saya dalam kupulan yang sudah mengikut suara yang salah. “Bunyinya macam bunyi suara yang benar,” saya bercakap kepada diriku.

Pengalaman 39 tahun yang lalu itu ada pengaruh yang tahan dalam diriku. Saya bercakap, “tak pernah lagi akan saya ikut suara yang salah.” Selepas itu saya bercakap, “Ya, Tuhan, aku akan ikut-Mu.”

Saya mahu mengaitkan pengalaman ini dengan jemputan lembut Juruselamat kepada kita:

“Akulah gembala yang baik… Aku mengenal domba-domba-Ku. …

“Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku.”2

Jemputan untuk “ikut Dia” ialah jemputan yang paling senang difahami, langsung, dan berkuasa yang boleh kita terima. Ia datang dari sebuah suara yang selalu boleh dikenali.

Tuhan menjemput kita dengan beberapa kata kerja: “Datanglah kepada-Ku,” “Ikutlah aku,” “Berjalan dengan-Ku.” Dalam setiap ayat, ini bukan jemputan yang pasif. Jemputan ini ialah jemputan untuk bertindak. Ia ditujukan kepada semua manusia oleh seorang yang ialah Nabi kepada semua nabi, Guru kepada guru, Sang Putera Tuhan, Mesias.

Jemputan untuk “Datang kepada-Ku”

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.”3

Kamu yang belum lagi menjadi ahli gereja akan menerima jemputan ini melalui suara mubaligh dengan perkataan, “Bolehkah kamu membaca Kitab Mormon? Bolehkah kamu berdoa? Bolehkah kamu menghadiri gereja? Bolehkah kamu ikut contoh Yesus Kristus dan dibaptiskan oleh mereka yang berkuasa?”4 Macam mana akan kamu balas jemputan ini hari ini?5

Saya menjemput kamu untuk mendengar dan terima pesanan ini dengan mengatakan, “Ya, Tuhan, aku akan ikut-Mu!”

Carlos Badiola dan keluarganya, dari Minas, Uruguay, sedang berjumpa dengan para mubaligh. Sebab para elders itu bertanya banyak soalan semasa pelajaran mereka, mereka menjemput seorang jiran yang bukan ahli gereja - seorang gadis cantik yang berumur 14 bernama Norma - untuk membantu mereka menjawab. Norma ialah seorang pelajar sekolah menengah yang berazam dan yang mempelajari Alkitab di sekolah pada tahun itu, jadi, apabila para mubaligh bertanya soalan, Norma yang menjawab. Dia seorang “penyelidik emas.” Pelajaran yang diajar pada hari itu tentang Kata-kata Bijaksana.

Apabila dia pulang ke rumah selepas pelajaran itu dengan para mubaligh, Norma tahu apa yang harus dibuat. Dia bercakap kepada ibunya, “Ibu, dari hari ini, saya takkan minum kopi dengan susu. Saya minum susu saja.” Balasan itu ialah sebuah pernyataan keinginan dia untuk menerima jemputan untuk ikut Kristus, yang diberi oleh para mubaligh.

Baik Carlos Badiola mahupun Norma dibaptiskan. Nanti, dengan ikut contoh Norma, ibunya, bapanya, dan adik-beradiknya juga dibaptiskan. Norma dan saya membesar bersama dalam cabang itu yang kecil tetapi yang berkuasa. Nanti, selepas saya habis misi saya, kami berkahwin. Saya selalu tahu bahawa akan lebih senang untuk ikut Juruselamat kalau dia bersamaku.

Seorang yang sudah masuk Gereja dan yang sudah terima jemputan ini memperbaharui tekad itu setiap minggu dengan mengambil sakramen.6 Sebahagian dari tekad itu termasuk ikut perintah. Dengan buat begitu kamu mengatakan, “Ya, Tuhan, aku akan ikut-Mu!”7

Jemputan untuk “Ikut Aku”

“Ikutlah aku,” ialah jemputan Tuhan kepada pemerintah yang muda dan kaya. Si orang kaya sudah ikut perintah Tuhan sepanjang kehidupannya. Apabila dia tanya apa lagi yang boleh dia buat, dia terima jawapan dengan jemputan yang jelas: “Datang… ikutlah aku.”8 Walaupun jemputan itu senang difahami, ia masih ada pengorbanannya. Ia perlu usaha - dengan tindakan dan tekad.

Nabi Nefi menjemput kita untuk berenung apabila dia bertanya: “Dan [Yesus] berfirman kepada anak-anak manusia: Engkau, ikutlah Aku. Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, dapatkah kita mengikuti Yesus kecuali kita akan sedia mentaati perintah-perintah Bapa?”9

Jemputan untuk “datang kepada-Ku,” untuk mendengar perkataan-Nya, dan untuk ikut sudah menjadi pesanan para mubaligh dari permulaan, dan sudah membantu banyak orang untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Lima-puluh tahun yang lalu para mubaligh masuk kedai pencipta jam tangan bapa saya untuk tinggalkan satu jam tangan untuk diperbaiki. Macam semua mubaligh yang baik, mereka mengambil peluang untuk bercakap dengan ibu dan bapa saya tentang injil. Bapa saya terima para mubaligh, dan ibu saya terima pesanan dan jemputan untuk ikut Kristus. Dari hari itu sampai hari ini, dia tetap aktif di Gereja. Dia kata, “Ya, Tuhan, aku akan ikut-Mu!”

Semasa kamu berusaha untuk mengikuti Dia, kamu akan terima kuasa untuk melegakan beban kehidupan, baik rohani mahupun jasmani, dan mengalami perubahan dalam yang positif, yang akan membantu kamu menjadi lebih gembira.

Jemputan untuk “Berjalan dengan-Ku”

Enok dipanggil untuk mengkhutbahkan injil kepada orang yang susah dan keras hati. Dia tidak rasa cukup baik. Dia ada keraguan kalau dia boleh membuat tugasnya. Tuhan menenangkan hatinya dan menguatkan imannya melalui jemputan untuk “berjalan dengan Aku” - sebuah jemputan yang, macam rotan seorang buta atau lengan kawan, boleh membimbing seorang yang tidak rasa yakin. Dengan mangambil lengan Juruselamat dan berjalan bersama Dia, Enok belajar bahawa langkahnya menjadi yakin dan dia menjadi mubaligh yang hebat.10

Keputusan untuk “datang kepada-Ku” dan “ikut aku” sangat peribadi. Apabila kita terima jemputan ini, taraf tekad kita ditingkatkan, dan pada saat itu kita boleh “berjalan dengan Dia.” Taraf ini merapatkan hubungan kita dengan Juruselamat - buah dari penerimaan jemputan pertama.

Norma dan saya menerima jemputan untuk “datang kepada-Ku” dan “ikut Aku” secara individu. Kemudian, bersama, dengan menyokong satu sama lain, kami sudah belajar untuk berjalan bersama Dia.

Usaha dan tekad untuk mencari Dia dan ikut Dia akan diberi ganjaran semua berkat yang kami perlu.

Memang begitu dengan wanita yang, dengan banyak usaha, boleh menyentuh pakaian Juruselamat11 atau dengan Bartimaeus, si orang buta, yang tekadnya satu hal yang sangat penting dalam mukjizat itu yang terjadi dalam kehidupan dia.12 Dalam kedua-dua ini penyembuhan badan dan jiwa diberikan.

Hulurkan tangan kamu, menyentuh pakaian-Nya, terima jemputan-Nya, katakan, “Ya, Tuhan, aku akan ikut-Mu!” - dan berjalan bersama Dia.

“Datanglah kepada-Ku,” “Ikutlah aku,” “Berjalan dengan-Ku” ialah tiga jemputan yang berkuasa - kepada kamu yang menerimanya - untuk membuat perubahan dalam diri kamuyang akan membuat kamu mengatakan, “[aku] tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik.”13

Sebagai tanda luar perubahan itu kamu akan berasa keinginan kuat untuk “sokong yang lemah, angkat tangan yang terkulai, dan kuatkan lutut yang lunglai.”14

Langkah apa yang boleh kita buat hari ini untuk “berjalan dengan Dia?”

  1. Menguatkan keinginan untuk menjadi seorang pengikut Kristus yang lebih baik.15

  2. Berdoa untuk keinginan ini supaya iman kamu kepada Dia boleh bertumbuh.16

  3. Mendapat pengetahuan dari tulisan suci, yang menunjuk jalannya dan menguatkan keinginanmu untuk berubah.17

  4. Membuat keputusan hari ini untuk bertindak dan mengatakan, “Ya, Tuhan, aku akan ikut-Mu!” Tahu kebenaran ini sahaja tidak akan mengubah dunia kamu tanpa bertindak pada pengetahuan itu. 18

  5. Bertahandalam keputusan kamu dengan menjalankan asas ini harian.19

Semoga perkataan nabi tersayang kami, Presiden Thomas S. Monson, akan mendorong kami untuk bertindak pada keinginan kami untuk terima jemputan Juruselamat. Presiden Monson kata: “Siapa Raja kemuliaan, Tuhan semesta alam? Dia ialah tuan kita. Dia ialah Juruselamat kita. Dia Putera Tuhan. Dia Penulis Penyelamatan kita. Dia menjemput, ‘Ikut aku.’ Dia mengajar, ‘pergilah dan berbuatlah demikian’ Dia merayu, ‘Patuhi perintah-Ku.’”20

Semoga kita boleh membuat keputusan untuk meningkatkan taraf ibadat dan tekad kita kepada Tuhan, dan semoga balasan kita kepada jemputan-Nya didengar dengan jelas: “Ya, Tuhan, aku akan ikut-Mu!”21 Dalam nama suci Tuhan Yesus Kristus, amin.