2010–2019
Kehidupan Abadi – untuk mengenali Bapa Syurgawi kita dan Putra-Nya, Yesus Kristus
Oktober 2014


Kehidupan Abadi – untuk mengenali Bapa Syurgawi kita dan Putra-Nya, Yesus Kristus

Tuhan dan Kristus benar-benar seorang Bapa dan seorang Anak – individu yang berasing dan berbeza tetapi bersatu dalam tujuan.

Berberapa tahun dahulu saya berkesempatan menkaji kesaksian terakhir dari nabi delam setiap zaman keagamaan. Semuanya berkesaksian yang kuat tentang Tuhan Bapa dan Putra-Nya, Yesus Kristus.

Semasa saya membaca kesaksian-kesaksian ini – dan banyak lagi yang hampir sama – selalunya hati saya disentuh apabila saya sedar betapa banyak Bapa Syurgawi mengasahi Anak sulung-Nya dan bagaimana Yesus tunjukkan kasih-sayang melalui kepatuhan kepada kehendak BapaNya. Saya bersaksi apabila kita buat apa yang diperlukan untuk mengenali mereka dan faham kasih-sayang mereka bagi satu sama lain, kita akan memperoleh, “karunia yang terbesar dari segala karunia Tuhan” – bahkan kehidupan abadi. 1 Kerena “inilah kehidupan abadi, bahawa mereka boleh menganal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan Yesus Kristus, yang Engkau telah mengutuskan.” 2

Bagaimana boleh korunia ini mejadi milik kita? Ia datang melalui wahyu peribadi, yang dibincang dan diajar pagi ini.

Ingatkah kamu pertama kali kamu menyedari bahawa Tuhan memang wujud dan kamu rasa kasih-sayang Dia? Masa saya lelaki kecil, saya lihat ke langit yang berbintang dan merasa kehadiran Dia. Saya sangat suka menerokai kecantikan agum penciptaan Tuhan – dari serangga kecil ke pokok tinggi. Semasa saya menyedari akan kecantikan bumi ini, saya tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi-ku. Saya tahu saya anak Dia secara literal, kita semua anak-anak Tuhan.

Bagimana saya tahu ini? mungkin kamu bertanya. Tulisan-tulisan suci mengajar, “Kepada sebagian diberikan oleh Roh Kudus untukmengatahui bahwa Yesus Kristus adalah Putra Tuhan, dan …Kepada yang lain diberikan untuk percaya pada perkataan mereka, agar mereka juga boleh memperoleh kehidupan kekal jika mereka terus setia.” .”3 Dari perspektif saya, ini tidak bermaksud bahawa berberapa orang mesti bergantung pada kesaksian orang lain selama-lamanya.

Kesaksian saya sendiri berkembang semasa saya belajar tentang Bapa Syurgawi dan si Juruselamat dari ajaran-ajaran dan kesaksian ibubapa saya, cikgu-cikgu, tulisan-tulisan suci dan terutamanya Roh Kudus. Semasa saya bertindak pada iman saya dan menaati perintah-perintah, Roh Kudus bersaksi bahaw apa yang saya belajar benar. Itulah cara saya dapat tahu untuk diri sendiri.

Dalam proses ini, mencari sangat penting. Nefi menjemput kita “jamuilah diri dengan firman Kristus; kerana lihatlah, firman Kristus akan memberitahu kamu segalanya yang kamu harus lakukan.”4

Sebelum hari jadi kelapan saya, saya mahu belajar lebih tentang pembaptisan. Saya membaca tulisan suci dan berdoa. Saya belajar bahaw saya akan terima kerunia Roh Khudus apabila saya ditepatkan sebagai ahli Gereja. Saya pun mula faham bahawa Tuhan dan Yesus Kristus benar-benar seorang Bapa dan seorang Anak – individu yang berasing dan berbeza tetapi bersatu dalam tujuan. “Kita mengasihi [Mereka], kerana [Mereka] mengasihi kita dahulu.”5 Lagi dan lagi saya memerhatikan bagaimana Mereka mengasihi satu sama lain dan berkerja sama untuk kebaikan kita. Dengarkanlah berberapa dari banyak tulisan suci yang mengajar kebenaran ini:

Mengajari tentang kehidupan kita prafana, Bapa Syurgawi rujuk ke Yesus kristus sebagai “Putra Terkasih-Ku, yang adalah Yang Terkasih dan yang terpilih-Ku sejak awal.”6 Apabila Tuhan Bapa menciptakan bumi ini, Dia buat demikian “melalui Putera Terkasih[Nya]”.7

Ibu Yesus, Maria, dibagitahu dia akan melahirkan “Putra dari yang tertinggi”8 Dan apabila Dia remaja, Dia bagitahu IbuNya bahawa dia mesti “melakukan perkerjaan BapaNya.”9 Berberapa tahun lalu, apabila Juruselamat dibaptiskan, Bapa Syurgawi bercakap dari syurga, mengatakan, “Inilah Putra Terkasih-Ku, Dia menyenangkan hati-Ku.”10

Untuk mengajari murid-Nya cara berdoa, Yesus katakan kata-kata ini:

“Bapa kami di Syurga, Kuduskanlah nama-Mu

“Datanglah kerajaan-Mu. Lakukanlah kehendak-Mu di bumi, mahupun di syurga.”11

Dia mengajari Nikodemus, “Tuhan mengasihi dunia, sehingga dia memberi Anak-Nya yang Tunggal”12 Dan Dia menjelaskan mukjizat-Nya dengan berkata, “Putera tidak boleh melakukan apa-apa dari dia sendiri, tetapi apa yang dia melihat Bapa melakukan: kerana apa-apa yang Bapa melakukan, Putera pun buat demikian.”13

Semasa jam penebusan semakin dekat, Yesus berdoa, mengatakan: “Bapa, masa sudah sampai.  … Aku telah memuliakan engkau di bumi: aku sudah selesaikan perkerjaan yang engkau memberi kepada-Ku.” 14 Selapas itu, semasa keberatan dosa kita melanda Dia, Dia meminta, “Hai Bapa-Ku, kalau mungkin, biarkanlah saya dibebaskan dari cubaan in: walaubagaimanapun bukanlah kehendak Saya, tetapi kehendak-Mu.”15 Dalam saat terakhir Dia di atas salib, Yesus berdoa, “Bapa, ampunilah mereka; kerana mereka tidak tahu apa yang mereka melakukan” dan kemudian berteriak, “Bapa, ke dalam tangan-Mu saya memberi Roh-Ku.”16

Sesudahnya dia melewat roh-roh mereka yang sudah meninggal, untuk memberi kepada mereka “kuasa untuk datang, selepas kebangkitan-Nya dari kematian, untuk masuk ke dalam kerajaan Bapa-Nya.”17 Selapas kebangkitan Juruselamat, Dia muncul kepada Magdalena, mengatakan, “Aku naik kepada Bapa-Ku, dan Bapa-mu.”18

Apabila dia melawat orang-orang di Amerika, Bapa-Nya memperkenalkan Dia berkata, “Lihatlah Puteraku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku sangat berkenan, di dalam-Nyalah Aku telah memuliakan nama-Ku.”19 Apabila Yesus turun kepada mereka, Dia kenalkan diri mengatakan: “Lihatlah, Akulah Yesus Kristus. … Aku telah… memuliakan Bapa dengan mengambil ke atas diri-Ku dosa-dosa dunia.”20 Apabila dia mengajarkan Injil-Nya, Dia menjelaskan:

“Inilah ajaran yang telah Bapa berikan kepada-Ku; dan Aku memberikan kesaksian tentang Bapa, dan Bapa memberikan kesaksian tentang Aku.”21

“Sesunggunya … Bapa dan aku ialah satu.”22

Bolehkah kita perhatikan suatu corak dalam tulisan-tulisan suci ini yang bersaksi tentang Bapa dan Putra sebagai individu yang berasingan? Kalau begitu, bagaimana mereka bersatu? Mereka bukanlah satu orang, tetapi Mereka bersatu dalam tujuan, sama berdedikasi untuk “mendatangkan kebakaan dan kehidupan abadi bagi manusia.”23

Yesuslah seorang Tuhan, tetapi Dia selalu bezakan Diri sebagai individu berasingan melalui berdoa kepada Bapa-Nya dan berkata bahawa dia melakukan kehendak Bapa-Nya. Semasa pelayanan-Nya di antara orang-orang Nefi, dia memohon, “Bapa, Aku tidak berdoa untuk dunia, tetapi untuk mereka yang telah Engkau berikan kepada-Ku dari dunia ini, … that agar Aku boleh berada di dalam diri mereka seperti Engkau, Bapa, berada di dalam Aku, agar kami boleh menjadi satu, agar Aku boleh dimuliakan di dalam diri mereka.”24

Dengan ini pada minda kita, tidak heiran bahawa Pemulihan injil bermula dengan kemunculan dua, bukan satu orang yang dimuliakan. Tentang penglihatan pertama-nya, Nabi Joseph Smith bersaksi, “Salah satu berkata kepada-ku, memanggil nama-ku dan berkata, sambil menujuk ke yang lain — Inilah Putra-Ku yang terkasihi. Dengarkanlah Dia!25

Nabi muda itu, yang pergi ke hutan kecil itu dengan iman yang tidak goncang, keluar dengan pengetahuan dan kesaksian tentang satu-satunya Tuhan yang benar dan Yesus Kristus, yang Tuhan telah utuskan. Joseph, sama seperti nabi-nabi dahulu, menjadi alat untuk memulihkan ke bumi pengetahuan yang menuju ke kehidupan abadi.

Kamu pun boleh mencari Bapa Syurgawi dan “Yesus ini mengenainya nabi dan rasul telah bersaksi,”26 dalam tulisan suci dan sambil persindangan umum ini. Semasa kamu mencari, kamu akan dapat tahu bahawa Bapa Syurgawi kita tela sediakan cara istimewa untuk kamu tahu kebenaran untuk diri kamu: melalui ahli Ketuhanan ketiga, seorang roh yang kami kenal sebagai Roh Kudus.

“Dan apabila kamu akan menerima hal-hal ini” – termasuk apa yang saya telah kongsi pada hari ini – “aku hendak mendorongmu agar kamu akan bertanya kepada Tuhan, Bapa Yang Abadi, dalam nama Kristus, jikalau hal-hal ini tidak benar; dan jika kamu akan bertanya dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh, beriman kepada Kristus, Dia akan menyatakan kebenarannya kepadamu, melalui kuasa Roh Kudus.

“Dan melalui kuasa Roh Kudus kamu dapat mengetahui kebenaran tentang semua hal.”27

Suadara dan suadari, saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi kita ingin kita mencari pengetahuan sekarang. Kata-kata nabi Helaman teriak dari tanah: “Ingtlah, ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasan-mu … , }, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh.”28Sesungguhnya, kita tidak akan jatuh.

Landasannya ialah Yesus Kristus. Dialah “Batu dari Syurga” 29 Apabila kita membina rumah kita di atas Dia, hujan dari zaman terakhir boleh turun, air banjir boleh datang, dan angin boleh tiup, tetapi kita tidak akan jatuh, kerana rumah dan keluarga kita akan didirikan di atas Kristus.30

Saya bersaksi bahawa rumah seperti ini adalah “rumah kemuliaan.”31 Di sana kita berkumpul bersama untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi kita dalam nama anak Terkasih-Nya. Di sana kita memuliakan dan beri kesyukuran kepada Mereka. Di sana kita terima Roh Kudus dan “perjanjian yang dia memberi kepada kita iatu kehidupan abadi, bahkan kemuliaan kerajaan selestial.”32

Saya memberi kesaksian istimewa saya bahawa Juruselamat kita, Yesus Kristus, hidup. Bapa Syurgawi kita yang abadi mengasihi dan memelihara kita. Roh Kudus bersaksi bahawa inilah benar. Dalam nama Yesus Kristus, amin.