2010–2019
Menyelamat dalam Perpaduan
Oktober 2014


Menyelamat dalam Perpaduan

Untuk menolong Penyelamat, kita harus bekerja bersama dalam perpaduan dan harmoni. Setiap orang, setiap posisi dan setiap panggilan, adalah penting

Kita selalu dengar Presiden Thomas S.Monson berkata, “Keluar dan menyelamat”. 1 Satu cerita dalam Perjanjian Baru datang kepada saya. Ia ialah satu illustrasi yang sempurna tentang bagaimana ahli gereja dan mubaligh boleh bekerja bersama dengan perpaduan dalam majlis cabang untuk keluar dan menyelamat. Cerita itu terdapat di Markus 2:1–5. Saya mendapati bahawa pengalaman yang Yesus gunakan untuk mengajar kita beberapa doktrin dan prinsip sentiasa memberi inspirasi dan senang difahami.

Salah satu watak dalam cerita ini ialah seorang lelaki dengan palsi, seseorang yang tidak dapat bergerak tanpa pertolongan. Lelaki ini hanya boleh tinggal di rumah dan menunggukan pertolongan.

Pada zaman kita ia boleh berlaku seperti ini. Empat orang akan melawat seorang lelaki dengan palsi.Mereka sedang memenuhi satu tugas yang diberikan oleh Uskup mereka. Saya boleh menggambarkan salah seorang daripada mereka dari Lembaga Pertolongan, salah seorang daripada Imamat Melkisedek, salah satu lagi dari Imamat Harun dan terakhir tapi bukan kurang ialah seorang mubaligh. Dalam mesyuarat cabang yang terakhir, selepas kaunseling bersama tentang keperluan beberapa individu, uskup memberikan tugas “menyelamat”. Mereka tidak boleh menunggu untuk dia pergi ke gereja dengan sendiri. Mereka perlu membuat lawatan ke rumah. Mereka perlu mencari dia dengan melawat dia, dan mereka pergi. Lelaki itu sedang dibawa ke Yesus.

“Ada orang-orang datang membawa kepada-Nya seorang lumpuh, digotong oleh empat orang.” (Markus 2:3)

Tetapi bilik itu terlalu sesak.Mereka tidak boleh masuk melalui pintu. Saya pasti mereka cuba dengan sedaya upaya mereka, tetapi tidak boleh masuk. Pelan tidak terjadi seperti yang mereka harapkan. Terdapat halangan dalam “penyelamatan” mereka.Tetapi mereka tidak mengalah. Mereka tidak membiarkan lelaki dengan palsi itu di pintu. Mereka berbincang tentang apa yang perlu dilakukan –macam mana mereka boleh bawakan lelaki itu kepada Yesus Kristus untuk penyembuhan. Kerja untuk menolong Yesus Kristus dalam menyelamatkan jiwa, kepada mereka, adalah tidak terlalu membebankan. Mereka mempunyai satu pelan-ia bukan mudah, tetapi mereka melakukanya.

“Tetapi mereka tidak dapat membawanya kepada-Nya kerana orang banyak itu, lalu mereka membuka atap yang di atas-Nya; sesudah terbuka mereka menurunkan tilam, tempat orang lumpuh itu terbaring.” (Markus 2:4)

Mereka bawa dia ke atas bumbung. Kita menganggap tidak ada tangga diluar untuk mereka naik, ia mengambil mereka satu masa yang lama untuk membawa mereka semua ke atas bumbung. Saya rasa ia berlaku begini, remaja putera dari cabang naik ke bumbung dahulu. Dia muda dan penuh dengan tenaga, perkara ini tidak terlalu susah untuk dia. Rakan guru pelawat dari quorum Imamat Melkisedik dan mubaligh sepenuh masa akan menolak dengan kuat dari bawah. Saudari dari Lembaga Pertolongan akan pasti mengingatkan mereka tentang keselamatan dan memberi perkataan yang mendorong mereka. Para lelaki kemudian akan membuka bumbung dan wanita dari Lembaga Pertolongan akan memberikan kata-kata lembut kepada lelaki itu sambil dia menunggu untuk disembuhkan-untuk dapat bergerak semula dan untuk bebas.

Tugas menyelamat memerlukan semua untuk bekerja bersama. Pada waktu yang genting, ia memerlukan koordinasi yang berhati-hati untuk menurunkan lelaki dangan palsi itu dari bumbung. Empat orang itu harus bekerja dalam perpaduan dan harmoni. Tidak boleh terdapat perbalahan antara mereka. Mereka harus menurunkan lelaki itu dengan masa yang sama. Jika seorang daripada mereka melepaskan tali dengan terlalu laju daripada tiga yang lain, lelaki itu akan jatuh dari katilnya. Dia tidak boleh memegang dirinya disebabkan situasi dia yang lemah.

Untuk menolong Juruselamat, kita harus bekerja bersama dengan perpaduan dan harmoni. Semua orang, setiap posisi dan setiap panggilan adalah penting. Kita harus bersatu dalam Tuhan kita Yesus Kristus.

Untuk menolong Juruselamat, kita harus bekerja bersama dengan perpaduan dan harmoni. Semua orang, setiap posisi dan setiap panggilan adalah penting. Kita harus bersatu dalam Tuhan kita Yesus Kristus. Akhirnya, lelaki yang sakit dengan palsi itu diletakkan di depan Yesus. “Ketika Yesus melihat iman mereka, berkatalah Ia kepada orang lumpuh itu: “Hai anak-Ku, dosamu sudah diampuni!” (Markus 2:5).Yesus menunjukkan rahmat kepada dia dan menyembuhkan dia-bukan sahaja secara fizikal tetapi secara rohani: “Hai anak-Ku, dosamu sudah diampuni!” Bukankah ia indah ? Bukankah kita semua mahukan ia terjadi kepada kita ? Sudah tentu saya mahukanya.

Adakah kita tahu sesiapa dalam hidup kita yang ditimpa palsi secara rohani, seseorang yang tidak boleh pergi ke Gereja dengan sendiri ? Dia mungkin seorang anak kita, ibu bapa kita, suami atau isteri kita, atau seorang kawan.

Dengan banyaknya mubaligh sepenuh masa yang terdapat sekarang dalam setiap unit Gereja, ia adalah bijak untuk uskup dan presiden cabang untuk menggunakan majlis cabang dengan lebih baik. Uskup boleh menjemput setiap ahli majlis untuk menulis satu senarai nama orang yang memerlukan pertolongan. Ahli dalam majlis cabang akan berbincang bersama dengan teliti tentang cara yang terbaik untuk menolong mereka. Uskup akan dengar dengan teliti idea ini dan membuat tugasan.

Mubaligh sepenuh masa ialah satu sumber yang besar dalam cabang dalam tugas menyelamat ini. Mereka adalah muda dan penuh dengan tenaga. Mereka suka untuk mendapat senarai nama untuk dikerjakan. Mereka amat menikmati peluang bekerja dengan ahli cabang mereka. Mereka tahu ia ialah peluang yang bagus untuk mereka dalam mencari orang. Mereka adalah setia untuk membangunkan kerajaan Tuhan. Mereka mempunyai kesaksian yang kuat bahawa mereka akan menjadi seperti Kristus apabila mereka mengambil bahagian dalam tugas menyelamat.

Sebelum saya tutup, saya akan kongsikan satu lagi harta yang tersorok dalam ayat suci ini. Dalam baris 5: “Yesus melihat iman mereka”(penekanan ditambahkan). Saya tidak menyedari perkara ini dahulu - iman mereka. Iman bersepadu kita akan memberi kesan kepada kesejahteraan orang lain.

Siapakah orang yang Yesus sebutkan ? Ia mungkin ialah empat orang penyelamat yang mengangkat lelaki dangan palsi itu, lelaki itu sendiri, orang yang berdoa untuk dia, dan semua mereka yang mendengar yang berada di situ yang mendengar ajaran Kristus dan bersorak dalam hati mereka untuk keajaiban yang akan terjadi itu. Ia boleh termasuk seorang suami atau isteri, seorang ibu bapa, seorang Presiden Lembaga Pertolongan, seorang uskup, dan seorang kawan yang jauh. Kita semua boleh menolong satu sama lain. Kita harus sentiasa cemas dalam penglibatan untuk mencari dan menolong mereka yang berkeperluan.

Saya memberi kesaksian bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan mukjizat. Yesus Kristus menyayangi kita semua dan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan semua dan menyembuhkan, secara fizikal dan secara rohani. Apabila kita menolong Dia dalam misi-Nya untuk menyelamatkan jiwa, kita juga akan diselamatkan dalam proses itu. Saya memberi kesaksian dalam nama-Nya yang suci, Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Sebagai Contoh lihat Thomas S. Monson, “Our Responsibility to Rescue,” EnsignorLiahonaOkt 2013, 5.