2010–2019
Di Manakah Arah Pandangan Mu?
Oktober 2014


Di Manakah Arah Pandangan Mu?

Memuaskan orang lain terdahulu sebelum memuaskan Tuhan membalikkan perintah hebat pertama dan kedua.

“Di mana arah pandanganmu?” Presiden Boyd K. Packer memeranjatkan saya dengan soalan yang membingungkan ketika tugas pertama saya sebagai ahli tujuh puluh baru. Tanpa jawapan untuk soalan tersebut, saya bingung. “Seorang tujuh puluh,” dia menyambung, “bukanlah wakil ahli-ahli kepada nabi, tetapi nabi kepada ahli gereja. Jangan sekali-kali lupa di mana arah pandangan kamu!” Itu pengajaran yang hebat.

Memuaskan orang lain terdahulu sebelum memuaskan Tuhan membalikkan perintah hebat pertama dan kedua (lihat Matius 22:37–39). Ia merupakan penglupaan ke mana arah pandangan kita. Kita semua telah melakukan kesalahan tersebut kerana takutkan orang. Dalam Yesaya Tuhan memberi amaran, “Janganlah takut akan teguran manusia” (Yesaya 51:7; lihat juga 2  Nefi 8:7). Dalam mimpi Lehi, ketakutan ini disebabkan oleh ejekan dan tundingan jari dari bangunan besar dan lapang, ramai lupa arah yang dipandang dan meninggalkan pokok itu dengan “malu” (lihat1  Nefi 8:25–28).

Pengaruh rakan akan cuba mengubah sikap seseorang, jika bukan tingkah laku, dengan membuat kita rasa bersalah. Kita ingin hidup damai bersama mereka yang menuding jari, tetapi apabila ketakutan ini menggoda kita untuk mengampunkan dosa, ia menjadi satu “perangkap” sepertimana dalam buku Amsal (lihat Amsal 29:25). Perangkap ini mengumpan perasaan belas kasihan kita untuk mengizinkan atau membenarkan sesuatu yang menyalahi Tuhan. Bagi mereka yang beriman lemah, ia boleh menjadi suatu penyekatan besar. Contohnya, mubaligh-mubaligh muda yang membawa ketakutan terhadap pendapat orang ke padang misi dan gagal melaporkan ketidakpatuhan rakan mereka yang nyata kepada presiden misi kerana takut menyinggung perasaan rakan nakal. Keputusan yang baik dibuat dengan mengingati aturan perintah hebat pertama dan kedua (lihat Matius 22:37–39). Apabila mubaligh-mubaligh keliru ini sedar bahawa mereka perlu menjawab kepada Tuhan dan bukanlah rakan mereka, ia patut memberi mereka keberanian untuk membuat apa yang perlu.

Pada umur muda 22 tahun, Joseph Smith juga lupa arah mana dia pandang apabila dia berkali-kali meminta Tuhan untuk membenarkan Martin Harris meminjam 116 mukasurat manuskrip. Mungkin Joseph terhutang budi terhadap sokongan Martin. Kita tahu Joseph inginkan saksi lain bersamanya untuk menghadapi kedukaan pemalsuan dan penipuan yang disebar mengenainya.

Tidak kira apa jua sebab Joseph, atau sepatutnya mungkin, Tuhan tidak mendalihnya dan mencela Joseph dengan tajam: “Betapa sering kamu telah melanggar perintah  … dan telah meneruskan dalam bujukan manusia. Kerana, lihatlah, kamu hendaknya tidak lebih takutkepada manusia daripada kepada Tuhan.” (A&P 3:6–7; penekanan ditambah). Pengalaman perih ini membantu Joseph untuk ingat, selama dan seterusnya, di manakah dia pandang.

Apabila seseorang ingin menjaga muka dengan orang, mereka hilang kepercayaan Tuhan. Seseorang yang beranggapan boleh menggembirakan Tuhan dan mengampunkan ketidakpatuhan orang lain pada masa yang sama bukannya berlaku neutral tetapi bersikap memperdaya, atau bermuka dua atau cuba “melayani dua majikan” (Matius 6:24; 3 Nefi 13:24).

Sudah tentu keberanian diperlukan untuk menghadapi kebahayaan, tetapi lambang keberanian sebenar adalah dengan mengatasi ketakutan terhadap manusia. Contohnya, doa-doa Danial membantunya menghadapi singa, tetapi apa yang membuatnya perkasa adalah apabila dia menentang Raja Darius (lihat Danial 6). Keberanian tersebut ialah kurniaan Roh kepada mereka yang takuti Tuhan dan mengucapkan doa-doa mereka. Doa-doa Permaisuri Ester juga telah memberi keberanian yang sama untuk menghadapi suaminya, Raja Ahaseurus, walaupun dia tahu dia merisikokan nyawanya kerana berlaku sedemikian (lihat  Ester4:8–16).

Keberanian bukan sahaja salah satu sifat baik asas, tetapi seperti pengamatan C.S. Lewis: “Keberanian adalah … rupa setiap sifat baik di ketika keberanian diuji. … Pilate berbelas kasihan sehinggalah ia menjadi terlalu membahayakan.”1 Raja Herod bersedih apabila di minta untuk memancung Yohanes Pembaptis tetapi ingin menggembirakan “mereka yang duduk bersamanya untuk makan” (Matias 14:9). Raja Noah bersedia untuk membebaskan Abinadi sehinggalah tekanan daripada imam-imam jahat menyebabkannya tumbang (lihat Mosia 17:11–12). Raja Saul melanggar perintah Tuhan dengan menyimpan rampasan dari peperangan kerana dia “takuti manusia, dan mematuhi suara mereka” (1 Samuel 15:24). Untuk membujuk rakyat Israel yang derhaka di kaki gunung Sinai, Aaron membentuk suatu anak lembu emas, melupai di mana arah pandangnya (lihat Keluaran 32). Ramai pemerintah Perjanjian Baru “percaya akan [Tuhan]; tetapi kerana ahli-ahli Farisi mereka tidak mengakui Nya, takut mereka akan di letak di luar saumaah: Kerana mereka menyayangi pujaan manusia daripada pujaan Tuhan” (Yohanes 12:42–43). Ayat-ayat suci penuh dengan contoh-contoh sedemikan.

Sekarang dengarlah beberapa contoh yang mengilhamkan:

  • Mormon: “Lihatlah, aku berbicara dengan keberanian, memiliki wewenang dari Tuhan; dan aku tidak takut terhadap apa yang dapat dilakukan oleh manusia; kerana kasih yang sempurna menyingkirkan segala ketakutan.” (Moroni 8:16; penekanan ditambahkan).

  • Nefi: “Oleh kerana itu, hal-hal yang menyenangkan bagi dunia aku tidak akan dituliskan, tetapi hal-hal yang menyenangkan bagi Tuhan dan bagi mereka yang bukan dari dunia ini” (1 Nefi 6:5).

  • Panglima Moroni: “Lihatlah, aku Moroni, panglima utamamu. Aku tidak mengupayakan kekuasaan, tetapi untuk meruntuhkannya. Aku tidak mengupayakan kehormatan dunia, tetapi kemuliaan Tuhanku, dan kebebasan dan kesejahteraan negeriku” (Alma 60:36)

Moroni mempunyai keberanian hebat dalam mengingati di mana dia memandang sehinggalah dia dikatakan, “Jika semua orang dahulu, dan sekarang, dan sentiasa, menyerupai Moroni, lihatlah, kekuatan neraka pun akan tergoncang selama-lamanya; ya iblis sama sekali tidak akan memiliki kuasa atas hati anak-anak manusia” (Alma 48:17).

Nabi-nabi berkurun telah diterkam oleh tundingan jari ejekkan. Kenapa? Menurut ayat-ayat suci, ia kerana “yang bersalah menganggap kebenaran itu susah, kerana ia menyayatkan mereka sampai ke tulang sumsum” (1 Nefi 16:2), atau sepertimana Presiden Harold B. Lee mengamati, “Burung ditembak menggelupur!”2 Pencacian mereka, dalam realiti, ialah perasaan bersalah yang ingin memujuk diri, spertimana Korihor, yang akhirnya mengakui, “Aku selalu mengetahui bahawa ada seorang Tuhan” (Alma 30:52). Korihor berjaya dalam penipuannya sehinggakan dia sungguh percaya penipuannya sendiri (lihat Alma 30:53).

Mereka yang mencaci sering menuduh nabi-nabi ketinggalan zaman atau berfikiran sempit. Mereka cuba memujuk dan juga menekankan Gereja untuk merendahkan piawai Tuhan ke taraf kelakuan tidak senonoh mereka, sepertimana Elder Neal A. Maxwell berkata, “mendorong kepuasan hati sendiri, tetapi bukan pemberbaiki diri dan bertaubatan.”3 Perendahan piawai Tuhan ke tahap kelakuan tidak senonoh masyarakat ialah kemurtadan. Banyak gereja di kalangan orang-orang Nefi dua abad selepas kunjungan Juruselamat mula “meringkaskan” ajaran, pinjaman kata dari Elder Holland. 4

Sambil mendengar ayat ini dari 4 Nefi, carilah selarian dengan hari kita: “Dan terjadilah bahawa apabila dua ratus sepuluh tahun telah berlalu terdapat banyak gereja di negeri itu; ya, terdapat banyak gereja yang mengakui mengenali Kristus, namun mereka menyangkal sebahagian besar daripada Injil-Nya, sedemikan rupa sehingga mereka menerima bermacam-macam kejahatan, dan mengerjakan hal yang kudus kepada dia yang telah dilarang disebabkan ketidaklayakkan” (4 Nefi 1:27).

Sekian lagi di zaman akhir! Terdapat ahli-ahli yang tidak perasan mereka kini sedang jatuh ke dalam perangkap yang sama apabila mereka cuba mendapat penerimaan tempatan atau suku “tradisi [tradisi] bapa mereka” yang tidak selaras dengan budaya injil (A&P 93:39). Yang lain, memperdaya diri dan tidak melayan kehendak hati, memohon atau mendesak uskup-uskup untuk merendahkan piawai rekomen bait suci, sokongan sekolah, atau aplikasi mubaligh. Bukan senang menjadi seorang uskup apabila ditekan sedemikian. Namun, seperti Juruselamat yang membersihkan bait suci untuk mempertahankan kesuciannya (lihat Yohanes 2:15–16), uskup-uskup hari ini dipanggil untuk mempertahankan piawai bait suci dengan tabah. Juruselamat telah berkata, “Aku akan menyatakan diri-Ku kepada umat-Ku dengan belas kasihan  … jika umat-Ku akan menaati perintah-perintahKu, dan tidak mencemari rumuh kudus ini” (A&P 110:7–8).

Juruselamat, Teladan terhebat kita, sentiasa memandang ke Bapa-Nya. Dia menyayangi dan melayani sesama tetapi berkata, “Aku tidak mencari pujian dari manusia” (Yohanes 5:41). Dia inginkan mereka yang diajar untuk mengikut Dia, tetapi dia tidak berlaku atas kehendak mereka. Apabila melakukan badan amal, contohnya menyembuhkan mereka yang sakit, hadiah tersebut sering bersama permintaan untuk “jangan ceritakan kepada sesiapa pun” (Matiis 8:4; Markus 7:36; Lukas 5:14; 8:56;8:56). Sebahagian daripada ini adalah untuk menghindari kemasyhuran yang mengikuti Dia walaupun Dia cuba menghindari (lihat Matius 4:24). Dia mengutuk ahli Farisi yang melakukan kerja amal hanya untuk dilihat oleh orang ramai (lihat Matius 6:5).

Juruselemat, makluk yang paling sempurna, adalah paling berani. Dalam kehidupan-Nya, Dia bersemuka dengan pelbagai penuduh tetapi tidak pernah menyerah kepada jari cacian mereka. Dia sahajalah yang tidak pernah sekali-kali lupa di mana dia memandang: “Aku selalu melakukan apa yang menyenangkan hati-[Nya]” (Yohanes 8:29; penekanan ditambah), dan “Aku tidak mengikuti kemahuan sendiri, melainkan kemahuan Bapa yang mengutus Aku”(Yohanes 5:30).

Di antara 3 Nefi pasal 11 dan 3 Nefi pasal 28, Juruselamat menggunakan gelaran Bapa sebanyak 163 kali, menunjuk dengan jelas kepada orang Nefi bahawa Dia mewakili Bapa- Nya. Dan dari Yohanes pasal 14 hingga  17, Juruselamat menggunakan gelaran Bapa sekurang-kurangnya 50 kali. Dalam apa jua keadaan, Dia ialah pengikut Bapa- Nya yang sempurna. Dia sebegitu sempurna untuk mewakili Bapa- Nya sehinggalah mengenali Juruselamat bagaikan mengenali Bapa kita. Untuk melihat Anak- Nya bagaikan melihat Bapa kita (lihat Yohanes 14:9). Untuk mendengar Anak adalah bagaikan mendengar Bapa kita (lihat Yohanes 5:36). Dia telah, dasarnya, tidak boleh dibezakan daripada Bapa- Nya. Bapa- Nya dan Dia bagaikan satu (lihat Yohanes 17:21–22). Dia ketahui ke mana dia memandang dengan sempurna.

Agar contoh-Nya yang mengilhamkan memperkuatkan kita untuk berhadapan dengan ujian susah dari orang lain atau sendirian. Agar ia memberi keberanian untuk tidak takut atau membenarkan gertakan orang mempengaruh kita. Agar ia mengilhami kita untuk sentiasa berlaku baik secara diam dan tidak “menginginkan kehormatan manusia” (A&P 121:35). Dan agar contoh yang tidak terbanding-Nya membantu kita sentiasa ingat yang mana “perintah pertama dan terhebat” (Matius 22:38). Apabila mereka mendesak untuk kelulusan bagi mengingkari perintah-perintah Tuhan, agar kita sentiasa ingat siapa kita ikuti, dan di mana kita memandang, ialah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. C. S. Lewis, The Screwtape Letters, rev. ed. (1982), 137–38.

  2. Harold B. Lee,dalam  Mine errand from the lord: Selections from the Sermons and Writings of Boyd K. Packer (2008), 356.

  3. Neal A. Maxwell, “Repentence,” Ensign, Nov. 1991, 32.

  4. Jeffrey R. Holland, “Panggilan untuk Menjadi Bagaikan Kristus,” Ensign, June 2014, 33; Liahona, June 2014, 35.