Bantuan Pengkajian
Imamat Harun


Imamat Harun

Imamat yang lebih rendah (Ibr. 7:11ā€“12; A&P 107:13ā€“14). Jawatan-jawatannya ialah uskup, imam, pengajar, dan diaken (A&P 84:30; 107:10, 14ā€“15, 87ā€“88). Secara purba, di bawah hukum Musa, terdapatnya para imam tinggi, imam, dan bangsa Lewi. Kerana bangsa purba Israel memberontak terhadap Tuhan, Musa dan imamat kudus telah diambil dari mereka dan imamat yang lebih rendah diteruskan. Mereka telah menolak untuk dikuduskan dan menerima Imamat Melkisedek dan tatacara-tatacaranya. (Lihat A&P 84:23ā€“26.) Imamat Harun melayani dalam tatacara-tatacara duniawi dan luaran secara hukum dan injil (1Ā Taw. 23:27ā€“32; A&P 84:26ā€“27; 107:20). Ia memegang kunci-kunci pelayanan para malaikat, injil pertaubatan, dan pembaptisan (A&P 13). Imamat Harun telah dipulihkan ke bumi pada zaman keagamaan ini pada Mei 15, 1829. Yohanes Pembaptis menganugerahkannya ke atas Joseph Smith dan Oliver Cowdery berdekatan Harmony, Pennsylvania (A&P 13; JSā€”S 1:68ā€“73).