Bantuan Pengkajian
Yehovah


Yehovah

Perjanjian atau nama yang patut bagi Tuhan Israel. Ia melambangkan ā€œAku yang abadiā€ (Kel. 3:14; Yoh. 8:58). Yehovah ialah Yesus Kristus sewaktu pra-fana dan telah datang ke bumi sebagai putera Maria (Mosia 3:8; 15:1; 3Ā Ne. 15:1ā€“5). Lazimnya, apabila perkataan Tuhan muncul di dalam Perjanjian Lama, ia bermaksud ā€œYehovah.ā€

Yehovah ialah Kristus

Yehovah telah dikenali oleh para nabi zaman dahulu (Kel. 6:3; Abr. 1:16). Rasul Paulus mengajarkan bahawa Kristus ialah Yehovah dari Perjanjian Lama (Kel. 17:6; 1Ā Kor. 10:1ā€“4). Saudara lelaki Yared di dalam Kitab Mormon telah melihat Kristus yang pra-fana dan menyembah-Nya (Eter 3:13ā€“15). Moroni juga menyebut Kristus ā€œYehovahā€ (Moro. 10:34). Di Bait Suci Kirtland, Joseph Smith dan Oliver Cowdery melihat Yehovah yang telah bangkit (A&P 110:3ā€“4).