Yohanes Pembaptis Lihat juga Elias; Imamat Harun Anak lelaki kepada Zakharia dan Elisabet di dalam Perjanjian Baru. Yohanes diutus untuk mempersiapkan orang-orang untuk menerima Mesias (Yoh. 1:19ā27). Dia memegang kunci-kunci Imamat Harun dan membaptis Yesus Kristus. Yesaya dan yang lain bernubuat tentang misi Yohanes, Yes. 40:3 (Mal. 3:1; 1Ā Ne. 10:7ā10; 2Ā Ne. 31:4). Dimasukkan ke dalam penjara dan dipenggal, Mat. 14:3ā12 (Mrk. 6:17ā29). Gabriel mengumumkan kelahiran dan pelayanan Yohanes kepada Zakharia, Luk. 1:5ā25. Yesus mengajarkan bahawa Yohanes Pembaptis ialah seorang nabi besar, Luk. 7:24ā28. Mengakui Yesus ialah Putera Tuhan, Yoh. 1:29ā34. Para pengikut Yohanes menjadi pengikut Yesus, Yoh. 1:25ā29, 35ā42 (Kis. 1:21ā22). Tidak melakukan mukjizat, Yoh. 10:41. Sebagai seorang makhluk yang dibangkitkan, telah diutus untuk mentahbiskan Joseph Smith dan Oliver Cowdery kepada Imamat Harun, A&P 13 (A&P 27:7ā8; JSāS 1:68ā72). Ditahbiskan oleh seorang malaikat ketika dia berusia lapan hari, A&P 84:28.