Petrus
Dalam Perjanjian Baru, Petrus semula dikenal sebagai Simeon atau Simon (2Ā Ptr. 1:1), nelayan dari Betsaida yang tinggal di Kapernaum bersama isterinya. Yesus menyembuhkan ibu mertua Petrus (Mrk. 1:29ā31). Petrus dipanggil bersama adiknya Andreas untuk menjadi pengikut Yesus Kristus (Mat. 4:18ā22; Mrk. 1:16ā18; Luk. 5:1ā11). Nama bahasa Aramianya, Kefas, ertinya āseorang pelihatā atau ābatu,ā diberikan kepadanya oleh Tuhan (Yoh. 1:40ā42; TJS, Yoh. 1:42 [Lampiran]). Sementara Perjanjian Baru menyebut-nyebut beberapa kelemahan fana Petrus, itu juga menunjukkan bahawa dia mengatasinya dan dijadikan kuat melalui imannya kepada Yesus Kristus.
Petrus mengakui bahawa Yesus ialah Kristus dan Putera Tuhan (Yoh. 6:68ā69), dan Tuhan memilihnya untuk memegang kunci-kunci kerajaan di atas bumi (Mat. 16:13ā19). Di Gunung Perubahan Rupa, Petrus melihat Juruselamat yang berubah rupa, seperti juga Musa dan Elias (Elia) (Mat. 17:1ā9).
Petrus adalah Rasul utama pada masanya. Setelah kematian, kebangkitan, dan kenaikan Juruselamat, dia memanggil Gereja bersama dan mengarahkan panggilan seorang Rasul untuk menggantikan Yudas Iskariot (Kis. 1:15ā26). Petrus dan Yohanes menyembuhkan seorang lelaki yang lumpuh sejak lahir (Kis. 3:1ā16) dan secara ajaib dibebaskan dari tahanan (Kis. 5:11ā29; 12:1ā19). Melalui pelayanan Petruslah Injil pertama kali dibukakan kepada orang-orang bukan Israel (Kis. 10ā11). Pada zaman akhir, Petrus, bersama Yakobus dan Yohanes, datang dari syurga dan menganugerahkan Imamat Melkisedek dan kunci-kuncinya ke atas Joseph Smith dan Oliver Cowdery (A&P 27:12ā13; 128:20).
Surat Petrus yang pertama
Surat pertama ditulis dari āBabelā (mungkin Rom) dan dikirim kepada para Orang Suci di tempat yang sekarang disebut Asia Kecil segera setelah Nero mulai menganiaya orang-orang Kristian.
Bab 1 berbicara tentang peran yang ditahbiskan sebelumnya dari Kristus sebagai Penebus. Bab 2ā3 menjelaskan bahawa Kristus adalah batu penjuru utama Gereja, bahawa para Orang Suci memegang imamat yang diraja, dan bahawa Kristus berkhutbah kepada roh-roh di dalam penjara. Bab 4ā5 menjelaskan mengapa Injil dikhutbahkan kepada yang mati dan mengapa para penatua mesti memberi makan kawanan domba.
Surat Petrus yang kedua
Bab 1 mendesak para Orang Suci untuk menjadikan panggilan dan pemilihan mereka pasti. Bab 2 memperingatkan terhadap pengajar palsu. Bab 3 berbicara tentang zaman akhir dan Kedatangan Kedua Kristus.