Bantuan Pengkajian
Moroni, Anak lelaki Mormon


Moroni, Anak lelaki Mormon

Nabi bangsa Nefi terakhir dalam Kitab Mormon (kurang lebih tahun 421Ā M). Tepat sebelum kematian Mormon, dia menyerahkan sebuah catatan sejarah yang disebut kepingan-kepingan Mormon kepada puteranya Moroni (KKM 1:1). Moroni menyelesaikan kepingan-kepingan Mormon. Dia menambahkan bab 8 dan 9 ke dalam kitab Mormon (Morm. 8:1). Dia meringkas dan menyertakan kitab Eter (Eter 1:1ā€“2) dan menambahkan kitabnya sendiri yang disebut kitab Moroni (Moro. 1). Moroni memeteraikan kepingan-kepingan itu dan menyembunyikannya di Bukit Kumora (Morm. 8:14; Moro. 10:2). Pada tahun 1823 Moroni diutus sebagai makhluk yang dibangkitkan untuk mengungkapkan Kitab Mormon kepada Joseph Smith (A&P 27:5; JSā€”S 1:30ā€“42, 45). Dia memberi petunjuk kepada nabi yang muda tersebut tiap tahun dari tahun 1823 sampai tahun 1827 (JSā€”S 1:54) dan akhirnya menyerahkan kepingan-kepingan itu kepadanya pada tahun 1827 (JSā€”S 1:59). Setelah selesai penerjemahan Joseph Smith mengembalikan kepingan-kepingan tersebut kepada Moroni.

Kitab Moroni

Kitab terakhir di dalam Kitab Mormon. Itu ditulis oleh nabi bangsa Nefi terakhir, Moroni. Bab 1ā€“3 menceritakan tentang kehancuran terakhir bangsa Nefi, memberikan ajaran tentang penganugerahan Roh Kudus dan imamat. Bab 4ā€“5 memerincikan cara yang tepat untuk melaksanakan sakramen. Bab 6 meringkas pekerjaan Gereja. Bab 7ā€“8 adalah khutbah tentang asas-asas pertama Injil, termasuk ajaran-ajaran oleh Mormon tentang iman, harapan, dan kasih ihsan serta tentang cara untuk menghakimi yang baik dan yang jahat (Moro. 7), dan penjelasan Mormon bahawa anak-anak kecil hidup di dalam Kristus dan tidak perlu baptisan (Moro. 8). Bab 9 menghuraikan kerosakan akhlak bangsa Nefi. Bab 10 adalah pesan terakhir Moroni dan menyertakan cara untuk mengetahui kebenaran Kitab Mormon (Moro. 10:3ā€“5).