Bantuan Pengkajian
Hagai


Hagai

Seorang nabi Perjanjian Lama yang bernubuat dalam kira-kira 520Ā S.M. di Yerusalem, sebaik selepas orang-orang Yahudi kembali dari pembuangan negeri mereka di Babilonia (Ezr. 5:1; 6:14). Dia berbicara mengenai pembinaan semula bait suci Tuhan di Yerusalem dan menegur orang-orang kerana ia belum lagi diselesaikan. Dia juga menulis mengenai bait suci milenium dan pemerintahan Juruselamat.

Kitab Hagai

Dalam bab 1, Tuhan menegur orang-orang kerana tinggal di dalam rumah-rumah mereka yang telah siap sementara bait suci tetap tidak dibina. Bab 2 mencatatkan nubuat Hagai bahawa Tuhan akan memberikan kedamaian di dalam bait suci-Nya.