Bantuan Pengkajian
Korban


Korban

Pada zaman dahulu, pengorbanan bererti menjadikan sesuatu atau seseorang kudus. Itu sekarang bererti menyerahkan atau membiarkan kehilangan apa yang duniawi bagi Tuhan dan kerajaan-Nya. Ahli Gereja Tuhan hendaknya rela berkorban segala sesuatu bagi Tuhan. Joseph Smith mengajarkan bahawa ā€œsuatu agama yang tidak menuntut pengorbanan segala sesuatu tidak pernah memiliki kekuatan yang cukup untuk menghasilkan iman yang diperlukan bagi kehidupan dan keselamatan.ā€ Dalam perspektif abadi, berkat-berkat yang didapatkan melalui pengorbanan lebih besar daripada apa pun yang diserahkan.

Setelah Adam dan Hawa diusir dari Taman Eden, Tuhan memberi mereka hukum pengorbanan. Hukum ini termasuk mempersembahkan yang sulung dari ternak mereka. Pengorbanan ini melambangkan pengorbanan yang akan dibuat oleh Putera Tunggal Tuhan (Musa 5:4ā€“8). Praktik ini berlanjut sampai kematian Yesus Kristus, yang mengakhiri pengurbanan hewan sebagai tatacara Injil (Alma 34:13ā€“14). Di dalam Gereja dewasa ini ahli mengambil sakramen roti dan air sebagai ingatan akan pengorbanan Yesus Kristus. Ahli Gereja Kristus dewasa ini juga diminta untuk mempersembahkan korban hati yang hancur dan jiwa yang menyesal (3Ā Ne. 9:19ā€“22). Ini bererti bahawa mereka rendah hati, penuh pertaubatan, dan bersedia mematuhi perintah-perintah Tuhan.