Harmagedon
Nama Harmagedon berasal dari bahasa Ibrani Har Megiddon, bermaksud āgunung Megido.ā Lembah Megido berada di bahagian barat dataran Esdraelon, lima puluh batu (lapan puluh kilometer) di utara Yerusalem, dan merupakan tapak beberapa pertempuran sengit dalam zaman Perjanjian Lama. Sebuah konflik besar dan terakhir yang akan terjadi menjelang masa Kedatangan Kedua Tuhan dipanggil pertempuran Harmagedon kerana ia akan bermula pada lokasi yang sama. (Lihat Yeh. 39:11; Za. 12ā14, terutamanya 12:11; Why. 16:14ā21.)