Bantuan Pengkajian
Syurga


Syurga

Istilah syurga memiliki dua maksud asas di dalam tulisan suci. (1) ia adalah tempat di mana Tuhan tinggal dan kediaman bagi para Orang Suci di masa hadapan (Kej. 28:12; Mzm. 11:4; Mat. 6:9). (2) Ia adalah suatu bentangan di sekeliling bumi (Kej. 1:1, 17; Kel. 24:10). Syurga secara nyatanya bukanlah firdaus, yang mana ialah tempat sementara bagi roh-roh orang setia yang pernah hidup dan mati di atas bumi ini. Yesus mengunjungi firdaus selepas kematian-Nya di atas kayu salib, tetapi pada hari yang ketiga, Dia memaklumkan kepada Maria bahawa Dia belum lagi pergi kepada Bapa (Luk. 23:39ā€“44; Yoh. 20:17; A&P 138:11ā€“37).