Bantuan Pengkajian
Dan


Dan

Dalam Perjanjian Lama, merupakan seorang anak lelaki kepada Yakub dan Bilha, hamba perempuan Rahel (Kej. 30:5ā€“6).

Suku Dan

Untuk berkat Yakub ke atas Dan, lihat Kejadian 49:16ā€“18. Bagi berkat Musa ke atas suku Dan, lihat Ulangan 33:22. Selepas mereka menetap di Kanaan, suku Dan menerima sebuah negeri yang kecil tetapi amat subur (Yos. 19:40ā€“48). Mereka mempunyai banyak kesukaran untuk melindunginya daripada orang Amori (Hak. 1:34) dan daripada orang Filistin (Hak. 13:2, 25; 18:1). Hasilnya, suku Dan berpindah ke utara Palestin (Hak. 18), sekitar Lais, dan menamakan semula kota tersebut sebagai Dan. Kota ini terkenal sebagai had bahagian utara Palestin, yang berlanjutan ā€œdari Dan bahkan sehingga ke Bersyeba.ā€