Bantuan Pengkajian
Nauvoo, Illinois (AS)


Nauvoo, Illinois (AS)

Sebuah kota yang didirikan oleh para Orang Suci Zaman Akhir pada tahun 1839 di Negara Bahagian Illinois. Itu terletak di Sungai Mississippi, hampir dua ratus batu (320 kilometer) ke hulu sungai tersebut dari St. Louis.

Kerana penganiayaan di Negara Bahagian Missouri, para Orang Suci pindah kira-kira dua ratus batu ke timur laut, menyeberangi Sungai Mississippi, dan ke Illinois, di mana mereka menemukan keadaan yang lebih berkenan. Pada akhirnya, para Orang Suci membeli tanah di dekat Kota Commerce yang belum berkembang. Tanah ini sebetulnya adalah padang belantara berpaya dengan hanya beberapa bangunan sederhana. Para Orang Suci mengeringkan tanah tersebut dan mendirikan rumah-rumah. Joseph Smith memindahkan keluarganya ke dalam sebuah rumah kayu balak yang kecil. Nama Kota Commerce diubah menjadi Nauvoo, menurut kata bahasa Ibrani untuk ā€œindah.ā€

Beberapa bahagian dari Ajaran dan Perjanjian dicatat di Nauvoo (A&P 124ā€“129; 132; 135). Para Orang Suci diberitahu untuk membangun sebuah bait suci di Nauvoo (A&P 124:26ā€“27). Mereka membangun bait suci dan mengaturkan pancang-pancang Sion sebelum dihalau dari rumah-rumah mereka pada tahun 1846. Sebagai akibat dari penganiayaan ini, para Orang Suci meninggalkan kawasan tersebut dan mengadakan perjalanan mereka ke barat.