Bantuan Pengkajian
Penyaliban


Penyaliban

Sebuah bentuk hukuman Rom, adalah lazim semasa zaman Perjanjian Baru, yang mana seseorang dihukum mati dengan mengikat atau memaku tangan dan kakinya pada sebuah salib. Ia biasanya dilakukan hanya pada para hamba dan para penjenayah yang terbawah sekali. Penyaliban sering didahulukan dengan dipukul dengan cambuk atau sebatan (Mrk. 15:15). Orang yang akan disalibkan biasanya disuruh untuk memikul salibnya sendiri ke tempat pelaksanaan hukuman (Yoh. 19:16ā€“17). Pakaiannya biasanya diambil oleh para askar yang melaksanakan hukuman tersebut (Mat. 27:35). Salib tersebut ditanam ke dalam tanah supaya kaki orang itu hanya berada satu atau dua kaki panjangnya dari atas tanah. Salib tersebut diawasi oleh para askar sehingga orang itu mati di atas salib, yang kadang kala mengambil masa selama tiga hari (Yoh. 19:31ā€“37).

Yesus Kristus telah disalibkan kerana sekumpulan orang yang tidak percaya membuat dakwaan palsu terhadap-Nya dengan hasutan terhadap Kaisar dan nista kerana Dia berkata Dia ialah Putera Tuhan. Sehelai jubah ungu (Yoh. 19:2), sebuah mahkota berduri, dan penghinaan yang lain telah diberikan kepada Yesus (Mat. 26:67; Mrk. 14:65).