Scripture Stories
Bab 10: Yakub dan Serem


Bab 10

Yakub dan Serem

Imej
Nefi memberikan kepingan-kepingan kepada Yakub

Sebelum Nefi mati, dia memberikan kepingan-kepingan yang ditulisnya kepada saudara kecilnya Yakub. Yakub seorang yang soleh.

Imej
Yakub menulis pada kepingan-kepingan

Nefi memberitahu Yakub untuk menulis hal-hal yang akan membantu bangsanya percaya kepada Yesus Kristus.

Imej
Nefi memberkati Yakub

Nefi berikan Yakub kuasa untuk menjadi seorang imam dalam Gereja dan mengajar bangsa Nefi firman Tuhan.

Imej
Yakub mengajar orang ramai

Selepas Nefi mati, kebanyakan bangsa Nefi menjadi jahat. Yakub mengajar bangsanya dan menyuruh mereka untuk bertaubat akan hal-hal jahat yang mereka sedang lakukan.

Imej
Ajaran Serem

Seorang yang jahat bernama Serem pergi di kalangan bangsa Nefi, mengajar mereka untuk tidak percaya kepada Yesus Kristus.

Imej
Serem

Serem memberitahu orang ramai bahawa tidak akan ada Kristus. Banyak orang percaya Serem.

Imej
Serem berdebat dengan Yakub

Yakub mengajar orang ramai untuk percaya kepada Kristus. Serem berdebat dengan Yakub dan memujuknya bahawa tidak akan ada Kristus.

Imej
Yakub dan Serem

Iman Yakub kepada Yesus Kristus tidak dapat digoncangkan. Dia telah melihat para malaikat dan telah dengar suara Tuhan. Dia tahu Yesus akan datang.

Imej
Yakub bersaksi kepada Serem

Roh Kudus bersama dengan Yakub semasa dia memberi kesaksian tentang Yesus Kristus kepada Serem.

Imej
Serem meminta suatu tanda

Serem minta untuk melihat suatu tanda. Dia mahu Yakub untuk membuktikan adanya seorang Tuhan. Dia mahu melihat suatu mukjizat.

Imej
Yakub

Yakub tidak akan meminta Tuhan untuk suatu tanda. Dia berkata bahawa Serem sudah tahu apa yang Yakub ajar adalah benar.

Imej
Yakub dan Serem

Yakub berkata jika Tuhan mendera Sherem, itulah suatu tanda kuasa Tuhan.

Imej
Serem jatuh

Serem jatuh dengan segera. Dia sudah banyak hari tidak dapat berdiri.

Imej
Serem

Serem sudah lemah dan tahu dia akan mati. Dia memanggil orang ramai.

Imej
Serem berbicara dengan orang ramai

Dia memberitahu mereka bahawa dia telah berbohong. Dia berkata mereka harus percaya kepada Kristus.

Imej
Serem

Selepas Serem mengahiri pembicaraan kepada orang ramai, dia mati. Orang ramai dapat merasa kuasa Tuhan dan mereka jatuh ke tanah.

Imej
Yakub bersama orang lain

Orang ramai mula bertaubat dan membaca tulisan suci. Mereka hidup dengan damai dan kasih. Yakub bergembira dan tahu bahawa Tuhan telah menjawab doanya.