Scripture Stories
Bab 40: Samuel si bangsa Laman berbicara tentang Yesus Kristus


Bab 40

Samuel si bangsa Laman berbicara tentang Yesus Kristus

Imej
bangsa Laman berjalan

Bangsa Laman mematuhi perintah-perintah Tuhan. Mereka menjadi lebih soleh daripada bangsa Nefi.

Imej
Samuel berkhutbah kepada bangsa Nefi

Samuel, seorang nabi bangsa Laman, pergi ke Zarahemla untuk berkhutbah kepada bangsa Nefi yang jahat. Dia menyuruh mereka untuk bertaubat.

Imej
Samuel berlari daripada pengawal bangsa Nefi

Bangsa Nefi mengusir Samuel keluar dari kota, dan dia mula pulang ke negerinya.

Imej
Samuel berdoa

Tetapi Tuhan memerintah Samuel untuk kembali ke Zarahemla dan memberitahu rakyat itu hal-hal yang Tuhan akan letakkan ke dalam hatinya.

Imej
Samuel berkhutbah dari tembok dinding

Bangsa Nefi tidak membenarkan Samuel kembali ke dalam kota, maka dia memanjat ke atas tembok dinding kota dan berkhutbah dari situ.

Imej
rakyat mendengar Samuel

Dia menubuat bahawa bangsa Nefi akan dimusnahkan dalam 400 tahun sekiranya rakyat bertaubat dan beriman kepada Yesus Kristus.

Imej
Samuel berbicara

Samuel memberitahu bangsa Nefi bahawa Yesus Kristus akan dilahirkan dalam lima tahun dan dia akan menyelamatkan semua yang percayai Dia.

Imej
bintang di atas Betlehem

Samuel memberitahu mereka tentang tanda-tanda kelahiran Yesus. Sebuah bintang baru akan muncul, dan pada malam sebelum Yesus akan dilahir, ia tidak akan menjadi gelap.

Imej
para lelaki duduk dalam kegelapan.

Samuel memberitahu mereka tentang tanda-tanda kelahiran Yesus. Akan ada kegelapan selama tiga hari–matahari, bulan dan bintang tidak akan bersinar.

Imej
Kilat menghentam bangunan

Juga akan ada petir, kilat dan gempa bumi. Gunung ganang akan menderai dan banyak kota akan dimusnahkan

Imej
bangsa Nefi berbicara dengan Nefi

Ada beberapa bangsa Nefi percaya Samuel dan bertaubat atas dosa-dosa mereka. Mereka pergi mencari Nefi, seorang bangsa Nefi soleh yang boleh membaptiskan mereka.

Imej
rakyat melepaskan anak panah kepada Samuel

Bangsa Nefi yang selebihnya tidak percaya Samuel. Mereka membaling batu dan melepaskan anak panah kepada dia. Tetapi Tuhan melindungi dia, dan tiada batu atau anak panah mengenakannya.

Imej
bangsa Nefi melepaskan anak panah

Apabila rakyat melihat bahawa dia tidak dapat dikenakan, lebih banyak orang mempercayai dia dan pergi ke Nefi untuk dibaptis.

Imej
Nefi membaptiskan lelaki

Nefi juga mengajar orang ramai tentang Yesus. Dia mahu mereka percaya kepada Yesus, bertaubat dan dibaptiskan.

Imej
lelaki memanjat tangga

Tetapi kebanyakan bangsa Nefi tidak percaya Samuel. Mereka cuba menangkap dia.

Imej
Samuel melompat dari tembok dinding

Samuel melompat ke bawah dari tembok dinding dan lari ke negerinya.

Imej
Samuel mengajar bangsa Laman

Samuel mula mengajar bangsa Laman. Dia tidak pernah lagi didengari di kalangan bangsa Nefi.