Scripture Stories
Bab 50: Bangsa Yared Meninggalkan Babel


Bab 50

Bangsa Yared Meninggalkan Babel

Imej
Yared dan saudara lelakinya sedang bercakap

Yared dan saudara lelakinya ialah orang soleh yang tinggal di sebuah kota bernama Babel. Mereka hidup beratus-ratus tahun sebelum bangsa Nefi.

Imej
orang jahat di Babel

Kebanyakan rakyat di Babel adalah jahat. Mereka membina menara untuk cuba masuk ke syurga. Tuhan menjadi marah dan mengubah bahasa mereka.

Imej
Yared bercakap kepada saudara lelakinya

Yared meminta saudara lelakinya untuk berdoa dan meminta Tuhan supaya tidak mengubah bahasa keluarga dan sahabat mereka.

Imej
saudara lelaki Yared sedang berdoa

Saudara lelaki Yared berdoa, dan Tuhan menjawab doanya. Jared, saudara lelakinya, dan keluarga dan sahabat mereka masih dapat memahami satu sama lain.

Imej
Yared dan keluarganya meninggalkan negeri

Tuhan memberitahu saudara lelaki Yared untuk mengumpulkan keluarganya dan sahabatnya dan meninggalkan negeri itu. Mereka mengambil kawanan ternakan mereka dan semua jenis benih bersama mereka.

Imej
Bangsa Yared mengembara

Tuhan berfirman bahawa dia akan memimpin bangsa Yared ke negeri yang dijanjikan.

Imej
Bangsa Yared

Bangsa Yared menangkap burung dan ikan untuk dibawa bersama mereka.

Imej
lebah madu

Mereka mengambil kawanan lebah madu.

Imej
Bangsa Yared mengembara

Bangsa Yared mengembara ke padang belantara. Tuhan bercakap kepada mereka dari awan dan memberitahukan mereka jalan mana yang untuk pergi.

Imej
Bangsa Yared

Tuhan mengatakan bahawa orang ramai yang hidup di negeri yang dijanjikan mesti melayani Tuhan atau mereka akan dimusnahkan.

Imej
Bangsa Yared berkhemah di tepi laut

Ketika bangsa Yared sampai ke tepi laut, mereka mendirikan khemah mereka. Mereka tinggal di tepi laut selama empat tahun.