Scripture Stories
Bab 9: Rumah Baru di Negeri yang Dijanjikan


Bab 9

Rumah Baru di Negeri yang Dijanjikan

Imej
negeri yang dijanjikan

Kapal yang membawa keluarga Lehi menyeberangi laut dan tiba di negeri yang dijanjikan. Mereka mendirikan khemah mereka.

Imej
menanam benih

Mereka menyediakan tanah dan menanam benih yang telah mereka bawa.

Imej
banyak binatang

Semasa mereka mengembara di negeri baru mereka, mereka menjumpai pelbagai jenis binatang. Mereka juga menjumpai emas, perak dan tembaga.

Imej
Nefi sedang menulis

Tuhan memberitahu Nefi untuk membuat kepingan-kepingan bijih untuk menulis. Nefi menulis tentang keluarganya dan perjalanan mereka. Dia juga menulis firman Tuhan.

Imej
Lehi bercakap dengan keluarga

Lehi semakin tua. Sebelum dia meninggal, dia bercakap dengan anak-anaknya dan menyuruh mereka mematuhi perintah Tuhan. Dia juga memberkati cucu-cucunya.

Imej
Laman dan Lemuel marah dengan Nefi

Selepas Lehi meninggal Laman dan Lemuel menjadi marah dengan Nefi dan ingin membunuhnya. Mereka tidak mahu Nefi, adik mereka, menjadi pemerintah mereka.

Imej
Nefi berangkat dengan orang ramai yang soleh

Tuhan memberitahu Nefi untuk memimpin orang ramai yang soleh ke padang belantara. Mereka mengembara selama beberapa hari dan akhirnya berhenti di sebuah tempat yang mereka namakan Nefi.

Imej
orang ramai bercakap

Orang-orang yang mengikuti Nefi mematuhi Tuhan. Mereka bekerja keras dan diberkati. Nefi mengajar bangsanya untuk membina dengan kayu dan besi. Mereka telah membina bait suci yang cantik.

Imej
Bangsa Laman

Pengikut Laman dan Lemuel dipanggil bangsa Laman.

Imej
Bangsa Laman

Bangsa Laman tidak patuhi Tuhan dan disingkirkan dari hadirat-Nya. Roh Tuhan tidak dapat bersama mereka sehingga mereka bertaubat.

Imej
bangsa Laman berperang dengan bangsa Nefi

Bangsa Laman sangat jahat dan sering berperang dengan bangsa Nefi.