Scripture Stories
Bab 5: Perjalanan ke Padang Belantara


Bab 5

Perjalanan ke Padang Belantara

Imej
saudara-saudara berjalan di pasir gurun

Tuhan inginkan anak-anak lelaki Lehi mempunyai isteri-isteri yang akan mengajar injil kepada anak-anak mereka. Dia memberitahu Lehi supaya menghantar anak-anak lelakinya pulang ke Yerusalem untuk membawa keluarga Ismael.

Imej
Nefi berbicara dengan Ismael

Nefi dan saudara-saudara pulang ke Yerusalem Mereka memberitahu Ismael bahawa Tuhan mahu dia melakukannya. Ismael percaya mereka, dan dia bersama keluarganya pergi dengan anak-anak perempuan Lehi.

Imej
Laman dan Lemuel marah terhadap Nefi

Apabila mereka pergi ke padang belantara, Laman dan Lemuel, dan beberapa ahli keluarga Ismael menjadi marah. Mereka mahu pulang ke Yerusalem.

Imej
Nefi bercakap dengan Laman dan Lemuel

Nephi mengingatkan Laman dan Lemuel segala Tuhan telah melakukan untuk mereka. Dia memberitahu mereka untuk memiliki iman lebih besar. Mereka sangat marah terhadap Nefi tetapi tidak pulang ke Yerusalem.

Imej
pasangan berkahwin

Kemudian Nefi, saudara-saudaranya, dan Zoram berkahwin dengan anak-anak perempuan Ismael.

Imej
Lehi memegang Liahona

Tuhan memberitahu Lehi untuk teruskan perjalanannya. Esok pagi, Lehi menjumpai sebuah bola loyang dipanggil Liahona di luar khemahnya. Ia menunjukkan arah perjalanan di padang belantara.

Imej
Keluarga membuat perjalanan

Keluarga Lehi mengumpul makanan, benih-benih dan mengambil khemah-khemah mereka. Mereka sudah banyak hari membuat perjalanan di padang belantara, mengikuti arahan-arahan dari Liahona.

Imej
memburu

Nefi dan saudara-saudaranya menggunakan busur dan anak panah memburu untuk makanan sambil membuat perjalanan.

Imej
busur patah

Busur keluli Nefi patah, dan busur saurdara-saudaranya kehilangan kekuatan. Saudara-saudaranya tidak dapat membunuh binatang, maka semua lapar. Laman dan Lemuel marah.

Imej
busur kayu

Nefi membuat sebuah busur kayu dan menanya bapanya ke mana untuk memburu. Lehi menerima arahan-arahan pada Liahona. Nefi mengikut arahan-arahannya dan mendapati beberapa binatang.

Imej
Lehi memegang Liahona

Liahona hanya bekerja apabila keluarga Nefi beriman, tekun dan patuh.

Imej
Nefi kembali dengan makanan

Nefi kembali dengan binatang-binatang yang dia memburu. Semua bergembira mendapati makanan. Mereka menyesal kerana mereka marah dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati mereka.

Imej
anak-anak perempuan Ismael

Membuat perjalanan tidak mudah. Seringkali keluarga Lehi berasa letih, lapar dan haus. Ismael mati dan anak-anak perempuannya sedih. Mereka merungut terhadap Lehi.

Imej
Laman dan Lemuel

Laman dan Lemuel juga merungut. Mereka tidak percaya bahawa Tuhan telah berbicara dengannya. Mereka mahu bunuh Lehi dan Nefi dan pulang ke Yerusalem.

Imej
Laman dan Lemuel

Suara Tuhan berfirman kepada Laman dan Ismael. Ia berfirman supaya tidak marah dengan Lehi dan Nefi. Laman dan Lemuel bertaubat.

Imej
keluarga Lehi

Keluarga Lehi menyambung perjalanan susah mereka. Tuhan menolong mereka dan menguatkan mereka. Anak-anak telah dilahir. Lehi dan Saria mempunyai dua anak lelaki lagi, bernama Yakub dan Yusuf.

Imej
keluarga membuat perjalanan

Selepas membuat perjalanan di padang belantara selama lapan tahun, keluarga Lehi sampai ke tepi laut. Mereka mendapati buah-buahan dan madu. Mereka memanggil tempat itu Kelimpahan.