Scripture Stories
Bab 14: Abinadi dan Raja Nuh


Bab 14

Abinadi dan Raja Nuh

Imej
Zenif

Zenif merupakan raja bangsa Nefi yang soleh. Ketika dia meningkat usia, puteranya Nuh menjadi raja.

Imej
Nuh

Nuh bukanlah seorang raja yang baik seperti ayahnya. Dia jahat dan tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan.

Imej
rakyat memberikan harta benda kepada Raja Nuh

Dia memaksa rakyatnya memberi dia sebahagian daripada gandum, ternakan, emas dan perak mereka.

Imej
Nuh duduk di meja makan

Raja Nuh melakukan ini kerana kemalasannya. Dia memaksa bangsa Nefi untuk memberikannya segala yang dia perlukan untuk hidup.

Imej
imam-imam yang baik dan jahat

Dia menggantikan imam-imam baik yang dipanggil oleh ayahnya dengan imam-imam jahat. Imam-imam jahat ini mengajarkan orang ramai untuk berbuat dosa.

Imej
takhta istana dan pengawal-pengawal

Raja Nuh memiliki banyak bangunan-bangunan yang indah, termasuk sebuah istana yang bertakhta. Bangunan-bangunan tersebut dihiasi oleh emas, perak, dan kayu-kayu yang mahal.

Imej
Nuh

Raja Nuh menyukai kekayaan yang dia peroleh daripada rakyatnya. Dia dan imam-imamnya menghabiskan masa mereka dengan meminum wain dan menjadi jahat.

Imej
Abinadi mengkhutbahkan pertaubatan

Tuhan mengutus seorang nabi bernama Abinadi kepada rakyat Nuh. Abinadi memberi amaran kepada mereka sekiranya mereka tidak bertaubat, mereka akan menjadi hamba kepada bangsa Laman.

Imej
Nuh duduk di meja

Ketika Raja Nuh terdengar apa yang dikatakan oleh Abinadi, dia menjadi marah. Dia menghantar orang-orangnya untuk membawa Abinadi ke istana agar dia boleh membunuhnya.

Imej
Abinadi berbicara kepada raja

Abinadi dibawa kepada raja. Raja Nuh dan imam-imamnya menanyakan banyak soalan kepada dia. Mereka cuba untuk menjerat dia untuk berkata sesuatu yang salah.

Imej
Abinadi berbicara kepada raja

Abinadi tidak takut untuk menjawab pertanyaan mereka. Dia tahu Tuhan akan membantunya. Para imam terpegun terhadap jawapan-jawapan Abinadi.

Imej
Raja Nuh marah

Raja Nuh menjadi marah dan mengarahkan imam-imamnya untuk membunuh Abinadi. Abinadi berkata sekiranya mereka menyentuh dia, Tuhan akan membunuh mereka.

Imej
Roh Kudus melindungi Abinadi

Roh Kudus melindungi Abinadi agar dia dapat menghabiskan kata-kata yang Tuhan ingin dia ucapkan. wajah Abinadi bersinar. Para imam takut untuk menyentuh dia.

Imej
Abinadi berbicara

Berbicara dengan kuasa Tuhan, Abinadi memberitahu mereka tentang kejahatan mereka. Dia membacakan perintah-perintah Tuhan kepada mereka.

Imej
Maria, Yusuf dan bayi Yesus

Dia memberitahu mereka Yesus Kristus akan dilahirkan di bumi. Yesus akan memungkinkan orang ramai untuk bertaubat, dibangkitkan, dan hidup bersama Tuhan.

Imej
Yesus Kristus

Abinadi memberitahu orang ramai untuk bertaubat dan percaya kepada Yesus Kristus atau mereka tidak akan diselamatkan.

Imej
Abinadi dijadikan tahanan

Raja Nuh dan semua imamnya kecuali seorang menolak untuk percaya kepada Abinadi. Nuh mengarah imam-imamnya untuk membunuh Abinadi. Mereka mengikatnya dan melemparkannya ke dalam penjara.

Imej
Alma berbicara kepada Raja Nuh

Imam yang mempercayai Abinadi bernama Alma. Dia meminta Raja Nuh untuk melepaskan Abinadi.

Imej
Alma bersembunyi

Raja marah terhadap Alma dan telah mengusirnya. Kemudian dia mengutus orang-orang suruhannya untuk membunuh dia. Alma melarikan diri dan bersembunyi, dan orang-orang suruhan tidak menjumpainya.

Imej
Abinadi di hadapan Nuh

Selepas tiga hari berada dalam penjara, Abinadi dibawa semula ke hadapan Raja Nuh. Raja memberitahu Abinadi untuk menarik semula kata-katanya terhadap dia dan orang-orangnya.

Imej
Raja Nuh marah

Raja Nuh memberitahu Abinadi sekiranya dia tidak menafikan segala yang dia telah katakan, dia akan dibunuh.

Imej
Abinadi berbicara

Abinadi mengetahui dia telah membicarakan tentang kebenaran. Dia rela untuk mati daripada menarik kembali apa yang Tuhan utusnya untuk bicarakan.

Imej
Abinadi dibakar

Raja Nuh mengarahkan imam-imamnya untuk membunuh Abinadi. Mereka mengikatnya, menyebatnya, dan membakarnya sehingga mati. Sebelum dia meninggal, Abinadi berkata Raja Nuh juga akan mati oleh api.

Imej
Orang Laman melawan orang-orang Nuh

Sesetengah bangsa Nefi menentang Raja Nuh dan cuba untuk membunuhnya. Tentera bangsa Laman juga datang untuk melawan raja dan pengikutnya.

Imej
Raja dan pengikutnya melarikan diri

Raja dan pengikutnya melarikan diri dari bangsa Laman, tetapi bangsa Laman mengejar dan mulai untuk membunuh mereka. Raja memerintah orang-orangnya untuk meninggalkan keluarga mereka dan terus melarikan diri.

Imej
Bangsa Laman menangkap orang ramai

Banyak lelaki yang tidak mahu melarikan diri. Mereka ditangkap oleh bangsa Laman.

Imej
para lelaki marah terhadap Nuh

Kebanyakan lelaki yang melarikan diri bersama Raja Nuh merasa bersalah. Mereka ingin kembali dan membantu isteri dan anak-anak serta orang-orang mereka.

Imej
Nuh bersama lelaki-lelaki lain

Raja Nuh tidak ingin para lelaki itu untuk kembali kepada keluarga mereka. Dia mengarah mereka untuk tinggal bersamanya.

Imej
para lelaki membakar Raja Nuh

Para lelaki itu marah terhadap Raja Nuh. Mereka membakarnya sehingga mati, seperti yang dinubuat oleh Abinadi. Kemudian mereka kembali kepada keluarga mereka.