Scripture Stories
Bab 29: Alma Mengajar tentang Iman dan Firman Tuhan.


Bab 29

Alma Mengajar tentang Iman dan Firman Tuhan.

Imej
Alma mengajar bangsa Zoram

Alma mengajar bangsa Zoram tentang iman. Dia berkata mereka yang meminta untuk suatu tanda sebelum mereka percaya tidak mempunyai iman.

Imej
Alma mengkhutbah

Alma berkata iman ialah mempercayai sesuatu yang benar tanpa dapat melihatnya.

Imej
tangan menanam biji

Dia menerangkan bahawa iman membesar apabila seorang ingin percaya dan mendengar firman Tuhan. Firman itu kemudiannya ditanam di dalam hati orang itu dan mulai membesar seperti sebiji benih.

Imej
pasangan melihat satu pokok

Apabila seorang belajar lebih tentang injil, biji benih itu bercambah dan terus membesar. Orang itu tahu bahawa biji benih itu baik dan imannya akan membesar dengan kuat.

Imej
suami dan isteri memetik buah

Alma berkata bahawa seperti satu biji yang bagus menghasilkan buah yang bagus, firman Tuhan membawa berkat kepada mereka yang mempunyai iman.