Scripture Stories
Bab 26: Orang-orang Amon


Bab 26

Orang-orang Amon

Imej
Mosiah mengajar bangsa Laman

Para putera Mosia mengajarkan injil kepada bangsa Laman. Beribu-ribu bangsa Laman bertaubat dan menyertai Gereja.

Imej
orang Anti-Nefi-Lehi

Bangsa Laman yang menyertai Gereja memanggil diri mereka orang Anti-Nefi-Lehi, atau orang-orang Amon. Mereka ialah orang yang baik dan rajin.

Imej
Bangsa Laman bersiap untuk berlawan

Bangsa Laman yang tidak bertaubat marah dengan orang-orang Amon dan bersedia untuk melawan mereka.

Imej
orang-orang Amon

Orang-orang Amon tahu bahawa bangsa Laman yang jahat akan datang untuk membunuh mereka tetapi mereka memutuskan untuk tidak melawan balik. Mereka telah bertaubat dari pembunuhan.

Imej
orang ramai menguburkan senjata

Mereka menguburkan senjata mereka ke dalam bumi dan berjanji kepada Tuhan bahawa mereka tidak akan membunuh lagi.

Imej
Bangsa Laman datang dan orang ramai berdoa

Ketika bangsa Laman yang jahat datang dan mulai membunuh mereka, mereka tunduk atas bumi dan berdoa.

Imej
Bangsa Laman berdiri di sekeliling orang-orang Amon

Melihat bahawa orang-orang Amon tidak akan melawan, banyak bangsa Laman yang jahat berhenti membunuh mereka.

Imej
Bangsa Laman meletakkan senjata

Bangsa Laman menyesal bahawa mereka telah membunuh. Mereka membuangkan senjata mereka dan menyertai orang-orang Amon. Mereka tidak akan berlawan lagi.

Imej
Bangsa Laman membunuh orang-orang Amon

Lebih banyak lagi bangsa Laman datang untuk membunuh orang-orang Amon. Mereka masih tidak akan melawan balik, dan ramai yang terbunuh.

Imej
Amon berdoa

Tidak menginginkan orang yang dia sayangi dimusnahkan, Amon berdoa untuk mendapatkan pertolongan. Tuhan memberitahunya untuk mengambil orang-orangnya untuk meninggalkan negeri itu.

Imej
orang Ammon dan bangsa Nefi dari Zarahemna

Bangsa Nefi di Zarahemna memberikan Amon dan orang-orangnya negeri Yerson dan melindungi mereka. Mereka menjadi kawan.