Scripture Stories
Bab 22: Misi Alma ke Amoniha


Bab 22

Misi Alma ke Amoniha

Imej
Alma dan Nefiha

Alma bimbang tentang kejahatan bangsa Nefi, jadi dia menggunakan semua masanya untuk mengkhutbahkan injil. Dia memilih Nefiha untuk menggantikannya sebagai hakim utama.

Imej
Alma duduk di tanah

Alma mengajar injil ke seluruh tempat. Apabila dia cuba untuk mengkhutbah di Amoniha, penduduk di sana tidak ingin mendengarnya. Mereka membuangnya dari bandar itu.

Imej
Alma

Alma sedih kerana orang Amoniha amat jahat. Dia pergi ke bandar lain.

Imej
Malaikat bercakap dengan Alma

Seorang malaikat muncul dan menenangkan Alma. Malaikat itu berkata kepadanya untuk pulang ke Amoniha dan mengkhutbah lagi Alma bergegas ke Amoniha.

Imej
Alma meminta seorang lelaki makanan

Alma rasa lapar. Apabila dia memasuki bandar itu, dia meminta seorang lelaki sedikit makanan. Satu malaikat telah beritahu lelaki itu bahawa Alma akan datang dan Alma ialah seorang nabi Tuhan.

Imej
Amulek memberi Alma makan

Lelaki ini ialah Amulek dan dia membawa Alma ke rumahnya dan memberi dia makanan. Alma tinggal dengan Amulek dan keluarganya dengan lama. Dia berterima-kasih kepada Tuhan atas keluarga Amulek dan memberkati mereka.

Imej
Alma dan Amulek bercakap

Alma beritahu Amulek tentang panggilannya untuk mengajar orang Amoniha. Amulek pergi bersama Alma untuk mengajar orang ramai. Roh Kudus menolong mereka.

Imej
Alma mengkhutbah

Alma beritahu orang ramai untuk bertaubat atau Tuhan akan memusnahkan mereka. Dia berkata bahawa Yesus Kristus akan datang dan menyelamatkan mereka yang mempunyai iman dalam-Nya dan bertaubat.

Imej
orang ramai marah pada Alma

Orang Amoniha menjadi amat marah. Mereka cuba untuk membuang Alma ke dalam penjara, tetapi Tuhan melindunginya.

Imej
Alma dan Amulek mengajar

Kemudian Amulek mula mengajar. Ramai orang tahu Amulek, dia bukan orang asing seperti Alma. Dia beritahu mereka tentang malaikat yang dia telah nampak.

Imej
Amulek dan Alma

Amulek berkata bahawa Alma seorang nabi Tuhan dan bercakap kebenaran. Orang ramai terkejut mendengar kesaksian Amulek.

Imej
Zezrom dengan Amulek dan Alma

Beberapa orang menjadi marah, terutamanya seorang lelaki jahat bernama Zezrom. Mereka cuba membuat helah kepada Amulek dengan soalan, tetapi dia beritahu mereka bahawa dia tahu rancangan mereka.

Imej
Zezrom bercakap dengan Alma.

Zezrom ingin memusnahkan semua yang baik. Dia akan menyebabkan masalah, dan kemudiannya orang ramai akan membayarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Imej
Zezrom dengan Amulek dan Alma

Zezrom tidak boleh menipu Amulek, jadi dia menawarkan duit kepada Amulek untuk berkata bahawa Tuhan tidak wujud. Amulek tahu Tuhan hidup dan berkata bahawa Zezrom pun tahu perkara ini tetapi dia menyayangi duit lebih daripada Tuhan.

Imej
Zezrom dan orang lain

Kemudian Amulek mengajar Zezrom tentang Yesus dan juga tentang Kebangkitan dan kehidupan abadi. Orang ramai amat kagum. Zezrom mula bergetar ketakutan.

Imej
Alma mengajar Zezrom

Zezrom tahu bahawa Alma dan Amulek mempunyai kuasa Tuhan sebab mereka mengetahui fikirannya. Zezrom menanya soalan dan mendengar sambil Alma mengajarnya injil.

Imej
Keluarga membaca kitab suci

Beberapa orang percaya Alma dan Amulek dan mula bertaubat dan belajar kitab suci.

Imej
Alma dan Amulek diikat

Tetapi kebanyakan orang ramai ingin membunuh Alma dan Amulek. Mereka mengikat kedua-dua lelaki dan membawa mereka kepada hakim utama.

Imej
Zezrom mempertahankan Alma dan Amulek

Zezrom meminta maaf kerana dia jahat dan mengajar orang ramai dengan penipuan. Dia memohon supaya orang ramai membebaskan Alma dan Amulek.

Imej
Mereka yang percaya dihalau keluar

Zezrom dan orang lain yang percaya kepada ajaran Alma dan Amulek dihalau keluar daripada bandar. Orang jahat melontar batu kepada mereka.

Imej
Lelaki membakar wanita dan kitab suci

Orang ramai yang jahat mengumpulkan wanita dan kanak-kanak yang percaya dan membuang mereka, serta kitab suci, ke dalam api.

Imej
Alma dan Amulek melihat api

Alma dan Amulek dipaksa untuk melihat wanita dan kanak-kanak mati dalam api tersebut. Amulek ingin menggunakan kuasa Tuhan untuk menolong menyelamatkan mereka.

Imej
Alma bercakap dengan Amulek.

Tetapi Alma beritahu Amulek yang dia tidak boleh menghentikan pembunuhan tersebut kerana mereka yang sedang mati akan ke Tuhan dan mereka yang jahat akan dihukum.

Imej
Alma ditampar

Hakim utama menampar Alma dan Amulek beberapa kali dan mengutuk mereka kerana mereka tidak menyelamatkan wanita dan kanak-kanak yang dibakar. Kemudian dia masukkan mereka ke dalam penjara.

Imej
Alma dan Amulek dalam penjara

Orang jahat yang lain datang ke penjara dan mendera Alma dan Amulek dalam pelbagai cara, termasuk tidak memberi mereka makanan dan meludah kepada mereka.

Imej
Hakim utama bersama Alma dan Amulek

Hakim utama berkata kepada Alma dan Amulek jika mereka menggunakan kuasa Tuhan untuk membebaskan diri mereka, dia akan percaya. Dia menampar mereka lagi.

Imej
Alma dan Amulek berdoa

Alma dan Amulek berdiri. Alma berdoa dan meminta Tuhan untuk membuat mereka kuat kerana iman mereka dalam Kristus.

Imej
Alma dan Amulek memutuskan tali

Kuasa Tuhan memenuhi Alma dan Amulek, dan mereka memutuskan tali yang mengikat mereka. Orang yang jahat takut dan cuba lari tetapi jatuh ke tanah.

Imej
Dinding penjara runtuh

Tanah bergegar dan dinding penjara jatuh ke atas orang jahat. Tuhan melindungi Alma dan Amulek, dan mereka tidak cedera.

Imej
Alma dan Amulek berjalan keluar dari penjara yang runtuh.

Orang Amoniha datang untuk melihat apa yang sedang berlaku. Apabila mereka nampak Alma dan Amulek keluar daripada penjara yang runtuh itu, mereka takut dan melarikan diri.

Imej
Alma dan Amulek

Tuhan beritahu Alma dan Amulek untuk pergi ke Sidom. Di sana mereka temui orang yang soleh. Zezrom juga berada di situ tetapi amat sakit.

Imej
Alma memberkati Zezrom

Zezrom amat gembira untuk melihat Alma dan Amulek. Dia bimbang bahawa mereka dibunuh disebabkan apa yang dia telah lakukan. Dia meminta mereka untuk menyembuhkannya.

Imej
Zezrom

Zezrom percaya dalam Yesus Kristus dan telah bertaubat akan dosa-dosanya. Apabila Alma berdoa untuknya, Zezrom disembuhkan dengan segera.

Imej
Zezrom sedang dibaptiskan

Zezrom dibaptiskan dan mula mengkhutbahkan injil. Ramai lagi yang dibaptiskan.

Imej
Orang mati di jalan raya

Orang jahat Amoniha dibunuh oleh satu tentera bangsa Laman, seperti dinubuatkan Alma.