Scripture Stories
Bab 13: Zenif


Bab 13

Zenif

Imej
Bangsa Nefi berjalan

Zenif dan sekumpulan bangsa Nefi meninggalkan rumah mereka di Zarahemla dan mengembara ke negeri Nefi, di mana pada masa lalu bangsa Nefi pernah tinggal.

Imej
Bangsa Nefi bercakap dengan Raja Laman

Mereka jumpa bangsa Laman yang tinggal di sana. Zenif dan empat orang pengikutnya masuk ke bandar untuk bercakap dengan raja. Mereka tanya Raja Laman jika mereka boleh tinggal di negerinya.

Imej
Raja Laman

Raja Laman berkata bahawa mereka boleh mempunyai dua daripada kotanya. Raja mahu mereka untuk tinggal di negerinya supaya dia boleh menjadikan mereka hambanya.

Imej
Bangsa Nefi sedang menanam

Orang Zenif membina rumah dan memperbaiki tembok di sekeliling bandar mereka. Mereka menanam pelbagai bijirin dan buah-buahan. Mereka juga mempunyai kawanan haiwan.

Imej
Bangsa Laman menyerang bangsa Nefi

Raja Laman beritahu rakyatnya bahawa bangsa Nefi sedang menjadi terlalu kuat. Tidak lama kemudian bangsa Laman pergi dan menyerang bangsa Nefi dan mencuri haiwan dan tanaman mereka.

Imej
Bangsa Nefi berlari

Bangsa Nefi berlari ke arah Kota Nefi. Di sana Zenif memberi orang ramai senjata busur dan anak panah, pedang, gada dan umban. Mereka pergi berperang dengan bangsa Laman.

Imej
Bangsa Nefi berdoa

Sebelum mereka berperang, bangsa Nefi berdoa, meminta Tuhan untuk pertolongan. Tuhan memberkat bangsa Nefi dengan kekuatan tambahan dan mereka mengalahkan bangsa Laman.

Imej
pengawal dengan domba

Selepas peperangan itu, Zenif meletakkan pengawal di sekeliling kota-kota bangsa Nefi. Dia ingin melindungi orangnya dan haiwan mereka daripada bangsa Laman.

Imej
wanita menganyam

Bangsa Laman hidup dengan aman untuk bertahun-tahun. Para lelaki bekerja di ladang, dan para wanita membuat benang dan baju.

Imej
pertempuran

Raja Laman mangkat dan puteranya menjadi raja. Raja baru menghantar tenteranya untuk berperang dengan bangsa Nefi.

Imej
Bangsa Nefi memerhatikan bangsa Laman.

Bangsa Nefi sekali lagi menerima kekuatan daripada Tuhan. Mereka membunuh banyak tentera bangsa Laman, dan selebihnya melarikan diri.