Scripture Stories
Orang-orang untuk Diketahui


Orang-orang untuk Diketahui

Abinadi

seorang nabi yang dihantar untuk mengajar Raja Nuh, yang telah membakar Abinadi hingga mati

Adam

lelaki pertama di bumi

Alma

seorang imam Raja Nuh yang mempercayai ajaran Abinadi dan kemudian menjadi pemimpin Gereja

Alma yang Muda

anak lelaki Alma yang memberontak dan cuba memusnahkan Gereja tetapi mengalami perubahan hati dan mula mengajarkan injil. Dia menjadi pemimpin Gereja dan hakim utama pertama.

Amalikia

seorang lelaki jahat yang ingin menjadi raja bangsa Nefi tetapi akan mengambil kebebasan rakyat. Apabila dia tidak menjadi raja, dia pergi untuk bergabung dengan bangsa Laman.

Amaron

seorang lelaki yang soleh yang memberi catatan kepada Mormon supaya ia selamat

Amlisi

seorang lelaki jahat yang ingin menjadi raja bangsa Nefi. Apabila dia tidak menjadi raja, dia dan para pengikutnya pergi, menyerang bangsa Nefi, dan kemudian bergabung dengan bangsa Laman.

Amon, orang kepada

penganut baru Bangsa Laman yang diajar oleh anak-anak Mosia. Orang ramai menguburkan senjata mereka dan berjanji tidak akan melawan lagi.

Amon1

pemimpin kumpulan bangsa Nefi dari Zarahemna yang pergi ke negeri Nefi dan membantu bangsa Nefi di sana melarikan diri

Amon2

salah seorang anak lelaki Mosia yang melindungi kawanan Raja Lamoni daripada perompak. Dia mengajar dan menukarkan hati banyak bangsa Laman selama misinya.

Amulek

sahabat penginjil Alma yang Muda. Mereka dipenjarakan tetapi menggunakan kuasa Tuhan untuk membuat dinding penjara jatuh.

Amulon

seorang imam jahat Raja Nuh yang telah menjadi pemerintah kepada orang Alma. Dia membuat mereka bekerja keras dan mengancam untuk membunuh sesiapa yang ditangkap berdoa.

Bangsa Amlisi

pengikut Amlisi. Mereka meletakkan tanda merah di atas dahi mereka dan bergabung dengan bangsa Laman.

Bangsa Laman

keturunan atau pengikut Laman dan Lemuel atau orang yang menolak injil

Bangsa Nefi

pengikut-pengikut Nefi atau orang yang telah menerima injil

Bangsa Yared

pengikut Yared dan saudara lelakinya yang meninggalkan Babel dan mengembara ke negeri yang dijanjikan dalam kapal-kapal

Bangsa Zoram

orang jahat yang pernah menjadi ahli di gereja Tuhan. Mereka berdoa di dalam saumaah di atas platform yang dipanggil Rameumtom.

Benyamin, Raja

seorang raja soleh yang berdiri di atas menara untuk mengajar rakyatnya tentang Yesus Kristus

dua ribu pahlawan muda

sebuah pasukan tentera lelaki muda bangsa Amon yang dipimpin oleh Helaman. Mereka berlawan supaya ibu bapa mereka, yang telah berjanji untuk tidak berlawan, tidak perlu berlawan.

Enos

seorang anak lelaki Yakub yang berdoa sepanjang hari dan malam. Dia berdoa untuk bangsa Nefi dan bangsa Laman.

Eter

seorang nabi yang memberi amaran kepada bangsa Yared untuk bertaubat dan menulis mengenai kemusnahan mereka

Gideon

seorang bangsa Nefi yang soleh yang mempertahankan Gereja ketika Nehor mula mengajarkan orang ramai untuk berbohong. Nehor membunuhnya.

Hagot

seorang pembina kapal bangsa Nefi yang membawa banyak bangsa Nefi ke negeri di utara

Harun

seorang putera Raja Mosia dan seorang penginjil kepada bangsa Laman

Hawa

wanita pertama di bumi

Helaman

anak lelaki sulung Alma yang Muda. Dia diberikan kepingan-kepingan dan diberitahu untuk menulis sejarah bangsanya. Dia juga pemimpin kepada 2,000 pahlawan muda.

Himni

seorang putera Raja Mosia dan seorang penginjil kepada bangsa Laman

Ismael

seorang lelaki dari Yerusalem yang pergi ke negeri yang dijanjikan dengan keluarga Lehi. Anak-anak perempuannya berkahwin dengan anak-anak lelaki Lehi.

Joseph Smith Jr.

seorang nabi zaman akhir yang menterjemahkan Kitab Mormon dari kepingan-kepingan emas

Korianton

seorang anak lelaki kepada Alma yang Muda yang bukan penginjil yang beriman dan soleh

Koriantumr

seorang raja jahat yang merupakan bangsa Yared yang terakhir hidup

Korihor

seorang lelaki jahat yang mahukan tanda untuk membuktikan bahawa Tuhan hidup. Tuhan memberikan Korihor satu tanda dengan mengambil suaranya.

Laban

seorang lelaki jahat di Yerusalem yang tidak mahu memberikan kepingan-kepingan loyang kepada anak-anak lelaki Lehi

Laman

anak lelaki sulung kepada Lehi dan Saria. Dia jahat dan memberontak terhadap Tuhan.

Laman, Raja

seorang raja bangsa Laman yang jahat yang memberikan Zenif dan para pengikutnya yang berbangsa Nefi dua kota tetapi kemudiannya menyerang mereka

Lamoni, bapa kepada Raja

seorang raja bangsa Laman yang telah diajar injil dan mempercayainya. Dia berkata bahawa dia akan bertaubat dari semua dosanya untuk mengenali Tuhan.

Lamoni, Raja

seorang raja bangsa Laman yang telah diajar injil dan mempercayainya. Amon2 melindungi kawanan raja daripada perompak.

Lehi1

seorang nabi yang memberi amaran bahawa Yerusalem akan dimusnahkan. Dia mendengar ketika Tuhan memberitahunya untuk membawa keluarganya ke padang belantara.

Lehi2

anak lelaki Helaman. Dia dan saudara lelakinya, Nefi, dilemparkan ke dalam penjara dan dikelilingi oleh api.

Lemuel

anak lelaki jahat kepada Lehi dan Saria

Limhi, Raja

anak lelaki yang baik kepada Raja Nuh yang jahat. Dia dan bangsanya merupakan hamba bangsa Laman tetapi melarikan diri.

Maria

ibu kepada Yesus

Mormon

seorang pemimpin tentera bangsa Nefi dan salah satu nabi bangsa Nefi yang terakhir. Dia menyusun Kitab Mormon.

Moroni

anak lelaki Mormon dan nabi bangsa Nefi yang terakhir. Dia menguburkan kepingan-kepingan emas dan kemudiannya muncul kepada Joseph Smith sebagai malaikat.

Moroni, Panglima

seorang pemimpin yang soleh dari tentera bangsa Nefi. Dia membuat panji kemerdekaan dan memberitahu tenteranya untuk berjuang demi kebebasan mereka.

Mosia, Raja

raja bangsa Nefi yang terakhir. Dia mempunyai empat orang putera.

Nefi1

seorang anak lelaki yang soleh kepada Lehi dan Saria. Dia mendapat kepingan-kepingan loyang daripada Laban dan membina kapal yang membawa keluarganya ke negeri yang dijanjikan.

Nefi2

anak lelaki Helaman. Dia dan saudara lelakinya, Lehi, dilemparkan ke dalam penjara dan dikelilingi oleh api. Nefi menyebabkan kebuluran untuk mengajar orang ramai untuk bertaubat.

Nefi3

seorang lelaki soleh yang dipilih oleh Yesus Kristus untuk menjadi pengikut dan pemimpin Gereja

Nehor

seorang lelaki jahat yang berdebat dengan kuat terhadap Gereja Tuhan. Dia membunuh Gideon dan telah dibunuh.

Nuh, Raja

seorang raja bangsa Nefi yang jahat yang suka kekayaan dan mengajar rakyatnya menjadi jahat. Rakyatnya sendiri membakarnya hingga mati.

Omner

seorang putera Raja Mosia dan seorang penginjil kepada bangsa Laman

Orang Anti-Nefi-Lehi

(lihat Amon, orang)

orang bebas

bangsa Nefi yang mahukan kebebasan untuk hidup dan menyembah sebagaimana yang mereka pilih. Mereka diperintah oleh hakim-hakim, bukan oleh seorang raja

Pahoran

seorang hakim utama bangsa Nefi yang membantu Panglima Moroni mengalahkan bangsa Nefi yang jahat

para putera Mosia

para putera Raja Mosia: Harun, Amon,2 Himni, dan Omner, yang merupakan penginjil yang berani kepada bangsa Laman

penyokong-penyokong raja

bangsa Nefi yang mahu diperintah oleh seorang raja, bukan oleh hakim-hakim. Apabila mereka tidak boleh mempunyai seorang raja, mereka bergabung dengan bangsa Laman dan menyerang bangsa Nefi.

Sam

seorang anak lelaki yang soleh kepada Lehi dan Saria

Samuel si Bangsa Laman

seorang nabi yang bernubuat kepada bangsa Nefi mengenai tanda-tanda kelahiran dan kematian Yesus Kristus

Saria

isteri1 Lehi

saudara lelaki Yared

seorang nabi yang meminta Yesus untuk menyentuh 16 batu sehingga ia akan memberi cahaya di kapal-kapal yang bangsa Yared guna pergi ke negeri yang dijanjikan

Seantum

saudara lelaki dan pembunuh Sezoram

Serem

seorang bangsa Nefi jahat yang mahukan tanda sebelum dia percaya kepada Yesus Kristus

Sezoram

seorang hakim utama yang dibunuh oleh saudara lelakinya

Siz

seorang bangsa Yared yang jahat yang memimpin sebuah pasukan tentera melawan Koriantumr dan merupakan salah satu daripada bangsa Yared terakhir yang hidup

Yakub

anak lelaki kepada Lehi dan Saria. Dia menegur Serem, yang mengatakan Kristus tidak wujud.

Yusuf

seorang anak lelaki soleh kepada Lehi dan Saria yang dilahirkan di padang belantara

Zenif

seorang pemimpin soleh yang mengambil kumpulan bangsa Nefi dari Zarahemna ke negeri Nefi, di mana mereka menjadi hamba kepada Raja Laman yang jahat

Zerahemnah

seorang pemimpin bangsa Laman yang berlawan dengan bangsa Nefi dan menginginkan mereka menjadi hambanya. Kulit kepalanya dikupas dalam pertempuran melawan tentera Panglima Moroni.

Zezrom

seorang peguam yang menawarkan wang kepada Amulek untuk mengatakan bahawa Tuhan tidak wujud. Alma yang Muda mengajarnya injil, dan dia bertaubat.

Zoram

seorang hamba Laban yang mengembara bersama keluarga Lehi ke negeri yang dijanjikan