Scripture Stories
Bab 16: Raja Limhi dan Orangnya Melarikan Diri


Bab 16

Raja Limhi dan Orangnya Melarikan Diri

Imej
Bangsa Laman memerhatikan orang di padang

Bangsa Laman telah menangkap banyak bangsa Nefi yang tidak melarikan diri dengan Raja Nuh. Bangsa Laman membawa mereka pergi dan memberi mereka tanah tetapi membuat mereka membayar cukai yang berat.

Imej
Raja Limhi

Bangsa Nefi membuat Limhi raja baru mereka. Limhi ialah putera Raja Nuh, tetapi dia tidak jahat seperti bapanya. Dia seorang yang soleh.

Imej
Orang Laman menyebat bangsa Nefi

Raja Limhi cuba untuk berdamai dengan bangsa Laman, tetapi mereka terus mengawal bangsa Nefi dan menjadi kejam kepada mereka.

Imej
Bangsa Nefi ditangkap

Pada suatu hari, Raja Limhi melihat beberapa orang asing di luar kota. Dia meletakkan mereka ke dalam penjara. Orang asing merupakan bangsa Nefi dari Zarahemna.

Imej
Ammon bercakap dengan Limhi

Pemimpin mereka bernama Amon. Raja Limhi gembira berjumpa dengannya. Dia tahu Amon dapat membantu rakyatnya melarikan diri dari bangsa Laman.

Imej
Raja Limhi bercakap dengan rakyat

Raja Limhi memanggil rakyatnya berkumpul bersama. Dia mengingatkan mereka bahawa kejahatan mereka adalah sebab mereka menjadi hamba bangsa Laman.

Imej
Limhi bercakap

Dia memberitahu rakyat untuk bertaubat, mempercayai Tuhan, dan mematuhi perintah-perintah. Kemudian Tuhan akan membantu mereka melarikan diri.

Imej
Bangsa Laman bercakap

Bangsa Nefi mengetahui bahawa bangsa Laman yang mengawal kota biasanya mabuk pada waktu malam.

Imej
Bangsa Nefi menghantar wain kepada pengawal

Pada malam itu Raja Limhi menghantar wain tambahan kepada pengawal sebagai suatu hadiah.

Imej
Limhi dan rakyatnya melarikan diri

Raja Limhi dan rakyatnya dapat melewati pengawal yang mabuk dan melarikan diri.

Imej
rakyat Limhi dialu-alukan di Zarahemla

Amon membimbing Raja Limhi dan rakyatnya melalui padang belantara ke Zarahemla, di mana mereka dialu-alukan.