Scripture Stories
Bab 8: Menyeberangi Laut


Bab 8

Menyeberangi Laut

Imej
keluarga mengemas keperluan

Tuhan memberitahu Lehi untuk membawa keluarganya ke kapal yang telah mereka bina. Mereka memuatkannya dengan buah, daging, dan madu serta benih untuk ditanam di negeri yang dijanjikan.

Imej
kapal berlayar

Angin kencang meniup kapal menuju ke tanah yang dijanjikan.

Imej
Laman dan Lemuel mengikat Nefi

Laman, Lemuel, dan beberapa yang lain mulai menjadi jahat. Apabila Nefi memberitahu mereka untuk berhenti, mereka marah dan mengikatnya dengan tali.

Imej
kapal dalam ribut

Disebabkan oleh kejahatan mereka, Liahona berhenti bekerja. Mereka tidak tahu cara untuk mengemudikan kapal itu. Ribut yang dahsyat hembus balik kapal selama tiga hari.

Imej
Lehi dan Saria

Lehi memberitahu Laman dan Lemuel untuk melepaskan Nefi, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Lehi dan Saria kepiluan sehingga mereka jatuh sakit.

Imej
orang bertengkar

Isteri dan anak-anak Nefi menangis. Mereka merayu kepada Laman dan Lemuel untuk melepaskan Nefi, tetapi mereka menolak.

Imej
kapal hampir tenggelam

Pada hari keempat ribut semakin buruk. Kapal itu hampir tenggelam.

Imej
Laman dan Lemuel

Laman dan Lemuel tahu bahawa Tuhan telah menghantar ribut itu. Mereka takut akan lemas.

Imej
Nephi bersama keluarga

Akhirnya Laman dan Lemuel bertaubat dan membuka ikatan Nefi. Walaupun pergelangan tangan dan kakinya menjadi bengkak dan sakit dari tali, Nefi tidak merungut.

Imej
Nefi memegang Liahona

Nefi kemudian mengambil Liahona, dan ia bekerja lagi. Nefi berdoa, dan angin itu berhenti. Laut menjadi tenang.

Imej
Nefi mengemudikan kapal

Nefi mengemudikan kapal itu, dan ia berlayar lagi menuju ke negeri yang dijanjikan.