Scripture Stories
Bab 24: Amon Bertemu Dengan Ayah Raja Lamoni


Bab 24

Amon Bertemu Dengan Ayah Raja Lamoni

Imej
Lamoni berbicara dengan Amon

Raja Lamoni mahu membawa Amon untuk bertemu dengan ayahnya. Tuhan memberi amaran kepada Amon supaya tidak pergi kerana ayah Lamoni akan cuba membunuh dia.

Imej
Amon dan Lamoni

Tuhan menyuruh Amon untuk pergi ke negeri Midoni, di mana saudaranya Harun berada di penjara. Raja Lamoni pergi bersama Amon.

Imej
Amon dan Lamoni bersama ayah Lamoni.

Dalam perjalanan mereka bertemu dengan ayah Raja Lamoni, iaitu raja atas seluruh negeri. Dia menanya Lamoni ke mana dia pergi bersama seorang pendusta orang Nefi.

Imej
Lamoni, Amon dan ayah Lamoni

Raja Lamoni memberitahu ayahnya tentang Amon dan saudaranya yang berada di penjara. Dengan marah, ayah Lamoni memerintah Lamoni untuk membunuh Amon dan tidak pergi ke Midoni.

Imej
Ayah Lamoni cuba membunuh Lamoni

Lamoni enggan membunuh Amon dan berkata dia dan Amon akan membebaskan Harun. Ayah Lamoni menjadi lebih marah dan menghunus pedangnya untuk membunuh Lamoni.

Imej
Amon mencederakan ayah Lamoni

Amon mara ke hadapan dan melindungi Lamoni. Kemudian ayah Lamoni cuba membunuh Amon, tetapi dia mempertahankan diri dan mencederakan lengan ayah Lamoni.

Imej
Amon dan ayah Lamoni

Ketika ayah Lamoni melihat bahawa Amon dapat membunuhnya, dia menawar setengah kerajaannya jika dia membiarkannya hidup.

Imej
Amon berbicara dengan ayah Lamoni

Amon berkata dia inginkan Harun dan rakan-rakannya dibebaskan dari penjara dan mahu Lamoni terus memerintah kerajaan dia.

Imej
Amon membalut luka raja

Ayah Lamoni sedar bahawa Amon tidak mahu mencederakan dia. Dia kagum pada kasih Amon kepada puteranya. Dia menjemput Amon untuk mengajarnya injil.

Imej
Raja Lamoni berbicara dengan raja Midoni

Amon dan Raja Lamoni pergi ke Midoni. Lamoni berbicara dengan raja di situ, dan Harum bersama rakan-rakannya dilepaskan dari penjara.

Imej
Harun dan rakan-rakan dilepaskan

Amon sedih melihat bagaimana mereka diperlakukan. Mereka telah menderita banyak tetapi telah bersabar.