Scripture Stories
Bab 23: Amon: Orang Suruhan yang Baik


Bab 23

Amon: Orang Suruhan yang Baik

Imej
para putera Mosia berangkat

Empat putera Mosia meninggalkan Zarahemla untuk mengajar injil kepada bangsa Laman. Setiap putera pergi ke kota yang berbeza.

Imej
Amon ditangkap

Amon pergi ke negeri Ismael. Ketika dia memasuki kota itu, bangsa Laman mengikatnya dan membawanya kepada raja mereka, Lamoni.

Imej
Lamoni dan Amon

Amon memberitahu Raja Lamoni bahawa dia ingin hidup di kalangan bangsa Laman. Lamoni berpuas hati dan mengarah orangnya melepaskan ikatan Amon.

Imej
Amon melindungi kawanan ternak

Amon berkata dia akan menjadi orang suruhan raja. Raja menghantar dia untuk menjaga kawanan ternaknya.

Imej
bangsa Laman mencerai-beraikan kawanan ternak

Pada suatu hari, ketika Amon dan beberapa orang suruhan lain membawa kawanan ternak untuk memberi air, para perompak bangsa Laman mencerai-beraikan binatang-binatang dan cuba mencuri mereka.

Imej
para orang suruhan dengan Amon

Para orang suruhan bersama dengan Amon takut. Raja Lamoni telah bunuh orang suruhan lainnya yang hilang binatang-binatang kepada para perompak ini.

Imej
Amon

Amon mengetahui inilah peluangnya untuk menggunakan kuasa Tuhan untuk memenangi hati bangsa Laman. Kemudian mereka akan mendengar ajaran-ajarannya.

Imej
Amon berbicara kepada para orang suruhan

Amon memberitahu para orang suruhan bahawa jika mereka mengembalikan binatang-binatang tercerai-berai itu, raja tidak akan membunuh mereka.

Imej
Amon mengumpulkan binatang-binatang

Ammon dan para orang suruhan lain menemui binatang-binatang dengan pantas dan membawanya ke tempat air.

Imej
Amon berbicara kepada para orang suruhan

Para perompak bangsa Laman kembali. Amon menyuruh para orang suruhan lain untuk melindungi kawanan ternak sambil dia melawan para perompak.

Imej
para perompak

Para perompak bangsa Laman tidak takut menentang Amon. Mereka mengira mereka dapat membunuhnya dengan mudah.

Imej
Amon membunuh para perompak

Kuasa Tuhan bersama Amon. Dia memukul dan membunuh beberapa perompak dengan batu-batu, yang membuat para perompak amat marah.

Imej
Amon melawan perompak

Mereka cuba membunuh Amon dengan gada mereka, tetapi setiap kali seorang perompak cuba memukul Ammon, dia memenggalkan lengan perompak. Dalam ketakutan, para perompak melarikan diri.

Imej
para orang suruhan berbicara dengan raja

Para orang suruhan mengambil lengan-lengan yang dipenggal kepada Raja Lamoni dan memberitahunya apa yang Amon telah lakukan.

Imej
Raja Lamoni

Raja itu tercengang pada kekuatan Amon yang hebat. Dia ingin melihat Amon tetapi berasa takut kerana dia fikirkan Amon ialah Roh Agung.

Imej
raja merenungkan

Apabila Amon pergi menghadapinya, Raja Lamoni tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia tidak bercakap selama satu jam.

Imej
Amon berkhubah

Roh Kudus membantu Amon ketahui apa yang difikirkan oleh raja. Amon menjelas bahawa dia bukan Roh Agung itu. Dia seorang manusia.

Imej
Raja Lamoni berbicara kepada Amon

Raja menawar Amon apa pun yang dia inginkan sekiranya dia memberitahunya apakah kuasa yang dia gunakan untuk menewaskan para perompak dan ketahui fikiran raja?

Imej
Amon berbicara kepada Raja Lamoni

Amon hanya berkata apa yang dia inginkan adalah untuk Raja Lamoni percaya kata-katanya. Raja berkata dia akan percaya segala yang diberitahu oleh Amon.

Imej
Amon berbicara kepada Raja Lamoni

Amon menanya Raja Lamoni jika dia percaya dalam Tuhan. Raja berkata dia percaya pada suatu Roh Agung.

Imej
Amon mengajar Lamoni

Amon berkata bahawa Roh Agung ialah Tuhan, bahawa Dia mencipta segala di syurga dan di bumi, dan Dia mengetahui fikiran manusia.

Imej
Amon mengajar Lamoni

Amon berkata manusia dicipta menurut rupa Tuhan. Dia juga berkata Tuhan telah memanggilnya untuk mengajar injil kepada Lamoni dan rakyatnya.

Imej
Amon mengajar dengan tulisan suci

Dengan menggunakan tulisan suci, Amon mengajar Raja Lamoni tentang Penciptaan, Adam dan Yesus Kristus.

Imej
Lamoni berdoa

Raja Lamoni percaya Amon dan berdoa agar dosa-dosanya diampuni. Kemudian dia jatuh ke tanah dan kelihatan telah mati.

Imej
para orang suruhan raja

Para orang suruhan mengangkat raja kepada isterinya dan membaringkan di atas katil. Selepas dua hari, para orang suruhan berfikir dia sudah mati dan memutus untuk mengubur dia.

Imej
para orang suruhan berbicara dengan Amon

Permaisuri tidak percaya bahawa suaminya telah mati. Setelah mendengar kekuatan hebat Amon, dia meminta Amon untuk menolong raja.

Imej
Amon berbicara kepada permaisuri

Amon tahu Lamoni berada di bawah kuasa Tuhan. Dia memberitahu permaisuri bahawa Lamoni akan bangun pada hari esok.

Imej
Lamoni bangun

Permaisuri menjaga Lamoni sepanjang malam. Keesokan hari, Lamoni bangun dan berkata dia telah melihat Yesus Kristus. Raja dan permaisuri dipenuhi dengan Roh Kudus.

Imej
Lamoni sedang dibaptis

Yakub mengajar orang ramai untuk percaya kepada Kristus. Mereka yang percaya, bertaubat akan dosa-dosa mereka dan dibaptis.