Scripture Stories
Bab 21: Bangsa Amlisi


Bab 21

Bangsa Amlisi

Imej
Amlisi dan pengikutnya

Amlisi seorang yang bijak dan jahat yang ingin menjadi raja kepada bangsa Nefi. Dia mempunyai ramai pengikut.

Imej
orang ramai memerhatikan Amlisi

Bangsa Nefi yang soleh tidak mahu Amlisi sebagai raja mereka. Mereka tahu dia ingin memusnahkan Gereja Tuhan.

Imej
Orang bangsa Nefi bercakap

Orang bangsa Nefi berkumpul dalam beberapa kumpulan untuk membuat keputusan jika Amlisi harus jadi raja. Kebanyakan orang mengundi menentang Amlisi, dan dia tidak menjadi raja.

Imej
Amlisi dan pengikutnya

Amlisi dan pengikutnya menjadi marah. Mereka meninggalkan bangsa Nefi menjadikan Amlisi raja mereka, dan memanggil diri mereka bangsa Amlisi. Amlisi mengarahkan mereka untuk melawan bangsa Nefi.

Imej
Bangsa Nefi membuat anak panah

Bangsa Nefi yang soleh bersedia untuk mempertahankan diri dengan busur dan anak panah, pedang, dan senjata lain.

Imej
Bangsa Nefi mengalahkan bangsa Amlisi

Bangsa Amlisi menyerang dan para bangsa Nefi, yang diketuai Alma dan dikuatkan Tuhan, membunuh ramai daripada mereka. Baki bangsa Amlisi melarikan diri mereka.

Imej
Perisik-perisik Alma memerhatikan bangsa Amlisi

Alma menghantar perisik-perisik untuk memerhatikan bangsa Amlisi. Perisik-perisik nampak mereka menyertai satu tentera besar bangsa Laman dan menyerang bangsa Nefi yang tinggal berdekatan dengan Zarahemla.

Imej
Bangsa Nefi bertempur dengan tentera bangsa Laman-Amlisi

Bangsa Nefi berdoa dan Tuhan menolong mereka sekali lagi. Mereka membunuh banyak tentera bangsa Laman-Amlisi.

Imej
Alma membunuh Amlisi

Alma dan Amlisi bertempur satu sama lain dengan pedang. Alma berdoa agar nyawanya diselamatkan, dan Tuhan memberinya kekuatan untuk membunuh Amlisi.

Imej
pertempuran

Bangsa Nefi mengejar bangsa Laman dan bangsa Amlisi ke dalam padang belantara. Banyak daripada mereka yang cedera mati di sana dan di makan haiwan liar.

Imej
Amlisi menanda dahi mereka

Seperti bangsa Laman, bangsa Amlisi menanda diri mereka dengan warna merah, yang memenuhi satu nubuat. Bangsa Amlisi telah mengasingkan diri mereka daripada berkat injil.