Scripture Stories
Chapter 28: Bangsa Zoram dan Rameumtom


Bab 28

Bangsa Zoram dan Rameumtom

Imej
Bangsa Zoram menyembah berhala

Bangsa Zoram pernah tergolong dalam gereja Tuhan tetapi mereka telah menjadi jahat dan menyembah berhala.

Imej
Alma dan para penginjil yang lain

Bangsa Nefi ingin menghalang bangsa Zoram dari menyertai bangsa Laman, jadi Alma pergi bersama beberapa penginjil yang lain untuk mengkhutbahkan firman Tuhan kepada bangsa Zoram.

Imej
Penginjil-penginjil dan bangsa Zoram

Para penginjil ini terkejut dan kecewa dengan cara orang Zoram menyembah di gereja mereka, yang dipanggil saumaah.

Imej
orang berdiri di atas binaan

Di tengah-tengah gereja, bangsa Zoram telah membina suatu binaan tinggi yang disebut Rameumtom. Hanya ada ruang untuk seorang berdiri di atasnya.

Imej
lelaki menghulur tangan ke atas langit

Bangsa Zoram mengambil giliran berdiri di sana, menghulur tangan ke atas langit dan mengucapkan doa yang sama.

Imej
lelaki menghulur tangan ke atas langit

Dalam doa ini, bangsa Zoram berkata Tuhan tidak mempunyai tubuh; dia hanyalah roh. Mereka juga berkata yang Kristus tidak akan wujud.

Imej
orang berdoa di atas platform

Bangsa Zoram berfikir yang Tuhan hanya memilih mereka untuk diselamatkan di dalam kerajaan syurga. Mereka bersyukur kerana menjadi orang kegemarannya.

Imej
Bangsa Zoram berjalan

Selepas setiap bangsa Zoram telah berdoa, mereka pulang ke rumah dan tidak berdoa atau bercakap tentang Tuhan lagi sepanjang minggu.

Imej
Bangsa Zoram dengan harta benda

Bangsa Zoram yang kaya suka emas dan perak, dan mereka bercakap besar tentang harta duniawi mereka. Alma sedih melihat betapa jahatnya mereka.

Imej
Alma sedang berdoa

Alma berdoa untuk dirinya dan para penginjilnya untuk memiliki kekuatan, ketenangan, dan kejayaan dalam pekerjaan mereka.

Imej
para penginjil sedang berdoa

Setelah meminta bantuan untuk membawa kembali bangsa Zoram kepada kebenaran, Alma dan para penginjil yang lain dipenuhi dengan Roh Kudus.

Imej
penginjil mendapat makanan

Kemudian para penginjil pergi ke arah yang berasingan untuk berkhutbah. Tuhan memberkati mereka dengan makanan dan pakaian dan menguatkan mereka dalam pekerjaan mereka.

Imej
penginjil mengajar orang miskin

Bangsa Zoram yang miskin tidak dibenarkan masuk ke dalam gereja. Orang-orang ini mula mendengar para penginjil.

Imej
Alma sedang berkhutbah

Ramai yang bertanya kepada Alma apa yang patut mereka lakukan. Alma memberitahu mereka bahawa mereka tidak perlu berada di dalam gereja untuk berdoa atau menyembah Tuhan.

Imej
Amulek sedang mengajar orang ramai

Dia memberitahu mereka untuk beriman kepada Tuhan. Kemudian Amulek mengajar mereka tentang Yesus Kristus dan rancangan Tuhan untuk anak-anaknya.

Imej
orang yang percaya meninggalkan kota

Para penginjil meninggalkan kota, dan bangsa Zoram yang telah mempercayai mereka diusir keluar dari kota. Orang-orang yang percaya pergi ke negeri Yerson tinggal bersama dengan orang Amon.

Imej
orang ramai melihat orang lain pergi

Walaupun bangsa Zoram yang jahat mengancam orang Amon, orang Amon membantu bangsa Zoram yang soleh dan memberi mereka makanan, pakaian, dan negeri.