Scripture Stories
Bab 49: Mormon dan Ajaran-Ajaran-Nya


Bab 49

Mormon dan Ajaran-Ajaran-Nya

Imej
dua kumpulan lelaki

Beberapa tahun selepas Yesus Kristus mengunjungi bangsa Nefi, sekumpulan kecil orang meninggalkan Gereja dan mengelar diri mereka bangsa Laman.

Imej
sekumpulan orang berbicara

Akhirnya hampir semua orang menjadi jahat, kedua-dua bangsa Nefi dan bangsa Laman.

Imej
Amaron menyembunyikan catatan-catatan

Seorang lelaki soleh, Amaron, memiliki catatan-catatan kudus itu. Roh Kudus memerintahkan dia untuk menyembunyikan ia agar selamat.

Imej
Amaron berbicara kepada Mormon yang masih muda

Amaron memberitahu Mormon, seorang budak yang berusia 10, di mana catatan-catatan itu disembunyikan. Amaron mempercayai Mormon.

Imej
Amaron dan Mormon

Ketika dia berusia 24, Mormon mengambil kepingan-kepingan Nefi dan menulis tentang bangsanya.

Imej
bangsa Nefi dan bangsa Laman bertempur

Ketika Mormon berusia 11, sebuah perang terjadi di antara bangsa Nefi dan bangsa Laman. Bangsa Nefi menang, dan terdapat kedamaian kembali.

Imej
orang sedang minum

Tetapi bangsa Nefi sangat jahat sehingga Tuhan mengambil tiga pengikut itu, dan menghentikan mukjizat-mukjizat dan penyembuhan. Roh Kudus tidak lagi membimbing bangsa itu.

Imej
Mormon

Ketika Mormon berusia 15, Yesus Kristus mengunjungi dia. Mormon mempelajari lebih tentang Juruselamat dan kebaikan-Nya.

Imej
Mormon memperhatikan dua lelaki

Mormon ingin mengkhutbahkan kepada orang ramai, tetapi Yesus memerintahkan dia untuk tidak berbuat sedemikian kerana bangsa itu sangat jahat. Hati mereka tertumpu untuk melawan Tuhan.

Imej
Mormon sebagai ketua tentera

Kemudian satu lagi peperangan berlaku. Mormon bertubuh besar dan kuat, dan bangsa Nefi memilih dia untuk memimpin tentera-tentera mereka.

Imej
Mormon berbicara kepada tentera-tentera

Bangsa Nefi telah bertahun-tahun berjuang melawan bangsa Laman. Mormon cuba menggalakkan bangsanya berjuang bagi keluarga dan kediaman mereka.

Imej
pertempuran

Bangsa Nefi menjadi sangat jahat, Tuhan tidak membantu mereka.

Imej
Mormon berbicara dengan para lelaki

Mormon memberitahu bangsa Nefi bahawa mereka akan dibebaskan sekiranya mereka bertaubat dan dibaptis. Tetapi rakyat itu menolak.

Imej
Mormon memerhatikan tentera-tentera

Mereka bermegah dengan kekuatan mereka, mengatakan mereka akan membunuh semua bangsa Laman. Kerana kejahatan bangsa Nefi, Mormon menolak untuk memimpin mereka.

Imej
Mormon bersama para tentera

Bangsa Laman mula memenangi bangsa Nefi dalam setiap pertempuran. Mormon memutuskan untuk memimpin para tentera bangsa Nefi semula.

Imej
Mormon sedang duduk

Dia tahu bangsa Nefi yang jahat tidak akan memenangi perang tersebut. Mereka tidak ingin bertaubat mahupun berdoa untuk pertolongan yang mereka perlukan.

Imej
Mormon menunjukkan catatan-catatan

Mormon mengambil semua catatan-catatan dari bukit tempat Amaron telah menyembunyikan ia dan menulis kepada orang yang akan membaca catatan tersebut pada suatu hari nanti.

Imej
Mormon dan catatan-catatan kudus

Dia menginginkan semua orang, termasuk orang Yahudi, untuk mengetahui tentang Yesus Kristus, bertaubat dan dibaptis, dan menjalankan injil serta diberkati.

Imej
Mormon menulis pada catatan-catatan kudus

Roh mengilhami Mormon untuk meletakkan kepingan-kepingan kecil Nefi, yang mengandungi nubuat-nubuat kedatangan Kristus, bersama kepingan-kepingan Mormon.

Imej
tentera Mormon

Mormon memimpin bangsa Nefi ke tanah Kumora, di mana mereka bersedia untuk melawan bangsa Laman semula.

Imej
Mormon memegang kepingan-kepingan

Mormon semakin lanjut usia. Dia mengetahui ini akan menjadi perlawanan yang terakhir. Dia tidak ingin bangsa Laman menjumpai catatan-catatan kudus dan memusnahkannya.

Imej
Mormon menyerahkan kepingan-kepingan kepada Moroni

Dia memberikan kepingan-kepingan Mormon kepada anak lelakinya, Moroni, dan menyembunyikan kepingan-kepingan selebihnya di Bukit Kumora.

Imej
bangsa Nefi sengsara

Bangsa Laman menyerang dan membunuh semua kecuali 24 orang bangsa Nefi. Mormon telah tercedera.

Imej
Mormon tercedera

Mormon berduka kerana ramai bangsa Nefi yang meninggal, tetapi dia mengetahui mereka meninggal kerana mereka telah menolak Yesus.

Imej
Yesus Kristus

Mormon telah cuba untuk mengajar bangsa Nefi tentang kebenaran. Dia menyatakan kepada mereka betapa penting untuk memiliki iman terhadap Yesus Kristus.

Imej
Mormon mengajar

Dia telah cuba untuk mengajar mereka untuk memiliki harapan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus dan untuk memiliki kasih ihsan iaitu kasih suci Kristus.

Imej
Mormon menulis surat

Dan Mormon telah menulis surat kepada anak lelakinya, Moroni, yang juga mengajarkan injil kepada bangsa Nefi.

Imej
Moroni membaca surat

Mormon menulis tentang kejahatan melampau bangsa Nefi. Dia memberitahu Moroni untuk kekal beriman kepada Yesus Kristus.

Imej
Mormon terbunuh

Bangsa Laman membunuh Mormon dan semua bangsa Nefi kecuali Moroni, dia yang melengkapkan catatan-catatan tersebut.