Scripture Stories
Bab 48: Kedamaian di Amerika


Bab 48

Kedamaian di Amerika

Imej
para pengikut sedang mengajar

Selepas Yesus kembali ke syurga, para pengikut-Nya telah membentuk Gereja-Nya di seluruh negeri.

Imej
seorang lelaki dibaptiskan

Orang ramai yang telah bertaubat akan dosa-dosa mereka dibaptiskan dan menerima Roh Kudus.

Imej
orang ramai gembira

Kemudian semua bangsa Nefi dan bangsa Laman telah bertukar hati. Mereka tidak bertengkar dan semua orang jujur.

Imej
orang ramai sedang duduk

Tidak ada yang kaya atau miskin. Rakyat berkongsi segalanya, dan mereka semua memiliki apa yang mereka perlukan.

Imej
seorang lelaki diberkati

Para pengikut melaksanakan banyak mukjizat dalam nama Yesus Kristus. Mereka menyembuhkan yang sakit dan menghidupkan kembali yang mati.

Imej
orang ramai sedang membina

Rakyat membina banyak ktoa-kota baru yang telah musnah.

Imej
para lelaki sedang berbicara

Mereka mentaati perintah-perintah Tuhan. Mereka berpuasa dan berdoa dan sering berhimpun bersama untuk mendengar firman Tuhan.

Imej
budak lelaki sedang bermain

Rakyat gembira.

Imej
para lelaki sedang berbicara

Tidak terdapat perompak, tidak ada penipu, tidak ada pembunuh. Rakyat tidak lagi terbahagi kepada bangsa Nefi dan bangsa Laman tetapi semua adalah satu, anak-anak Tuhan.

Imej
bapa dan anak lelaki

Tuhan memberkati rakyat itu dalam segala yang mereka kerjakan.

Imej
rakyat bekerja di ladang

Mereka hidup dalam kedamaian untuk 200 tahun. Rakyat menjadi sangat kaya.