Scripture Stories
Bab 52: Kemusnahan Bangsa Yared


Bab 52

Kemusnahan Bangsa Yared

Imej
raja bangsa Yared

Bangsa Yared bertumbuh dalam bilangan dan menjadi kaya. Mereka memilih seorang raja untuk menjadi pemimipin mereka.

Imej
bangsa Yared yang jahat

Banyak tahun sudah lalu,dan bangsa Yared menjadi jahat. Tuhan mengutus para nabi untuk memberitahu mereka untuk bertaubat atau mereka akan dimusnahkan.

Imej
bangsa Yared berlari

Rakyat tidak mendengar para nabi. Mereka cuba membunuh mereka.

Imej
pertempuran

Terdapat peperangan dan kebuluran di negeri. Banyak bangsa Yared mati.

Imej
Eter berkhutbah

Tuhan mengutus lagi seorang nabi bernama Eter. Dia berkhutbah sejak pagi hingga malam, memberitahu bangsa Yared untuk percaya kepada Tuhan dan bertaubat.

Imej
Eter berkhutbah kepada rakyat

Eter memberitahu bangsa Yared bahawa sekiranya mereka percayai Tuhan, mereka akan hidup dengan Bapa Syurgawi dalam dunia yang lebih baik pada satu hari nanti.

Imej
bangsa Yared memaksa Eter untuk pergi

Eter memberitahu bangsa Yared banyak hal-hal yang penting, namun mereka tidak percaya dia. Mereka menghalau dia keluar dari kota itu.

Imej
Eter sembunyi di dalam gua

Eter sembunyi di dalam sebuah gua semasa siang hari supaya dia akan dibunuh. Pada waktu malam, dia keluar dan melihat apa terjadi kepada bangsa Yared.

Imej
Eter menulis pada kepingan-kepingan

Dia habis menulis sejarah bangsa Yared ketika dia bersembunyi.

Imej
Eter berbicara dengan Koriantumr

Tuhan mengutus Eter ke Koriantumr, seorang raja bangsa Yared yang jahat. Eter menyuruh dia untuk bertaubat atau dia akan hidup untuk melihat semua bangsanya dibunuh.

Imej
pengawal mengejar Eter

Koriantumr dan orang-orangnya tidak bertaubat. Dia cuba membunuh Eter, tetapi Eter lari dan sembunyi di dalam gua.

Imej
lelaki tidur dengan pedang

Orang-orangnya amat jahat sehingga Tuhan mengutuk negeri itu. Mereka tidak boleh meletakkan peralatan atau pedang mereka ke mana-mana kerana pada hari keesokannya, benda-benda itu akan hilang.

Imej
pertempuran

Semua bangsa Yared bertempur dalam peperangan, termasuk para wanita dan kanak-kanak. Koriantumr memimpin satu angkatan dan seorang bernama Shiz memimpin yang lain.

Imej
Koriantumr dan Shiz berlawan

Kedua-dua Koriantumr dan Shiz ialah orang yang jahat. Roh Kudus telah meninggalkan bangsa Yared kerana kejahatan mereka. Setan memiliki kuasa yang penuh ke atas mereka.

Imej
Koriantumr

Bangsa Yared bertempur sehingga Koriantumr dan Shiz ialah orang-orang terakhir. Apabila Shiz telah jatuh pengsan kerana kehilangan darah, Koriantumr memenggal kepala dia.

Imej
Koriantumr dan bangsa Zarahemla

Nubuat Eter telah digenapi, Koriantumr ialah bangsa Yared terakhir yang hidup. Dia ditemukan oleh bangsa Zarahemla.

Imej
Eter menulis pada kepingan-kepingan

Eter habis menulis sejarah bangsa Yared. Mereka telah dimusnahkan kerana kejahatan mereka. Catatan bangsa Yared kemudian ditemui oleh bangsa Nefi.