Scripture Stories
Bab 17: Alma dan Rakyatnya Melarikan Diri


Bab 17

Alma dan Rakyatnya Melarikan Diri

Imej
orang ramai bekerja di ladang

Suatu hari ketika orang Alma sedang bekerja di ladang mereka, pasukan tentera bangsa Laman melintasi sempadan negeri mereka.

Imej
Alma bercakap dengan rakyat

Bangsa Nefi ketakutan dan berlari ke kota untuk keselamatan. Alma memberitahu mereka untuk mengingati Tuhan dan dia akan membantu mereka. Bangsa Nefi mula berdoa.

Imej
Alma bercakap dengan bangsa Laman

Tuhan melembutkan hati bangsa Laman, dan mereka tidak mengapa-apakan bangsa Nefi. Bangsa Laman telah sesat semasa cuba mencari rakyat raja Limhi.

Imej
Alma menunjukkan bangsa Laman jalan pulang

Bangsa Laman berjanji kepada Alma bahawa mereka tidak akan mengganggu rakyatnya jika dia memberitahu mereka bagaimana untuk kembali ke negeri mereka. Alma menunjukkan kepada mereka jalan pulang.

Imej
Bangsa Laman mengawal rakyat Alma

Tetapi bangsa Laman tidak menepati janji mereka. Mereka meletakkan pengawal di sekitar negeri, dan Alma dan rakyatnya tidak lagi bebas.

Imej
Amulon bercakap dengan pengawal bangsa Laman

Raja Laman menjadikan Amulon seorang raja kepada rakyat Alma. Amulon pernah menjadi bangsa Nefi dan seorang imam jahat Raja Nuh.

Imej
Amulon melihat orang bekerja

Amulon membuat rakyat Alma bekerja keras. Mereka berdoa untuk mendapatkan bantuan, tetapi Amulon berkata sesiapa yang ditangkap berdoa akan dibunuh. Mereka terus berdoa di dalam hati mereka.

Imej
budak lelaki mengangkat bakul

Tuhan mendengar doa mereka dan menguatkan mereka supaya kerja mereka berasa lebih ringan. Mereka ceria dan sabar.

Imej
Tuhan bercakap kepada Alma

Tuhan gembira kerana rakyat Alma penuh iman. Dia memberitahu Alma bahawa dia akan membantu mereka melarikan diri daripada bangsa Laman.

Imej
Rakyat Alma sedang melarikan diri

Pada waktu malam orang ramai mengumpul makanan dan kawanan ternakan mereka. Keesokan harinya Tuhan membuat bangsa Laman tidur sementara Alma dan rakyatnya meninggalkan kota.

Imej
Raja Mosiah menyambut Alma

Setelah mengembara selama 12 hari, mereka tiba di Zarahemna, di mana Raja Mosia dan rakyatnya menyambut mereka.